assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, December 26, 2013

Makanan Tambahan



Hari ini saya ingin share satu resipi yang simple dan menarik bagi saya, dan telah saya jadikan amalan diet harian sejak tiga bulan lalu.  Impaknya, Alhamdulillah sungguh positif terhadap kesihatan saya sekeluarga.


Resipi ini saya perolehi dari seorang kenalan yang sudah mengamalkan sekian lama.


Untuk seorang dewasa sukatannya:
Setengah biji lemon,
1 sudu (sudu porridge md) extra virgin olive oil,
1 sudu-2 (sudu porridge md) madu,


Kacau kesemua bahan, kemudian minum.


Untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, sukatannya telah saya sesuaikan sendiri:
1 sudu (sudu kfc) lemon,
1 sudu (sudu kfc) extra virgin olive oil,
1-2 sudu (sudu kfc) madu,

Kacau kesemua bahan, dan minum.


Amalkan setiap pagi.


Kesannya untuk seorang dewasa Inshaallah:


Meminimumkan proses penuaan,
Meninggikan stamina dalam melakukan sebarang kegiatan
Menstabilkan berat badan
Meminimumkan penyakit biasa seperti batuk selsema, demam,
Lain-lain penyakit saya tidak boleh claim, kerana Alhamdulillah, setakat ini saya belum terdedah lagi.  tetapi Inshaallah, selagi kita yakin, stiap sunnah Rsaul baik, pasti ianya baik untuk semua penyakit.


Bagi kanak-kanak:


Setakat ini apa yang saya lihat pada diri anak saya:


Meminimumkan batuk selsemanya,
Kalau dulu, setiap kali batuk selsema, beliau disarankan Doc, menggunakan :inhaler” untuk melegakan.  Tetapi sejak saya memberinya resipi di atas, Alhamdulillah, peralatan itu tidak lagi diperlukan.


Menstabilkan berat badan,
Meninggikan stamina,
Memberi lebih kecergasan


Adunan di atas mungkin boleh didapati yang “ready made”, namun apakah kita yakin bahawa adunan tersebut tidak dicampurkan dengan bahan pengawit untuk mengekalkan kesegarannya?  Karna perlu diingat lemon yang diperah tidak akan tahan lama dari segi kesegaran mahu pun vitaminnya.  Ingatlah, apa-apa jenis buah sekali pun, jika sudah diproses, akan hilang vitaminnya.


Bigitu juga extra virgin olive oil, jika melalui pelbagai proses, ianya tidak lagi extra virgin.

Monday, December 23, 2013

Lontaran Hati



Setelah lebih kurang 3 minggu berehat dari menimba ilmu secara official, hari ini dengan semangat baru dan di tempat yang baru, Haikal memulakan kembali tugasnya sebagai seorang pelajar.


Oh ya, kenapa di tempat baru?  Karna semangat  dia ke sekolah di tempat lama begitu merudum sekali, sehingga menjunamkan minat dan prestasi pembelajarannya.


Dalam pemerhatianku sebagai ibu serta insan yang paling akrab dengannya, dua pertiga tahun 2013 dilalui oleh Haikal tanpa semangat jitu untuk ke sekolah.  Kerap terucap dari bibir comelnya setiap pagi, “tak best nak sekolah”.  Andai tahun-tahun sebelum ini, dia sering meluahkan kembali kepadaku setiap ilmu yang baru dikutip dari gurunya, tetapi 2013 dia kurang bercerita perihal pembelajarannya didalam kelas.  Topic ceritanya lebih memusat perihal apa yang berlaku di luar bilik darjah.


Ketidaan semangat dia meraih ilmu sangat memeningkan kepalaku.  Setiap kali aku cuba bertanya tentang topic pembelajarannya di dalam kelas, dia hanya menjawab mendatar “biasa aja.”


Demi menyuntik semangat untuk dia seronok meraih ilmu secara official, aku tiada pilihan, terpaksa menghijrahkan tempat pembelajarannya.  Mudah-mudahan di tempat baru, pakaian baru, suasana baru, ruang pembelajaran baru dapat meninggikan kembali semangat serta minat untutk dia meneroka ilmu.


Sebagai ibu ayah, kita hendaklah sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku terhadap tingkah laku anak-anak.  Islam meletakkan anak-anak adalah amanah dari Allah,  maka, jalankan amanah itu sebaik mungkin.

Wednesday, December 11, 2013

Coretan Malam




4 December, bersamaan Rabu, dengan Iradat  Allah pemerintah langit dan bumi, pasangan ini mengulangi kegembiraan yang pernah dilakar ibu mereka 20 tahun yang lalu, di mana pagi itu tanpa siapa menduga Mas telah melahirkan bayi perempuan kembar dua.



Menurut Mas, doctor yang memeriksa kehamilannya tidak langsung mengetahui bahawa kandunggannya kembar.  Setiap kali membuat pemeriksaan, dia hanya diberitahu babynya agak besar.


Menurut Mas lagi, doctor hanya mengetahui babynya kembar, ketika mana talipusat baby terputus sewaktu dikeluarkan, dan apabila doctor hendak menarik uri, barulah doctor terperasan bahwa ada seorang lagi baby.



Nah lihat, maha suci Allah, kedua-dua baby itu sihat dengan berat 3.2 dan 2.7 kg.


Sungguh benar, Allah itu punya kudrat melakukan apa saja mengatasi kepakaran sekelian manusia.

Tuesday, November 26, 2013

PLG Gthering



Atas inisiatif salah seorang bekas instructor PLG (Pusat Latihan Gurney), iaitu miss Lim 

dan beberapa orang bekas pelajarnya, maka Sabttu lalu terhasillah satu perjumpaan santai sekumpulan kecil bekas pelatih dan beberapa orang bekas instructor institusi terbabit.



Antara bekas tenaga pengajar yang hadir, Miss Lim, cik Raja Norsaadah, Mrs. Liao, Mrs. Yu, Miss Lata, kak Bayah, dan orang paling penting di dekad 80an-90an iaitu pengetua PLG, Mr. Chin.



Program tersebut miski santai dan sekitika Cuma, namun ianya sungguh bermakna bagi kebanyakkan mereka yang hadir.



Mana tidaknya, ada diantara pelatih yang tidak pernah bersua muka mahupun berselisih bahu dengan bekas instructor semenjak meninggalkan pusat latihan.  So pertemuan Sabtu lalu benar-benar memberi ruang untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus sekian lama.



Event Sabtu lalu tidaklah mempunyai aturacara sempurna, hanya sekadar menjamu selera  ringkas disamping mendengar kata alu-aluan dari penggerak event, iaitu Misll Lim dan ucapan ringkas dari Mr. Chin selaku orang terpenting suatu masa dahulu.  Di dalam ucapan ringkas Mr. Chin, beliau mencadangkan  agar dapat mengadakan  satu gathering yang lebih meluas penyertaan dan lebih teratur suatu masa kelak.  Lalu cadangan tersebut disambut baik oleh para tamu dan masing-masing bersepakat menetapkan program akan berlangsung dalam bulan April 2014.  Inshaallah.



Rasanya elok juga program reunion sebegini dijalankan setiap tahun.  Sekurang-kurangnya dapat menjalinkan uqwah di kalangan bekas-bekas pelajar dengan bekas-bekas tenaga pengajar yang pernah berjasa.

Monday, November 18, 2013

Renungan Pagi



Penarikan subsidi minyak kurang lebih sebulan setengah berlalu, sementara penarikan subsidi gula pula sudah hamper tiga minggu berkuatkuasa.  Maka nampaknya kini tibalah pula untuk masyarakat marhain sepertiku merasa bahang kehangatan kenaikan harga terutama makanan.  Kehangatan ini mungkin tidak dirasai oleh pak-pakmenteri, para timbalannya, YB-YB atau para Setiausaha politik sekalian.  Maklumlah, setiap perbelanjaan hatta perbelanjaan dapur sekali pun boleh membuat tuntutan balik.  (correct me from wrong).


Apa tidaknya, kalau sebelum ini, dengan 60 sen, kita masih dapat membeli sebiji bilis/kaya/ atau apa-apa bun keluaran Gardenia, tetapi kini untuk membeli sebiji bun yang sama, kita terpaksa menambah 30 sen lagi.  Boleh dikatakan semua product keluaran syarikat ini telah dinaikan harga makanannya sebanyak 30 ke 40 sen.  Dari tren kenaikan product syarikat ini, seolah-olah 1 kg gula untuk  sebiji bun/cake/roti.


Begitu juga dengan nasi lemak yang dijual di gerai-gerai mahu pun kedai-kedai mamak.  Kalau sebelum ini, sebungkus nasi lemak biasa berharga rm 1.50, tetapi kini rm 2.00.  nampaknya sekkali lagi,  masyarakat marhain sepertiku terpaksa menanggung kos keanikan gula dan minyak para peniaga nasi lemak pula.


Lalu bebanan masyarakat marhain sepertiku nak diletak ke bahu siapa pula?

Thursday, November 7, 2013

Renungan Pagi



terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PERTIS (Persatuan Islam Orang Buta Malaysia) atas kesungguhan menganjurkan program  carnival Nasyid dan Deklomasi Sajak Sabtu lalu.


Saya percaya tujuan utama pihak PERTIS melahirkan program di atas adalah untuk mendidik jiwa ahli-ahlinya agar lebih menghayati erti perhambaan kepada Allah melalui kaedah hiburan.  Namun apakah tujuan murni itu telah dapat diselami oleh rata-rata ahlinya yang hadir?


Entahlah.  Namun apa yang dapat tertangkap dek pendengaran saya, sebahagian besar ahlinya tidak langsung menghayati bait-bait sajak atau baris-baris nasyid yang disampaikan oleh para peserta.  Sedang bait-bait sajak dan senikata nasyid yang disampaikan jelas dan terang dapat mendekatkan diri kepada Allah serta menginsafkan para pendengar jika dihayati.


Telatah  sebahagian besar ahli-ahlinya yang hadir seolah-olah bukan berada di dalam wadah agama.  Nampaknya Juruacara majlis tidak berupaya membawa para hadirin untuk sama-sama menhayati bait-bait sajak dan senikata nasyid yang penuh berunsurkan ketuhanan.


Alangkah moleknya jika semua ahli yang hadir dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang cuba disampai oleh peserta melalui sajak dan nasyid.  Sekurang-kurangnya, miski berada di majlis santai, kita masih mendapat tiga perkara:
  • melepas ketegangan minda
  • merasa lebih perhambaan kepada Yang Maha Pencipta
  • mendapat pahala dari Allah Inshaallah.


Saya dengan rasa rendah diri, memohon kemaafan andai catatan ini mengguris hati mana-mana pihak.

Tuesday, October 29, 2013

Bila EPC Berhenti, Ianya Sungguh...



Apa yang saya ingin perturunkan di sini hanyalah situasi di negeri Selangor, miski ianya melibatkan seluruh Negara.


EPc (Elaun Pekerja Cacat) diberikan kepada setiap pekerja cacat yang bergaji rm 1200 ke bawah sebulan.  Ianya pembiyaan kerajaan pusat dan diletakkan di bawah penyeliaan jabatan kebajikan negeri masing-masing.
Note:  elaun ini bukanlah pemberian secara automatic, tetapi perlu ada permohonan dari individu yang layak.


Apa yang berlaku sejak bulan Jun lalu, sungguh mengecewakan pemegang EPC tersebut.  Apa tidaknya, elaun mereka diberhentikan tanpa apa-apa surat notis.  Pemberhentian tersebut bukan secqara serentak, tetapi secara berperingkat-peringkat, membuatkan mereka bertanya sesama sendiri, apa sebenarnya yang sedang berlaku.


Apabila ditanya kepada pegawai kebajikan, jawaban yang diterima ialah:
“oh, awak kena membuat permohonan baru.  Pihak kementerian sedang membuat kaji semula.”


Sungguh mudah pegawai itu memberi jawaban tanpa memikirkan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh pemegang elaun tersebut.  Yalah, dengan pemberhentian secara mengejut, ruang perbelanjaan mereka menjadi sesak (tidak mencukupi) luar kawalan.  Sesudah membuat permohonan semula, masa yang diambil oleh pihak kementerian untuk meluluskan permohonan agak lama, iaitu dua ke tiga bulan.  Ini bermakna, tiga ke empat bulan pemohon terpaksa mengecilkan kos perbelanjaan yang semamangnya cukup-cukup sahaja.


Kes en. Ali, bukan nama sebenar lebih menyakitkan.


Bulan July lalu dia telah ke jabatan kebajikan Kajang kerana menemani isteri membuat permohonan semula.  Terlanjur ke situ, dia telah meminta pegawai bertugas menyemak status EPcnya, samada dia perlu membuat permohonan semula atau tidak.  Jawaban yang diterima mengembirakan:
“erm, nampaknya  abang punya okay.  Tahun depanlah, abang buat permohonan semula.”


Maka setelah selesai urusan isterinya, kembalilah en. Ali dengan penuh rasa syukur.


Ah! Rupa-rupanya jawaban gembira yang diterimanya July lalu tidak terus menjadi miliknya.  Kenapa?


Awal bulan October lalu, en. Ali seperti biasa ke Agro bank untuk mengeluarkan EPC, namun setelah dibuat update ke atas accountnya,  ternyata elaunnya telah diberhentikan


Untuk memastikan keadaan, en. Ali telah menghubungi JKM Kajang.  Sungguh mengecewakan hatinya bila jawaban yang diterima:
“ya, encik kena buat permohonan semula.  Ini arahan dari AG, kami menurut aje.”

Ini bermakna en. Ali terpaksa pergi sekali dua lagi untuk menyelesaikan permohonannya pula.


Nampaknya dari situasi di atas, saya berpendapat, pihak JKM tidak boleh dipersalahkan, kerana mereka tidak mendapat arahan bertulis.  Mereka juga samar-samar dari mana arahan mutlak itu datang, samada dari AG aatau dari KKM.  Mereka hanya mendapat arahan mulut (lisan) dari boss (Ketua Jabatan) sahaja.


Saya kira andai pihak Kementian Kebajikan Masyarakat (KKM) atau AG (accountant General)telus dalam soal kaji semula, pihak KKm perlu:
*Menghantar surat panggilan interview kepada setiap pemegang EPC


Jika tidak hadir, barulah:
*menghantar surat notis pemberhentian elaun.


Cara begitu Nampak lebih manis dan professional.

Monday, October 28, 2013

Bual Budget



Erm! Pembentangan budget 2014 Jumaat lalu masih bagai goring pisang panas vdiperkatakan menerusi media cetak, eletronik mahu pun media social.


Masing-masing dengan hujah tersendiri, terutama mengenai pengumuman terhangat iaitu perlaksanaan GST (goods  service tacts), penarikan subsidi gula dan tak ketinggalan habuan bagi kakitangan kerajaan.    Ada yang masih tersenyum lebar hingga ke pagi ini.  Hahaha.


Bagi saya, sebagai pengguna dan sebagai salah seorang individu pembayar  GST kelak, kita hendaklah mencari sebanyak mungkin pengetahuan berkenaan GST dan baik buruk penarikan subsidi terhadap rakyat pertengahan dan bawahan.


Dari beberapa perbincangan isu GST dan penarikan subsidi yang saya ikuti menerusi BFM radio, dapatlah saya sedikit sebanyak ilmu ekonomi yang mungkin selama kini masih samar-samar dikotak minda ini.


Dengan terlaksananya GST kelak, maka saya percaya setiap dari kita akan lebih mengikuti dan meneliti setiap perbelanjaan kerajaan.  Sudah pasti kita mahu cukai yang telah dibayar dibelanjaakan kea rah memunafaat.


Secara tak langsung juga, dengan terlaksana GST, mudah-mudahan dapatlah setiap rakyat desa mahu Bandar membuka mata untuk jadikan salah satu kayu ukur bagi menilai kecekapan kerajaan hari ini.


Saya juga tertarik dengan cadangan kerajaan untuk meletakkan data penerima Ikasih, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (brim), dan pemegang bantuan kebajikan dibawah satu pusat yang dikendalikan oleh jabatan Perdana Menteri.  Mudah-mudahan dengan ini, ia lebih melancarkan proses mengenalpasti gulungan sasar untuk diberi apa-apa bantuan yang berbentuk (cash).


Mudah-mudahan pengakuan kerajaan untuk membenteras pembaziran dan kebucuran wang benar-benar dilaksanakan dan bukan hanya omong kosong yang dilafazkan saban tahun selepas menerima laporan dari audit Negara.

Sunday, October 13, 2013

T-sokma



Hai, rasanya dah lama saya tak turunkan resipi di sini.  Sempena cuti Idil Adha ni,apa kata kali ini kita sama-sama cuba buat kuih tradisi Terengganu iaitu kuih t-sokma.


Saya kira kuih ini terlalu simple dan murah.


t-sokma:
bahan-bahan:
*sebiji telur, pecahkan dan kacau
*secawan tepung beras
*dua cawan santan
*sekeping nisan/gula kabung


Cara-cara:
*letakan periuk/kuali di atas dapur, nyalakan api sederhana
*masukan santan
*masukan nisan, kacau
*masukan tepung beras,
*masukan telur


Kacau kesemua bahan tadi di atas dapur sehingga pekat.  Setelah benar-benar pekat, angkat dan tuang ke dalam Loyang.  Setelah sejuk, boleh dipotong lalu dihidangkan.


Selamat mencuba.


Sumber:  dari ibu tercinta.

Monday, September 30, 2013

Gajet Pen Alquraan Braille



Alhamdulillah Sabtu lalu, dengan keizinan Allah, saya telah berkesempatan menyaksikan demonstrasi penggunaan ‘Pen Alquran Braille’ yang telah dianjurkan sendiri oleh syarikat pengeluar “Altasneem Sdn Bhd dengan kerjasama PERTIS (Persatuan Orang Buta Islam Malaysia).


Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan blind lain yang tak berkesempatan menyaksikan sendiri gajet tersebut Sabtu lalu.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat menyediakan imej gajet tersebut atas masalah camera.


*bentuk dan saiz pen tersebut lebih kurang sama dengan pen alquraan normal


*gajet pen itu juga disediakan USB


*gajet pen itu didatangkan dengan senaskah buku Braille tetapi ianya bukan naskah alquraan


*buku Braille itu disediakan dalam tulisan roman, nipis,, bertindak sebagai papan menu
Ia mengandungi pilihan:
*qari
*surah
*main (play),
*stop,Dan beberapa lagi features lain


*untuk membuat pilihan, pengguna hendaklah menyentuh pen tersebut kepada perkatan-perkataan dalam buku Braille yang disediakan


Harga? Saya rasa harga yang diberi oleh syarikat Altasneem adalah mampubeli oleh 90 peratus gulungan blind iaitu:

*set gajet pen tanpa beg rm 150


*set gajet pen bersama beg rm 200

Kebaikan dikaca mata saya:
*ringan
Praktikal untuk dibawa kemana saja


*mudah dan simple
Mampu digunakan oleh sesiapa pun dari kalangan blind miski pun tanpa pengetahuan it.


Pendapat peribadi:


Apa pun saya tetap mengimpikan gajet eBraille alquraan ciptaan FKM UTm.  Miski ia mungkin telah pun tersimpan dalam perpustakaan universiti itu, namun hati ini tetap meminati keunikan gajet itu.


Maklumlah, bagi saya yang masih mahu merasai huruf-hurufalquraan Braille dan masih perlu menikmati ketepatan tajuid dengan jari jemari sendiri, maka, gajet ebraille alquraan inila idaman dihati miski ia seumpama mimpi.

Friday, September 20, 2013

Angelfish



Demi memberi seri kepada rumah saya yang tak punya hiasan, saya dan suami bersepakat membeli sebuah aquarium yang tidak besar dan tidaklah terlalu kecil.  Menurut tuan kedai aquarium, ianya boleh diletakkan lebih kurang 6 ekor ikan comel.


Saya yang tak punya apa-apa pengetahuan tentang ikan hiasan, lalu meminta kepada tuan kedai, ikan-ikan yang cantik tapi tak  mahal dan tak cepat membesar.  Maka tuan kedai mencadangkan kepada saya, goldenfish dan angelfish.


Setelah bertanya ini dan itu serta “do and don’t” berkaitan kedua-dua ikan disebut tadi dan aquarium,  maka kini tahulah saya bahawa goldenfish mempunyai pelbagai jenis dan warna.


Setelah berkira-kira budget, saya lalu meminta:
4 ekor goldenfish yang berlainan warna dan
2 angelfish serta

seekor ikan bandaraya yang kononnya tugasnya membersih lumut dalam aquarium.  Alhamdulillah, mungkin melihatkan saya yang bersunguh-sungguh berminat, maka tuan kedai hanya charge saya terhadap set aquarium sahaja.  Sementara ikan-ikan dan makanan serta alat pengepam air diberi percuma.


Disamping memberi  seri rumah, ia juga memberi nilai tambah dalam proses kehidupan Haikal.  Contohnya:
*memupuk rasa tanggungjawab
Haikal bertanggungjawab untuk  mengurus pertukaran air dan membersihkan aquarium dan menjaga kesihatan ikan-ikan.


**mengurangkan ketegangan minda
Telatah ikan-ikan dalam aquarium juga dapat menenangkan jiwa dan mindanya.


***menyegarkan mata
Dengan memandang kecantikan ikan-ikannya, dapat mengurangkan rasa mengantuk ketika mengulangkaji hafazan.


****bomus
Seperti mana jelas dan nyata dalam kalam Allah, bahawa semua isi langit dan bumi bertasbih kepadanya, maka mudah-mudahan dengan memelihara ikan, dapat menambahkan lagi banyaknya butir-butir zikir disetiap sudut rumah kami, Inshaallah.


Haikal juga begitu ceria melihat gelagat ikan-ikan.  Apa yang dibuat ikan-ikan, semua diceritakan kepada saya.  Saya seperti biasa tekun menelinga (mendengar) celotehnya.  Dan saya sesekali mengaitkan perangai ikan yang tidak disenanginya dengan perangai dia sendiri.  Maka disini, terdapat proses pembelajaran buat Haikal.


Kini sudah sebulan Haikal memegang jawatan Pengurus Aqurium di rumah kami.  Alhamdulillah nampaknya dia begitu bersunguh-sungguh sehingga sudah peka terhadap behavior ikan-ikan jagaannya:
*ada diantara goldenfish yang suka mengoyang-goyangkan ekornya seolah menari
*ada yang hanya suka berenang mengelilingi aquarium
*ada yang nakal dan suka membuli.


Dari pemerhatian Haikal, angelfish agak nakal.  Angelfish lebih agresive berbanding goldenfish dan bandarayafish.  Dia sering menyerang ikan-ikan lain.  Bayangkan sudah dua ekor bandarayafish mati kerana dibuli angelfish.


Untuk mengesahkan pernyataan Haikal, saya cuba merisik-risik kepada cik Google.  Oo, dari forum dalam beberapa webside, ternyata ramai juga mengalami masalah kenakalan angelfish.


Untuk meredakan kenakalan angelfish, saya katakan padanya:
“hai angelfish, kalau nakal sangat, mama asingkan kamu dari kawan-kawan lain.”


Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, setelah dua kali saya memberi amaran yang sama, menurut Haikal, angelfish lebih tenang dan tidak lagi menyerang ikan-ikan lain.


Benarlah seluruh isi langit dan bumi dalam gengaman Allah, menurut Haikal, setiap kali kami mengalunkan kalam Allah, kesemua ikan kelihatan tenang seolah-olah menghayati kalimah agung itu.  Kalau makhluk ikan tahu menghargai kalimah Allah, so, marilah kita Tanya pada diri sendiri, sejauh mana kita sebagai hamba yang tak terkira banyaknya menerima anugerah allah ini memahami, menghayati serta mengagungkan kalam suci Allah itu, lantas mengaplikasikan dalam kehidupan kita.

Friday, September 13, 2013

Macam-macam



Setiap dari kita pasti pernah melalui situasi luarjangka.  Maka saya kira reaksi kita waktu itu juga diluarjangkaan.  Situasi itulah yang saya alami seminggu lalu.


Ahad lalu, saya dan Haikal berkesempatan ke rumah terbuka MAB.  Seperti biasa, setiap ke MAB (Malaysian Association For The Blind) di Brickfields, saya lebih suka menggunakan perkhidmatan lrt dan monorail.  Walau pun masa perjalanan kami sedikit panjang, tetapi ianya dapat menjimatkan kos transport kami.


Saya tidaklah hendak bercerita panjang tentang rumah terbuka MAB, kerana saya tidak berjumpa dengan sesiapa pun kawan blind di sana.  Saya hanya bertemu dan berbual dengan orang rombongan Tengku Azlan dari Pahang, itu pun kerana berkebetulan duduk semeja.


Setelah menjamah beberapa jenis makanan yang dibawa oleh para sukarelawan kepada kami, satu jam kemudian, saya dan Haikal melangkah pulang.


Oh ya, tahniah saya ucapkan kepada MAB, kerana rumah terbuka kali ini begitu ramai sukarelawan.  Maka dengan itu saya kira mudahlah para pengunjung blind-nya nak mengaccess makanan.


setiba di stesin lrt Ampang, saya dan Haikal melangkah keluar dari train.  Kami berjalan tenang kerana orang tidaklah ramai, maklum saja hari minggu.


Ketika saya sentuhkan kad rapid ke mesin untuk keluar setesin,  palang pun terbuka, belum sempat saya melangkah, tetiba ada orang dari arah sebelah saya berlari menerobos palang yang sepatutnya terbuka untuk saya.  maka tertutuplah palang.  Lalu tepaku saya di situ.  Seketika kemudian datanglah petugas lrt lalu dibuka palang secara manual untuk saya.  Sementara makhluk asing tadi sedang disoal siasat oleh petugas lrt kenapa tidak menggunakan kad sendiri.  Pelbagai alas an yang diberi oleh makhluk asing tersebut.  Apa kesudahannya, tidakla saya tahu.


Hmm, itulah kehendak Allah.  Dan itulah rencah kehidupan.

Tuesday, September 10, 2013

Tembikai/watermelon



Nah lihat, betapa sunnah rasul SAW amat baik diamalkan.  Cuba anda baca apa kata pengkaji pemakanan moden hari ini tentang buah yang menjadi salah satu makanan rasul SAW.

 

 

The Latest News about Watermelon

If you have ever tasted a watermelon, it is probably no surprise to you why this juicy, refreshing fruit has this name. Watermelon has an extremely high water content, approximately 92%, giving its flesh a juicy and thirst-quenching texture while still also subtly crunchy. As a member of the Cucurbitaceae family, the watermelon is related to the cantaloupe, squash, pumpkin, cucumber, and gourd that grow on vines on the ground.


Watermelons generally contain dark seeds, although there are seedless varieties. Contrary to some information posted online, seedless watermelon are not the result of genetically modification but rather of hybridization.

 

 

What's New and Beneficial About Watermelon

  • Alongside of tomatoes, watermelon has moved up to the front of the line in recent research studies on high-lycopene foods. Lycopene is a carotenoid phytonutrient that's especially important for our cardiovascular health, and an increasing number of scientists now believe that lycopene is important for bone health as well. Among whole, fresh fruits that are commonly eaten in the U.S., watermelon now accounts for more U.S. intake of lycopene (by weight of fruit eaten) than any other fruit. Pink grapefruit and guava are two other important fruit sources of lycopene, although in the U.S., these fruits are more often consumed in the form of juice
  • Health scientists are becoming more and more interested in the citrulline content of watermelon. Citrulline is an amino acid that is commonly converted by our kidneys and other organ systems into arginine (another amino acid). The flesh of a watermelon contains about 250 millligrams of citrulline per cup. When our body absorbs this citrulline, one of the steps it can take is conversion of citrulline into arginine. Particularly if a person's body is not making enough arginine, higher levels of arginine can help improve blood flow and other aspects of our cardiovascular health. There's also some preliminary evidence from animal studies that greater conversion of citrulline into arginine may help prevent excess accumulation of fat in fat cells due to blocked activity of an enzyme called tissue-nonspecific alkaline phosphatase, or TNAP.
  • If you've gotten used to thinking about the juicy red flesh at the center of a watermelon as its only nutrient-rich area—and far more nutrient-rich than the more lightly-colored flesh that is farther out near the watermelon rind—it is time to change your thinking. In a recent study, food scientists compared the nutrient content of flesh from different parts of a watermelon: flesh from the center, the stem end, the blossom end (opposite from the stem), and the periphery (the part nearest to the rind). What they've discovered were impressive concentrations of phenolic antioxidants, flavonoids, lycopene, and vitamin C in all of these different areas. The exact distribution of nutrients was also highly dependent on the variety of watermelon. But there was no area in any of the watermelon varieties that came out badly in terms of nutrients, and in many of the watermelon varieties, the flesh's outer periphery contained impressive concentrations of most nutrients.
  • Recent studies have confirmed the nutritional importance of allowing a watermelon to fully ripen. For example, research has shown that the biggest jump in lycopene content occurs at the time when a watermelon's flesh turns from white-pink to pink. Yet when that flesh continues to ripen, resulting in a color change from pink to red, the lycopene content becomes even more concentrated. Prior to ripening, when the flesh of a watermelon is primarily white in color, its beta-carotene content is near zero. Even when allowed to ripen to the white-pink stage, a watermelon still contains very little of its eventual beta-carotene content. But as it moves from white-pink to pink to red, the beta-carotene content of a watermelon steadily increases. Like lycopene and beta-carotene, total phenolic antioxidants in a watermelon also increase consistently during ripening, all the way up until the appearance of fully red flesh. The bottom line: eating a fully ripe watermelon can really pay off in terms of nutrient benefits.


Watermelon provide numerous health benefits including:


  • Antioxidant support
  • Anti-inflammatory benefits
  • Cardiovascular benefit


Nutritional Profile


Watermelon is an unusual fruit source of the carotenoid lycopene and a rich source of phenolic antioxidants. Watermelon contains cucurbitacin E, a triterpene anti-inflammatory phytonutrient, and unusual amounts of the amino acid citrulline. Watermelon is an excellent source of immune-supportive vitamin C. It is also a very good source of free-radical-scavenging vitamin A (in several carotenoid forms, and especially in the specific form of beta-carotene). In addition, watermelon is a good source of heart-healthy potassium and magnesium.

Copyright © 2013 The George Mateljan Foundation, All Rights Reserved

George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle, Washington 98165

Wednesday, September 4, 2013

Bual Isu



Penarikan subsidi minyak atau kenaikan harga minyak masih menjadi top topic di dada-dada akhbar tempatan atau diruang maya, mahu pun dicorong-corong radio tempatan.


Orang bijak pandai ekonomi rata-rata menganggap tindakan itu bakqal melonjakkan pembangunan Negara, dan ia juga bisa mengurangkan kadar subsidi dari dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi mahu pun pekerja asing.


Sementara orang kebanyakan merasakan tindakan itu bakal meningkatkan kos sara hidup masing-masing.  Manakan tidak, setiap kali subsidi minyak ditarik, maka setiap kali itu juga harga barangan menaiki tangga.  Hatta sekali pun 5 sen subsidi ditarik, mahu tidak mahu, masyarakat umum terpaksa menambah peruntukan perbelanjaan harian.


Dengan kenaikan tambang transport awam, dan harga barangan yang meningkat, lalu menjadikan kos sara hidup berganda-ganda melonjak, maka bagi pendapat saya, pemberian brim secara one- off tidak boleh menmpung kenaikan kos dalam jangka panjang.


Mudah-mudahan pihak pemerintah mampu memikirkan cara paling rasional dalam menangani kepayahan  gulungan pertengahan dan bawahan mengharungi kos sara hidup yang kian mendesak.

Tuesday, September 3, 2013

Tip Untuk Segarkan Keropok Lekor



Keropok lekor akan menjadi kurang fresh jika ianya sudah disimpan lebih dari lima hari, miski ianya disimpan di dalam fridge.  Terkadang keropok akan kelihatan bintik putih atau berlendir.


Tetapi jangan risau,  keropok akan menjadi segar jika langkah di bawah dilakukan:

Didihkan air di dalam periuk
Setelah air mendidih, masukkan keropok lekir
Biarkan seketika
Kemudian angkat, lalu toskan airnya
Biarkan sejuk, kemudian boleh digoreng


Inshaalah kerropok akan kembali segar dan enak.

Monday, August 26, 2013

Raya 2013



Moment yang indah bagi seorang aku.



Bersalaman bukanlah  sesuatu yang janggal, namun bersalaman di pagi syawal agak official dan ketika itulah dapat bersalaman dengan seluruh family.


Syawal juga moment yang ketemukan saudara-saudara yang telah lama tidak bersua muka.  contohnya keluarga abang sepupuku ini.


begitulah indahnya syawal dalam kehidupan seorang aku.

Friday, August 23, 2013

Do blueberries still provide strong antioxidant support after they have been frozen?



Yes, even after blueberries have been frozen, they can provide you with excellent antioxidant support. It's important, of course, for your blueberries to be high quality before they are frozen, and for this reason, I recommend organically grown blueberries that are firm and lively colored when purchased. Avoid blueberries that are dull in color or appear soft and watery. If purchased in a container, I recommend that you gently shake it to make sure that the blueberries are firm enough to move freely and independently.


I encourage you to pay special attention to the color of your blueberries because a large part of that color comes from the anthocyanins (antioxidant phytonutrients) in the berries. There's good research showing very little loss of anthocyanins after freezing of healthy, ripe berries so you'll hardly be losing any of these unique antioxidants if you properly freeze high-quality fresh berries.


For other antioxidant nutrients, the loss due to freezing varies from about 10-40%. You'll
lose less than 20% of your berries' vitamin E, lutein, zeaxanthin, and beta-carotene from freezing, and that's plenty of reason to take advantage of freezing as a convenient way to enjoy blueberries even when they are out-of-season. The amount of vitamin C lost during freezing can vary widely and can be substantial, but I still recommend that you treat freezing as a very acceptable step when it comes to blueberries. While fresh blueberries still rank highest on my recommendation list, all of the trade-offs involved with frozen blueberries seem worthwhile to me. I would consider that you'd still be following the Healthiest Way of Eating if you go the frozen route when fresh berries are not available.


Copyright © 2013 The George Mateljan Foundation, All Rights Reserved

George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle, Washington 98165

Monday, July 22, 2013

Dari File Ideal




Ini Boboy.  Dia saya kira sangat pintar dan petah.  Segala apa yang dilihat,  pasti dia akan bertanya ibu dan ayahnya, kenapa dan mengapa.


Boboy kini sudah berusia 2 tahun, namun nasib tidak menyebelahi boboy, kerana dia masih belum dapat menggunakan kakinya untuk melangkah , apa lagi berlari.


Menurut ibu boboy, doctor mengesahkan bahawa otak boboy mengalami 20 peratus kerosakkan ketika dilahirkan.


Pun begittu, demi ingin melihat boboy lincah seperti anak-anak lain, ibu ayah boboy  mendapatkan urutan reflexology sebagai kaedah alternative di samping perubatan moden.


Kini, setelah 2 bulan boboy menjalani sesi urutan reflexology dari therapist Miza, di Pusat Refleksologi Ideal,   boboy sudah mampu:
  • berdiri di atas lututnya.
  • Boboy juga sudah boleh duduk tanpa pertolongan orang lain.
  • Boboy juga sudah boleh tidur lena,  dan dengan ini sekaligus memberi rehat yang cukup kepada ibu ayah boboy.


Melihatkan perkembangan ini, bukan saja ibu ayah boboy gembira, boboy juga turut merasa akan perubahan dirinya, dan sering memberi tahu bahawa dia pasti mampu berjalan tak lama lagi.