assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, August 2, 2011

ANAKKU GAGAL LAGI

Note:  Photo di atas tiada kena mengena dengan suasana cerita di bawah.  sekadar penyeri posting.

 

Selesai sehari kita bertemu ramadhan.  Mudah-mudahan hari ini akan lebih baik dari semalam.  Inshaallah.

 

Tapi aku?  Ah! Aku gagal lagi mempertahankan puasa anakku semalam.  Aku terlalu lemah dalam menghadapi rintihan sayunya.

 

Semalam, pulang dari sekolah, dengan lemah longlai, dia memohon seteguk air diriku.  Namun aku masih bertahan dengan memandikannya lantas menidurkan dia.

 

Namun hatiku jadi tersentuh, bila dalam tidur-tidur ayamnya, dia memohon seteguk air.  Demi melawan rasa sayuku, aku lantas meninggalkannya.

 

Setengah jam kemudian, dia tersedar.  Masih dengan nada yang sama, tapi kali ini ayat agak berbeza.

 

"ma, tolonglah, seteguk aje.  Kemudian saya puasa kembali.  Saya dah tak ada airliur nak telan."

 

Mendengar kata-katanya, aku tersenyum.  Mungkin geram dengan senyumanku, dia diam.  Cuba melelapkan matanya mungkin.

 

15 minit kemudian, aku menjenguk lagi ke katilnya.  Bila tanganku menyentuh badannya, aku dapati suhu badannya mula berbahang.  Lantas aku sentuh bahagian perutnya, oh, panasnya.

 

Kenapa aku sentuh bahagian perut, kerana menurut seorang doktor Physician, jika kita tidak punya thermometer, untuk mengetahui seseorang itu demam atau tidak, sentuhlah dibahagian perutnya.  Kerana bahagian perut agak mudah mengeluarkan panas sebaenar dari dalam.

 

Kerana tidak mahu demamnya berlarutan, aku lantas mengejutkannya, lalu memberi segelas air.

 

Setelah minum air, aku menyuruh dia makan, tetapi dia enggan dengan alasan badannya hanya memerlukan air saja.  Untuk makan, dia masih boleh tahan sampai maghrib.

 

Puas juga aku menerangkan padanya, bahawa puasanya tetap terbatal walau pun hanya minum air.

 

Setelah berbuka, panas badannya masih tidak turun, terpaksalah aku memberinya ubat demam.

 

Sebenarnya, untuk bangun sahur, dia tidak bermasalah.  Karna dihari-hari biasa pun, dia bangun jam 5 untuk bersolat subuh di masjid.  Entahlah, setakat ni Alhamdulillah, dia gemar ke masjid tempat kami, miski perginya ke masjid kerana  ada imam yang dia suka.  Mana tidaknya, berkebetulan, imam tu memang suka melayan budak-budak, so, anakku apa lagi.  Minat habislah kat imam tu.

 

Pagi tadi, sesudah makan, aku masih memberinya ubat demam, kerana selsemanya masih bersisa.

 

Mudah-mudahan hari ini anakku mampu menyempurnakan puasanya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.