Atas inisiatif salah seorang bekas instructor PLG (Pusat Latihan Gurney), iaitu miss Lim
dan beberapa orang bekas pelajarnya, maka Sabttu lalu terhasillah satu perjumpaan santai sekumpulan kecil bekas pelatih dan beberapa orang bekas instructor institusi terbabit.
Antara bekas tenaga pengajar yang hadir, Miss Lim, cik Raja Norsaadah, Mrs. Liao, Mrs. Yu, Miss Lata, kak Bayah, dan orang paling penting di dekad 80an-90an iaitu pengetua PLG, Mr. Chin.
Program tersebut miski santai dan sekitika Cuma, namun ianya sungguh bermakna bagi kebanyakkan mereka yang hadir.
Mana tidaknya, ada diantara pelatih yang tidak pernah bersua muka mahupun berselisih bahu dengan bekas instructor semenjak meninggalkan pusat latihan. So pertemuan Sabtu lalu benar-benar memberi ruang untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus sekian lama.
Event Sabtu lalu tidaklah mempunyai aturacara sempurna, hanya sekadar menjamu selera ringkas disamping mendengar kata alu-aluan dari penggerak event, iaitu Misll Lim dan ucapan ringkas dari Mr. Chin selaku orang terpenting suatu masa dahulu. Di dalam ucapan ringkas Mr. Chin, beliau mencadangkan agar dapat mengadakan satu gathering yang lebih meluas penyertaan dan lebih teratur suatu masa kelak. Lalu cadangan tersebut disambut baik oleh para tamu dan masing-masing bersepakat menetapkan program akan berlangsung dalam bulan April 2014. Inshaallah.
Rasanya elok juga program reunion sebegini dijalankan setiap tahun. Sekurang-kurangnya dapat menjalinkan uqwah di kalangan bekas-bekas pelajar dengan bekas-bekas tenaga pengajar yang pernah berjasa.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.