Erm! Pembentangan budget 2014 Jumaat lalu masih bagai goring
pisang panas vdiperkatakan menerusi media cetak, eletronik mahu pun media
social.
Masing-masing dengan hujah tersendiri, terutama mengenai
pengumuman terhangat iaitu perlaksanaan GST (goods service tacts), penarikan subsidi gula dan
tak ketinggalan habuan bagi kakitangan kerajaan. Ada
yang masih tersenyum lebar hingga ke pagi ini.
Hahaha.
Bagi saya, sebagai pengguna dan sebagai salah seorang
individu pembayar GST kelak, kita
hendaklah mencari sebanyak mungkin pengetahuan berkenaan GST dan baik buruk
penarikan subsidi terhadap rakyat pertengahan dan bawahan.
Dari beberapa perbincangan isu GST dan penarikan subsidi
yang saya ikuti menerusi BFM radio, dapatlah saya sedikit sebanyak ilmu ekonomi
yang mungkin selama kini masih samar-samar dikotak minda ini.
Dengan terlaksananya GST kelak, maka saya percaya setiap
dari kita akan lebih mengikuti dan meneliti setiap perbelanjaan kerajaan. Sudah pasti kita mahu cukai yang telah
dibayar dibelanjaakan kea rah memunafaat.
Secara tak langsung juga, dengan terlaksana GST, mudah-mudahan
dapatlah setiap rakyat desa mahu Bandar membuka mata untuk jadikan salah satu kayu
ukur bagi menilai kecekapan kerajaan hari ini.
Saya juga tertarik dengan cadangan kerajaan untuk meletakkan
data penerima Ikasih, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (brim), dan pemegang bantuan kebajikan
dibawah satu pusat yang dikendalikan oleh jabatan Perdana Menteri. Mudah-mudahan dengan ini, ia lebih melancarkan
proses mengenalpasti gulungan sasar untuk diberi apa-apa bantuan yang berbentuk
(cash).
Mudah-mudahan pengakuan kerajaan untuk membenteras pembaziran
dan kebucuran wang benar-benar dilaksanakan dan bukan hanya omong kosong yang dilafazkan
saban tahun selepas menerima laporan dari audit Negara.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.