assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, August 19, 2011

SANTAI PETANG

Pagi tadi anakku melangkah ke sekolah dengan semangat yang luar biasa. Mulutnya tak henti-henti mengucapkan rasa gembira kerana hari ini dia ditugaskan menjadi Muazim.

Aku? Pasti gembira. Ibu mana yang tak gembira bila melihat anak kecil sudah boleh menilai kehebatan tugas seorang Muazim, yang menyeru manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Mungkin kesah ini tiada nilai bagi sesetengah orang, tapi tidak pada diriku. Karna bukan mudah untuk membentuk rasa kagum terhadap petugas-petugas masjid seperti Muazim, apatah lagi pada diri seorang anak kecil.

Mudah-mudahan perasaan-perasaan positif itu akan terus berkembang selari dengan matangnya usia Si Kecilku.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.