Penarikan subsidi minyak kurang lebih sebulan setengah
berlalu, sementara penarikan subsidi gula pula sudah hamper tiga minggu
berkuatkuasa. Maka nampaknya kini
tibalah pula untuk masyarakat marhain sepertiku merasa bahang kehangatan
kenaikan harga terutama makanan.
Kehangatan ini mungkin tidak dirasai oleh pak-pakmenteri, para
timbalannya, YB-YB atau para Setiausaha politik sekalian. Maklumlah, setiap perbelanjaan hatta
perbelanjaan dapur sekali pun boleh membuat tuntutan balik. (correct me from wrong).
Apa tidaknya, kalau sebelum ini, dengan 60 sen, kita masih
dapat membeli sebiji bilis/kaya/ atau apa-apa bun keluaran Gardenia, tetapi
kini untuk membeli sebiji bun yang sama, kita terpaksa menambah 30 sen lagi. Boleh dikatakan semua product keluaran
syarikat ini telah dinaikan harga makanannya sebanyak 30 ke 40 sen. Dari tren kenaikan product syarikat ini, seolah-olah
1 kg gula untuk sebiji bun/cake/roti.
Begitu juga dengan nasi lemak yang dijual di gerai-gerai
mahu pun kedai-kedai mamak. Kalau
sebelum ini, sebungkus nasi lemak biasa berharga rm 1.50, tetapi kini rm 2.00. nampaknya sekkali lagi, masyarakat marhain sepertiku terpaksa menanggung
kos keanikan gula dan minyak para peniaga nasi lemak pula.
Lalu bebanan masyarakat marhain sepertiku nak diletak ke bahu
siapa pula?
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.