assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, August 9, 2011

SANTAI PAGI

Telah lapan hari kita semua melayani tetamu kita Ramadhan. Bagaimana kita melayaninya, hanya diri sendiri yang tahu. Kalau sempurna layanan yang diberi oleh kita dan ahli rumah kepadanya, merasalah kenikmatan buah tangan yang dibawanya. Tetapi, andai buruk layanan kita terhadapnya, maka, tiada apalah yang dapat kita nikmati darinya.

Dalam masa lapan hari ni, anakku baru 3 hari berpuasa penuh. Sebenarnya dia bukanlah tak tahan berpuasa, tapi lebih kepada tak tahan melihat bila ada kenkawan kecilnya yang makan atau minum sewaktu di dalam ven sekolah.

Setiap hari tiba di rumah, ada saja perkhabaran darinya yang dia dah makan atau minum semasa dalam ven.

Terkadang angin juga aku, kerana jam telah melepasi 4.00 petang. Rasa terkilan, sebab dia batalkan puasanya hanya kerana tak tahan melihat air yang dibawa oleh kawan. Bila aku marah, dia menjawab bahawa nafsunya yang suruh. Sabar ajelah hati.

So, demi memelihara puasanya, mulai semalam, aku tidak lagi membenarkan dia menaiki ven sekolah untuk tempoh bulan ramadhan ni.

Untuk tidak memenatkan dia, suamiku telah meminta jasa baik customernya yang juga guru sekolah anakku membawa dia pulang.

Alhamdulillah, puasanya semalam sukses biarpun tenaganya di akhir-akhir waktu sudah tinggal 1 bar.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.