assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, December 26, 2013

Makanan Tambahan



Hari ini saya ingin share satu resipi yang simple dan menarik bagi saya, dan telah saya jadikan amalan diet harian sejak tiga bulan lalu.  Impaknya, Alhamdulillah sungguh positif terhadap kesihatan saya sekeluarga.


Resipi ini saya perolehi dari seorang kenalan yang sudah mengamalkan sekian lama.


Untuk seorang dewasa sukatannya:
Setengah biji lemon,
1 sudu (sudu porridge md) extra virgin olive oil,
1 sudu-2 (sudu porridge md) madu,


Kacau kesemua bahan, kemudian minum.


Untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, sukatannya telah saya sesuaikan sendiri:
1 sudu (sudu kfc) lemon,
1 sudu (sudu kfc) extra virgin olive oil,
1-2 sudu (sudu kfc) madu,

Kacau kesemua bahan, dan minum.


Amalkan setiap pagi.


Kesannya untuk seorang dewasa Inshaallah:


Meminimumkan proses penuaan,
Meninggikan stamina dalam melakukan sebarang kegiatan
Menstabilkan berat badan
Meminimumkan penyakit biasa seperti batuk selsema, demam,
Lain-lain penyakit saya tidak boleh claim, kerana Alhamdulillah, setakat ini saya belum terdedah lagi.  tetapi Inshaallah, selagi kita yakin, stiap sunnah Rsaul baik, pasti ianya baik untuk semua penyakit.


Bagi kanak-kanak:


Setakat ini apa yang saya lihat pada diri anak saya:


Meminimumkan batuk selsemanya,
Kalau dulu, setiap kali batuk selsema, beliau disarankan Doc, menggunakan :inhaler” untuk melegakan.  Tetapi sejak saya memberinya resipi di atas, Alhamdulillah, peralatan itu tidak lagi diperlukan.


Menstabilkan berat badan,
Meninggikan stamina,
Memberi lebih kecergasan


Adunan di atas mungkin boleh didapati yang “ready made”, namun apakah kita yakin bahawa adunan tersebut tidak dicampurkan dengan bahan pengawit untuk mengekalkan kesegarannya?  Karna perlu diingat lemon yang diperah tidak akan tahan lama dari segi kesegaran mahu pun vitaminnya.  Ingatlah, apa-apa jenis buah sekali pun, jika sudah diproses, akan hilang vitaminnya.


Bigitu juga extra virgin olive oil, jika melalui pelbagai proses, ianya tidak lagi extra virgin.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.