Hari ini jum kita sama-sama mencuba kuih tradisi orang negeri Sembilan pula. Kuih ini simple dan tak banyak kerenah.
Kuih Cucur:
Bahan-bahan:
*1 cawan tepung beras
*1 cawan tepung gandum
*1 pertiga cawan gula putih
*2 pertiga cawan gula merah
*1 cawan air biasa
Cara Membuatnya:
*kacaukan kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati dan sehingga hancur gula merah
*biarkan selama 2 hingga 3 jam
*kemudian gorengkan di dalam kuali dengan menggunakan minyak, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit atau letakkan minyak seperti mana menggoreng telur mata kerbau/lembu
*gunakan api yang kecil sahaja
*letakkan ke dalam kuali dengan menggunakan senduk kecil, sesenduk demi sesenduk
Nota: gunakan cawan yang sama saiz untuk kesemua bahan-bahan
Sumber: dari ibu mertua
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.