assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, August 4, 2011

SIMBANG ISU SEMASA

Saya tidak langsung terperanjat dengan berita yang mengatakan pengemis OKU pengelihatan memperolehi rm beribu-ribu sebulan. Kerana kenyataan sebegini telah disahkan sendiri oleh beberapa individu pelaku dan beberapa orang normal yang menjadi pembantu mereka atau lebih dikenali sebagai (penarik).

Biar pun saya tidak bergaul rapat dengan gulungan ini, namun Allah itu maha kaya, lalu secara tidak sengaja telah beberapa kali diketemukan dengan orang-orang normal yang digelar (PENARIK) INI.

Pertama kali bertemu orang-orang ini, soalan pertama yang dikemukakan kepada saya:
“tak guna penarik?”

Kerana tak faham saya bertanya lanjut. Dengan bersemangat dan bangga mereka (penarik) bercerita tentang pekerjaannya dan hasil yang bakal diperolehi penarik dan orang yang ditarik.

Pernah saya diketemukan dengan seorang yang dulunya penarik dan kini sudah buka business sendiri hasil pekerjaannya sebagai penarik.

Bagi saya ketidak puasan masyarakat umum terhadap gulungan pengemis OKU pengealihatan dan penarik ini ada asasnya.

Mana tidaknya, kebanyakan penderma tidak semampu gulungan di atas yang masing-masing mempunyai lebih dari sebuah HP berjenama dan laptop yang mahal harganya. Keluhan sebegini sering disuarakan sendiri oleh beberapa customer yang melewati pusat Ideal Reflexology.

Secara peribadi, saya langsung tidak bersetuju pekerjaan di atas diteruskan. Bagi saya, ianya boleh dilakukan hanya oleh OKU pengelihatan yang tua, wanita buta yang punya ramai tanggungan atau lelaki buta yang daif fizikalnya.

Tetapi amat menyedihkan kerna masa kini, pekerjaan di atas dipelopori oleh lelaki-lelaki buta yang tegap fisikal, wanita-wanita buta yang masih muda, dan ditarik oleh minah-minah seberang yang sedang meningkat dewasa serta lelaki-lelaki sasa.

Wahai gulungan senasibku, ingatlah, meminta sedekah hanya boleh dilakukan untuk menyempurnakan asas kehidupan, dan bukan untuk bermewah-mewah.

Cukuplah di dunia kita kekurangan, jangan sampai nanti, di sana, kita dipandang hina oleh YANG MAHA PENCIPTA.

Maaf, andai tulisan ini tidak disenangi oleh gulungan senasib.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.