assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, August 4, 2010

KESAH HIDUP ADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Mudah-mudahan kita mendapat secebis iktibar dari kesah yang saya paparkan di bawah. Setiap apa yang bakal kita lakukan, mulakanlah dengan niat yang suci. Bersyukur dan jangan sekali-kali memiliki sifat sentiasa tidak puas dengan apa yang kita miliki. Sifat “tidak puas” perlulah kena pada tempatnya. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, apa yang ada di dalam hati kita. Setiap apa yang diberi pada kita olehNYA pasti ada hikmah. Sentiasa lapangkan dada, untuk menerima sebarang ujian dari Dia Yang Berkuasa.

Adi, bukan nama sebenar seorang yang cacat pengelihatan setelah dewasa (adult blind). Sebelum hilang pengelihatannya 13 tahun lalu, beliau bekerja kilang sebagai operator pengeluaran. Dengan kehendak takdir, di samping sikap “tak apa”, “sikit aje” terdapat dalam diri, akibat penyakit resdung yang dihidapinya, beliau telah kehilangan satu panca indra yang begitu berharga. Mahu tidak mahu, beliau terpaksa akur dengan takdir yang mungkin dapat di elakkan jika rawatan awal dibuat. Atas kesedaran diri, bahwa hidup perlu diteruskan walau dalam keadaan apa pun, setelah mendapat latihan dan pendedahan di Pusat Latihan Gurney, kini beliau mampu membina sebuah keluarga sendiri. Alhamdulillah, beliau dan pasangannya yang juga senasib, hidup bahagia dan telah dikurnaiakan 3 cahaya mata.

Setiap bulan,Beliau menyara hidup keluarganya dengan bersandarkan duit (socso) sebanyak rm 400 dan EPC (elaun Pekerja Cacat), sebanyak rm 300, serta sedikit sumbangan dari Baitulmal. Dengan rahmat Allah, biar pun tidak mewah, Adi mampu mengemudikan keluarganya dengan baik. Kini setelah kos sara hidup kian meningkat, dan anak-anak mula bersekolah, keperluan wang begitu mendesak.

Bukan Adi takpernah memohon pekerjaan yang sesuai,namun dengan akademik yang tidak seberapa, dan fisika tubuhnya yang agak kecil, maka, Adi tiada banyak pilihan. Suka atau tidak, demi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya, beliau telah melakukan pekerjaan yang mungkin boleh menjatuhkan maruahnya. Adi tidaklah meminta dengan tangan kosong, tetapi dengan kerjasama isterinya, Adi membawa sedikit barang jualan. Alhamdulillah, mungkin kerana niat Adi yang tulus untuk menyara keluarga, rezekinya melimpah ruah.

Kini hidup Adi sekeluarga tidaklah sepayah dulu. dapatlah Adi tunaikan permintaan anak-anaknya dengan segera. Setelah beberapa bulan Adi menceburkan diri ke bidang itu, rezekinya dari hari ke hari semakin bertambah. Demi melihat Adi yang mudah mendapat simpati dari orang ramai, timbul rasa keinginan di pihak isterinya untuk membuat pekerjaan yang sama. Adi keberatan mengizinkan isterinya berbuat perkara yang sama, kerana pada fikiran Adi, cukuplah dia seorang yang mencari rezeki sementara biarlah isterinya menumpukan perhatian terhadap rumah tangga mereka. Tetapi isterinya tidak puashati dan terus mendesak. Oleh kerana tidak tahan dengan desakkan isterinya, Adi terpaksa akur juga. Dengan baerat Adi memberi keizinan kepada isterinya dengan bersyarat, bahawa isterinya hendaklah keluar rumah setelah selesai siapkan keperluan anak-anak, dan pulang sebelum maghrib.

Pada mulanya isteri beliau akur akan syarat yang ditetapkan oleh Adi, tetapi lama kelamaan, isteri Adi semakin ghairah dengan limpahan rezeki yang diperolehinya sendiri, lantas mula melanggar syarat dan mula meninggi suara jika ditegur. Kini Adi rasakan hidupnya tidak lagi sebahagia dulu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.