assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Saturday, August 13, 2011

KUIH SEKAYA

Apa kata hari ini kita sama-sama mencuba kuih tradisi orang Terengganu.

Sekaya

Bahan-bahan:
*5 biji telur ayam
*setengah mug santan pekat
*1 keping manisan kecil/setengah biji gula kabung/1 cup gula merah
Potongkan bahan-bahan ini kecil-kecil agar mudah hancur

Cara-cara membuat:
*pecahkan telur
*masukkan bahan pemanis di atas
Kacau sehingga hancur
*masukkan santan pekat
*kacaukan kesemua bahan sehingga sebati
*kemudian tapiskan bahan-bahan yang telah dikacau tadi ke dalam loyang kecil
*kukus selama 1 jam

Note: telur hendaklah dikacau dan bukannya dipukul kerana tidak mahu telur menjadi kembang

Sumber: dari bonda tercinta.

5 comments:

  1. saya selalu juga buat..best dan anak - anak pun suka. kenapa kukus lama sangat, tak keras ke..biasanya saya kukus 15 minit je..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hai, memang hendakkan kuih ini menjadi keras dan bersarang di atas, agar ianya mudah dipotong dan tidak mudah hancur.

    ReplyDelete
  4. Masa kukus tu, loyang kena tutup ke?

    ReplyDelete
  5. hai, loyang tak perlu ditutup. cukup tutup periuk kukus sahaja.

    ReplyDelete

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.