assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA

Tahun ini penuh pengertian,
Dibulan Ramadhan ulang tahun ke lima puluh tiga
Salam merdeka saya hulurkan,
Kepada semua warga Negara Malaysia

Sana sini berkebaran bendera
Tanda memasuki bulan kemerdekaan,
Cukup patriotikkah kita dengan langan merdeka?
Atau telah dewasakah kita dengan erti kemerdekaan?

Hargailah negarawan terdahulu,
Kerana merdeka tanpa tumpah darah,
Banggakah kita dengan status Negara maju,
Sedang akhlak remaja menuju zaman jahiliah.

Friday, August 27, 2010

IRADAT ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan maha menghendaki akan terjadinya sesuatu. Setiap yang terjadi dan dianugerahkan kepada kita, pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hambanya yang kerdil hanya mampu berdoa dan terus berdoa kehadratnya, agar hidup kita berakhir dalam situasi, tempat dan cara yang terbaik. Inshaallah.

Oleh kerana saya tidak pernah mendengar dan di luar pengetahuan saya yang kerdil ini, maka pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk percaya bahawa seorang kenalan saya mempunyai sepupu yang sedang koma sudah melebihi 20 tahun. Sehinggalah saya mendapat pengesahan dari beberapa ahli keluarganya sendiri. Demi melahirkan rasa simpati yang teramat sangat, saya meminta kenalan saya membawa saya bertemu sepupunya yang koma. Setiba saya di rumah sepupunya, mengalir airmata ini, bila saya menyentuh tubuhnya yang hanya tinggal rangka dan cara dia makan, semuanya melalui tiub yang disalurkan kkeperutnya. Menurut kenalan saya, sepupunya berkedaan begitu sejak berusia 20 tahun, dan kini beliau sudah berusia 42 tahun.

Betapa ujian dikurniakan kepada ahli keluarga kenalan saya ini, betapa hebat ujian yang ditanggung oleh sepupu kenalan saya itu. Masyaallah, itulah kebenaran hakikat yang perlu diterima oleh setiap ahli keluarganya. Terfikir dalam hati saya, andainya ia terjadi pada saya, atau keluarga saya, apakah mampu saya dan keluarga menerimanya dengan senyuman? Kini saya benar-benar bersyukur dan tidak akan sesekali mengeluh dengan kekurangan yang ada pada diri saya. Saya hanya tidak diberi nikmat pengelihatan sahaja, sementara sepupu kenalan saya telah hilang hamper keseluruh nikmat, kecuali nikmat nyawa yang masih belum mahu ditarik balik OlehNya.

Sesungguhnya setiap yang diberi oleh Yang Esa kepada hambanya, sesuai dengan kudrat yang ada pada seseorang.

Tuesday, August 24, 2010

13TAHUN BERSAMAMU

Alhamdulillah, hari ini genap usia perkahwinanku 13 tahun. DiSepanjang perjalananku bersamanya, banyak denai, lorong dan selekoh kami tempuhi. Liku-liku ini, andai ku selusuri, tidak berpaksikan kesabaran dan ilmu serta rahmat dari ilahi, ianya tak mungkin dapat kami lalui dengan selamat.

Ya Allah, pemerintah seluruh alam, aku dengan rasa rendah diri, bersyukur tidak terperi, kerana sehingga hari ini, masih memberi ruang dan peluang untuk kami mengannyam kasih sayang, menyiram pohon cinta. Ya Allah, Yang Maha Agung, izinkan kami terus memelihara ikatan agar tidak terlerai, membaja pohon agar terus subur.

Terlalu manis, bila minda ini menyelak kembali detik-detik bersejarah 13 tahun lalu. Miski aku dan dia disatukan dalam Susana yang amat sederhana, namun kemeriahan dan kegembiraan tetap terpancar disetiap wajah ahli keluarga kami. Alhamdulillah segalanya berjalan lancer, miski saat itu badanku tidak begitu sihat. Terima kasih suamiku, kerana mengikatku dengan jalinan yang sah dalam agama.

Seperti lazimnya kenduri, ibu, ayah dan abang-abangkulah orang yang paling sibuk. Mereka tidak sedikit pun memperlihatkan reaksi luar biasa, miski pengantinnya adalah aku yang OKU pengelihatan. Boleh dikatakan kebanyakkan tamu yang datang, terdiri dari teman pejabat ayah dan abang-abangku serta penduduk setempat. Aku tak punya ramai kenalan di daerahku sendiri. Almaklumlah, sejak kecil, aku telah merantau jauh dari daerah kelahairanku. ‘terima kasih ayah, ibu dan kedua abang, kerana kalian telah bertungkus lumus menjayakan hari bahgiaku.’ ‘Tanpa kalian, tak mungkin hari bersejarahku terasa manis.

Ya Allah, Ya Rabbul Alamin, Hari ini, aku yang bersifat daif lagi jahil di sisimu, bermohon dengan rendah hati, agar nikmat dan rahmatmu terus dilimpahkan keatas bahtera kami. Ya Allah, izinkan setiap penghuni bahtera ini bersatu teguh hingga ke akhir nafas. Inshaallah.

Tuesday, August 17, 2010

RAMADHAN

Ramadhan,
Seperti musim lalu,
Kau kembali bertamu.

Sesungguhnya,
Hadirmu penuh berisi,
Membawa rahmat,
Untuk seluruh muslimin.

Ramadhan,
Dayakah tangan ini,
Menyelongkar khazanahmu?
Ramadhan,
Mampukah hati ini
Menerima kudus cahayamu?
Sanggupkah jiwa ini
Tunduk akan kesucianmu?

Oh Ramadhan,
Aku tahu,
Kedatanganmu,
Membawa seribu pengajaran,
Namun,
Bersediakah aku,
Mengutip satu persatu?

Ya Allah,
Maha Pencipta alam,
Sucikanlah hati ini,
Sesuci bulanmu,
Tarbiahkanlah diri ini,
Semulia Ramadhan,
Tenangkanlah jiwa ini,
Setenang malam Laila Tul’qadar.

Ya Allah,
Terima kasih tuhanku,
Kerana,
Masih membuka ruang,
Untuk aku bertemu Ramadhan.

Saturday, August 14, 2010

SUARA HATIKU

Hari ini sudah 4 hari kita berpuasa. Namun Haikal masih belum dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana bulan ramadhan. Entahlah, agak lambat penerimaan dia terhadap maksud puasa. Kebanyakkan kanak-kanak sebaya denganya sudah boleh puasa penuh. Tapi tidak pada Haikal. Aku sendiri keliru dengan pemahamannya. Dia tahu bahwa setiap orang islam wajib berpuasa, dan dia juga tahu, itu perintah dari Allah,dan yang paling aku tak faham, dia akan marah, jika aku beri tahu orang, yang dia tak berpuasa. “mama, please don’t tell every body, kalau tak, Haikal tak nak kawan mama. Nanti kat akhirat,, Allah bagi malu mama pula.” Itulah kata-kata yang sering diucapkan padaku jika aku beri tahu orang, yang dia tak puasa.

Pada hari pertama puasa, pulang dari sekolah, seperti biasa, Haikal memeluk dan mencium diriku. “mama, tadi kat sekolah, Haikal minum air.” Beri tahu Haikal lancer. “Kal, orang puasa mana boleh minum air. Haikal puasa setengah hari saja ke?” tanyaku. “taklah. Haikal tak makan pun tengah hari. Haikal puasa, tapi, Haikal beri tahu cikgu bila Haikal nak minum. Cikgu izinkan.” Katanya selamba. Aku sekadar tersenyum. Tiada kata yang terkeluar dari mulutku.

Hari kedua dan ketiga pun masih perkara yang sama diberi tahu padaku. “mama, tadi Haikal minum air juga. Tapi cikgu benar minum sekali saja.” “jadi, Haikal minum berapa kali?” aku cuba memerangkap. “sekali ajelah. Haikal minta 3 kali. Tapi kali ketiga baru cikgu benarkan.” Aku hanya mampu tersenum dengan telatah Haikal. “kal, esok tak sekolah, mama nak, Haikal cuba puasa penuh ya? Tak boleh minum air pun.” “okay, Haikal janji.”

Saat ini, tika aku sedang melakar coretan, Haikal lena dalam peraduan. Sebelum tertidur tadi, dia merengek-rengek minta izin minum air. “mama, Haikal nak air. Haikal dahaga sangat ni. Lidah Haikal dah kering, tekak pun sakit.” “cuba tahanlah sikit Kal. Haikal kan boy, budak lelaki kena kuat. Kalau tak, macam mana Haikal nak jaga mama.” Aku cuba memujuk. “tapi, Haikal tak tahan ni. Panaslah ma.” “ok Haikal tidur dulu. kalau Haikal bangun nanti, kalau benar-benar Haikal tak larat, barulah mama benarkan Haikal minum air.” Kataku masih memujuk. “baiklah, kalau Haikal mati nanti, mama jangan nagis pula.” Kata Haikal cuba mengumpan mamanya. “Inshaallah, Allah belum nak ambil nyawa Haikal lagi.” Kataku sambil ketawa. Haikal mula mengalirkan airmatanya. Aku hanya tersenyum sambil menidurkannya.

Maafkan mama sayang. Mama sekadar ingin Haikal belajar menahan diri dari lapar dan dahaga. Sekurang-kurangnya, Haikal boleh merasa bagaimana payahnya orang-orang yang susah mendapat makanan dan minuman. Setelah Haikal merasanya, mama berharap Haikal akan lebih mesyukuri dan menghargai dengan apa yang kita miliki hari ini.

Friday, August 13, 2010

ANAK ISTIMEWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Marilah kita sama-sama menjadikan anak remaja Muhammad sebagai idola anak-anak kecil kita. Mudah-mudahan dengan mengidola remaja ini, anak kita juga akan terbentuk peribadi dan dapat mengusai hafazan Alqu’an beserta mahir tajuid dan tarannumnya sekali. Inshaallah.

Sebagai ibu, saya turut merasa senang dan bangga akan kebolehan remaja Muhammad yang dalam usia 15 tahun telah dapat menghafaz 30 juzuk Alqur’an dengan tajuidnya sekali. Beliau juga begitu mahir membaca dengan pelbagai jenis tarannum. Bertuah sungguh ibu ayah beliau kerana telah dikurniakan anak bagi saya, begitu istimewa.

Alhamdulillah, remaja ini telah merangkul banyak kejayaan dalam pelbagai pertandingan,sekalung tahniah untuk beliau.dek kerana kehebatan beliau menguasai Alqur’an, banyaklah masjid-masjid telah mengundangnya sebagai imam undangan. Mudah-mudahan dengan sering menjadi imam, ia akan dapat membentuk peribadi dan melatihnya menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Inshallah,, perjalanannya masih jauh lagi.

Saya setulus hati mendoakan agar Muhammad terus istiqamah dengan apa yang dimiliki saat ini.

Baru-baru ini pihak tv9 telah menyiarkan final Akedemi Alqur’an ke empat secara langsung. Dalam final tersebut, Muhammmad telah menjadi naib juara. Menurut para juri, tewasnya beliau, hanyalah pada kawalan suara dan nafas. bukannya kesalaahan pada bacaan, qiraat mau pun tarannum. Untuk mendengar bacaan Muhammad sila klik link di bawah:
Maaf, jika rakaman kurang memuaskan.


Wednesday, August 11, 2010

HARI PERTAMA SI KECIL

Hari ini adalah hari pertama haikal bangun sahur. Mama terlalu gembira kerana kau agak mudah diajak berunding untuk bangun. Mungkin kau telah mula memahami erti puasa dan perlunya kita bangun sahur. Syabas sayang.

Inshaallah, mama dan papa akan terus sabar melayan kerenahmu dalam bulan puasa ini. Kerana tahun ini adalah tahun pertama haikal belajar puasa dan bangun sahur.

Mudah-mudahan dalam kau belajar menahan lapar dan dahaga, kau jua dapat memahami erti puasa sebenar sayang. Mama tahu, kau agak cepat memahami dan pasti ianya bukan menjadi bebanan untuk kau mengerjakannya.

Mama akan terus bermohon kepada Yang Esa,agar Haikal diberi kekuatan semangat dan kesihatan baik untuk kau istiqamah dalam latihan dan mempelajari rukun ketiga.

Tuesday, August 10, 2010

NAKALKAH AKU?

setiap kali kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan, pasti kenangan berpuasa di alam kanak-kanak bermain diminda. Begitulah juga dengan diriku. Senyum pasti bertenggek diwajah, tika cerita puasa di alam kanak-kanak diselongkar kembali.

Ya, dizaman kanak-kanakku, aku tidak pernah merasa kenikmatan berpuasa bersama keluarga sendiri. Almaklumlah, sejak aku berusia 7 tahun, ayah dan ibuku terpaksa melepaskanku berjauhan dari mereka, demi masa depanku. Maklumlah, di tahun tujuh puluhan, tiada sekolah khas untuk anak-anak OKU pengelihatan di negeriku. Jadi, atas desakkan kepentingan ilmu terhadap anak sepertiku, ayah ibu rela menghantarku belajar di sekolah kkhas “princess Elizabeth” di Jb.

Di situlah aku mula belajar berpuasa. Dan di situlah, aku dan rakan-rakan sebaya menjalani ibadah puasa setiap kali datangnya Ramadhan. Kaki tangan sekolah itulah yang menjadi ayah dan ibu kepada kami. Pun begitu, keseronokan dan kemeriahan bulan Ramadhan tetap kami rasakan.

Seperti juga anak-anak normal, kami diajar solat sunat terawih. Setiap malam di bulan Ramadhan, arwah cikgu Sulaiman memandu kami mengerjakan 20 rakaat sunat terawih dan 3 rakaat sunat witir. Seingatku selama 6 tahun aku di sana, takpernah aku dan rakan-rakan meninggalkan solat sunat terawih dengan sengaja. Seperti juga di kampong, selesai solat sunat terawih, kami akan dijamu dengan makan minum yang enak.

Ya, masihku ingat lagi, tika aku di darjah 4. akal nakalku mula menyerlah. Aku dan beberapa rakan sebaya mula pandai mencari helah untuk tidak berpuasa. Mula-mula sekadar minum ai paip untuk hilangkan dahaga, tapi entah bagaimana tercetus idea ku untuk tidak berpuasa secara terang-terangan. Pada suatu hari, kerana terlalu lapar, dan kebetulan ada semut api mengigit jari tanganku, aku mengambil kesempatan untuk menangis sekuat hati dan berpanjangan. Dengan harapan, bila aku menangis bersunguh-sunguh, pasti penjaga asrama/akak akan rasa susah hati dan memberi aku makan. Sangkaanku tepat sekali. Dengan airmata yang masih bercucuran, aku dibawa naik ke dewan makan, lalu diberi makan. Dalam hatiku penuh kesyukuran. Sedang aku makan, datang arwah cikgu Sulaiman lantas menegurku, “hai cik kak, kenapa makan?” selamba aku menjawab, “sebab menangis.” “cik kak, setakat menangis tak batal puasa tau. Kenapa awak menangis?” Tanya cikgu lagi. “sakit jari, semut api gigit.” Bila mendengar saja jawaban dariku,, cikgu Sulaiman ketawa besar. Aku menjadi malu pula. “cik kak ni pandai psyko.” Kata cikgu Sulaiman. Aku hanya tersenyum.

Disuatu hari yang lain, aku dan seorang lagi kawan sebaya merancang bersama untuk berpuasa setengah hari saja pada hari itu. Bila saja loceng dibunyikan untuk anak-anak kecil yang masih tidak mampu berpuasa dan anak-anak bukan islam makan tengah hari, aku dan S pun turut sama berbaris untuk ke dewan makan. Bila tiba saja kami di dewan makan, kami segera ditanya oleh penjaga/akak, “hai,ni awak berdua kenapa tak puasa?” dengan muka sedih aku dan S serentak menjawab. “sakit perutlah kak, tak tahan, rasa nak muntah.” Sebelum sempat akak menyoal lebih panjang lagi, aku dan S selamba duduk dan makan. Sedang enak aku dan S menjamu selera, akak menghadiahkan cubitan sayang kepada kami berdua. Apa nak buat, lapar punya fasal, terima ajelah cubitan sayang tu dengan rasa sakit.

Seingatku, itulah dua tragedy terhasil dari kenakalan zaman kanak-kanakku di bulan Ramadhan. Pada tahun-tahun seterusnya, aku menjadi lebih memahami arti berpuasa. Berkat tunjuk ajar dan didikan agama ikhlas yang diberi oleh guru-guru dan penjaga asrama, kebanyakkan dari kami kini menjadi insan berjaya dalam hidup. Alhamdulillah.

Wednesday, August 4, 2010

KESAH HIDUP ADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Mudah-mudahan kita mendapat secebis iktibar dari kesah yang saya paparkan di bawah. Setiap apa yang bakal kita lakukan, mulakanlah dengan niat yang suci. Bersyukur dan jangan sekali-kali memiliki sifat sentiasa tidak puas dengan apa yang kita miliki. Sifat “tidak puas” perlulah kena pada tempatnya. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, apa yang ada di dalam hati kita. Setiap apa yang diberi pada kita olehNYA pasti ada hikmah. Sentiasa lapangkan dada, untuk menerima sebarang ujian dari Dia Yang Berkuasa.

Adi, bukan nama sebenar seorang yang cacat pengelihatan setelah dewasa (adult blind). Sebelum hilang pengelihatannya 13 tahun lalu, beliau bekerja kilang sebagai operator pengeluaran. Dengan kehendak takdir, di samping sikap “tak apa”, “sikit aje” terdapat dalam diri, akibat penyakit resdung yang dihidapinya, beliau telah kehilangan satu panca indra yang begitu berharga. Mahu tidak mahu, beliau terpaksa akur dengan takdir yang mungkin dapat di elakkan jika rawatan awal dibuat. Atas kesedaran diri, bahwa hidup perlu diteruskan walau dalam keadaan apa pun, setelah mendapat latihan dan pendedahan di Pusat Latihan Gurney, kini beliau mampu membina sebuah keluarga sendiri. Alhamdulillah, beliau dan pasangannya yang juga senasib, hidup bahagia dan telah dikurnaiakan 3 cahaya mata.

Setiap bulan,Beliau menyara hidup keluarganya dengan bersandarkan duit (socso) sebanyak rm 400 dan EPC (elaun Pekerja Cacat), sebanyak rm 300, serta sedikit sumbangan dari Baitulmal. Dengan rahmat Allah, biar pun tidak mewah, Adi mampu mengemudikan keluarganya dengan baik. Kini setelah kos sara hidup kian meningkat, dan anak-anak mula bersekolah, keperluan wang begitu mendesak.

Bukan Adi takpernah memohon pekerjaan yang sesuai,namun dengan akademik yang tidak seberapa, dan fisika tubuhnya yang agak kecil, maka, Adi tiada banyak pilihan. Suka atau tidak, demi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya, beliau telah melakukan pekerjaan yang mungkin boleh menjatuhkan maruahnya. Adi tidaklah meminta dengan tangan kosong, tetapi dengan kerjasama isterinya, Adi membawa sedikit barang jualan. Alhamdulillah, mungkin kerana niat Adi yang tulus untuk menyara keluarga, rezekinya melimpah ruah.

Kini hidup Adi sekeluarga tidaklah sepayah dulu. dapatlah Adi tunaikan permintaan anak-anaknya dengan segera. Setelah beberapa bulan Adi menceburkan diri ke bidang itu, rezekinya dari hari ke hari semakin bertambah. Demi melihat Adi yang mudah mendapat simpati dari orang ramai, timbul rasa keinginan di pihak isterinya untuk membuat pekerjaan yang sama. Adi keberatan mengizinkan isterinya berbuat perkara yang sama, kerana pada fikiran Adi, cukuplah dia seorang yang mencari rezeki sementara biarlah isterinya menumpukan perhatian terhadap rumah tangga mereka. Tetapi isterinya tidak puashati dan terus mendesak. Oleh kerana tidak tahan dengan desakkan isterinya, Adi terpaksa akur juga. Dengan baerat Adi memberi keizinan kepada isterinya dengan bersyarat, bahawa isterinya hendaklah keluar rumah setelah selesai siapkan keperluan anak-anak, dan pulang sebelum maghrib.

Pada mulanya isteri beliau akur akan syarat yang ditetapkan oleh Adi, tetapi lama kelamaan, isteri Adi semakin ghairah dengan limpahan rezeki yang diperolehinya sendiri, lantas mula melanggar syarat dan mula meninggi suara jika ditegur. Kini Adi rasakan hidupnya tidak lagi sebahagia dulu.