assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, October 29, 2013

Bila EPC Berhenti, Ianya Sungguh...



Apa yang saya ingin perturunkan di sini hanyalah situasi di negeri Selangor, miski ianya melibatkan seluruh Negara.


EPc (Elaun Pekerja Cacat) diberikan kepada setiap pekerja cacat yang bergaji rm 1200 ke bawah sebulan.  Ianya pembiyaan kerajaan pusat dan diletakkan di bawah penyeliaan jabatan kebajikan negeri masing-masing.
Note:  elaun ini bukanlah pemberian secara automatic, tetapi perlu ada permohonan dari individu yang layak.


Apa yang berlaku sejak bulan Jun lalu, sungguh mengecewakan pemegang EPC tersebut.  Apa tidaknya, elaun mereka diberhentikan tanpa apa-apa surat notis.  Pemberhentian tersebut bukan secqara serentak, tetapi secara berperingkat-peringkat, membuatkan mereka bertanya sesama sendiri, apa sebenarnya yang sedang berlaku.


Apabila ditanya kepada pegawai kebajikan, jawaban yang diterima ialah:
“oh, awak kena membuat permohonan baru.  Pihak kementerian sedang membuat kaji semula.”


Sungguh mudah pegawai itu memberi jawaban tanpa memikirkan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh pemegang elaun tersebut.  Yalah, dengan pemberhentian secara mengejut, ruang perbelanjaan mereka menjadi sesak (tidak mencukupi) luar kawalan.  Sesudah membuat permohonan semula, masa yang diambil oleh pihak kementerian untuk meluluskan permohonan agak lama, iaitu dua ke tiga bulan.  Ini bermakna, tiga ke empat bulan pemohon terpaksa mengecilkan kos perbelanjaan yang semamangnya cukup-cukup sahaja.


Kes en. Ali, bukan nama sebenar lebih menyakitkan.


Bulan July lalu dia telah ke jabatan kebajikan Kajang kerana menemani isteri membuat permohonan semula.  Terlanjur ke situ, dia telah meminta pegawai bertugas menyemak status EPcnya, samada dia perlu membuat permohonan semula atau tidak.  Jawaban yang diterima mengembirakan:
“erm, nampaknya  abang punya okay.  Tahun depanlah, abang buat permohonan semula.”


Maka setelah selesai urusan isterinya, kembalilah en. Ali dengan penuh rasa syukur.


Ah! Rupa-rupanya jawaban gembira yang diterimanya July lalu tidak terus menjadi miliknya.  Kenapa?


Awal bulan October lalu, en. Ali seperti biasa ke Agro bank untuk mengeluarkan EPC, namun setelah dibuat update ke atas accountnya,  ternyata elaunnya telah diberhentikan


Untuk memastikan keadaan, en. Ali telah menghubungi JKM Kajang.  Sungguh mengecewakan hatinya bila jawaban yang diterima:
“ya, encik kena buat permohonan semula.  Ini arahan dari AG, kami menurut aje.”

Ini bermakna en. Ali terpaksa pergi sekali dua lagi untuk menyelesaikan permohonannya pula.


Nampaknya dari situasi di atas, saya berpendapat, pihak JKM tidak boleh dipersalahkan, kerana mereka tidak mendapat arahan bertulis.  Mereka juga samar-samar dari mana arahan mutlak itu datang, samada dari AG aatau dari KKM.  Mereka hanya mendapat arahan mulut (lisan) dari boss (Ketua Jabatan) sahaja.


Saya kira andai pihak Kementian Kebajikan Masyarakat (KKM) atau AG (accountant General)telus dalam soal kaji semula, pihak KKm perlu:
*Menghantar surat panggilan interview kepada setiap pemegang EPC


Jika tidak hadir, barulah:
*menghantar surat notis pemberhentian elaun.


Cara begitu Nampak lebih manis dan professional.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.