assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, September 20, 2013

Angelfish



Demi memberi seri kepada rumah saya yang tak punya hiasan, saya dan suami bersepakat membeli sebuah aquarium yang tidak besar dan tidaklah terlalu kecil.  Menurut tuan kedai aquarium, ianya boleh diletakkan lebih kurang 6 ekor ikan comel.


Saya yang tak punya apa-apa pengetahuan tentang ikan hiasan, lalu meminta kepada tuan kedai, ikan-ikan yang cantik tapi tak  mahal dan tak cepat membesar.  Maka tuan kedai mencadangkan kepada saya, goldenfish dan angelfish.


Setelah bertanya ini dan itu serta “do and don’t” berkaitan kedua-dua ikan disebut tadi dan aquarium,  maka kini tahulah saya bahawa goldenfish mempunyai pelbagai jenis dan warna.


Setelah berkira-kira budget, saya lalu meminta:
4 ekor goldenfish yang berlainan warna dan
2 angelfish serta

seekor ikan bandaraya yang kononnya tugasnya membersih lumut dalam aquarium.  Alhamdulillah, mungkin melihatkan saya yang bersunguh-sungguh berminat, maka tuan kedai hanya charge saya terhadap set aquarium sahaja.  Sementara ikan-ikan dan makanan serta alat pengepam air diberi percuma.


Disamping memberi  seri rumah, ia juga memberi nilai tambah dalam proses kehidupan Haikal.  Contohnya:
*memupuk rasa tanggungjawab
Haikal bertanggungjawab untuk  mengurus pertukaran air dan membersihkan aquarium dan menjaga kesihatan ikan-ikan.


**mengurangkan ketegangan minda
Telatah ikan-ikan dalam aquarium juga dapat menenangkan jiwa dan mindanya.


***menyegarkan mata
Dengan memandang kecantikan ikan-ikannya, dapat mengurangkan rasa mengantuk ketika mengulangkaji hafazan.


****bomus
Seperti mana jelas dan nyata dalam kalam Allah, bahawa semua isi langit dan bumi bertasbih kepadanya, maka mudah-mudahan dengan memelihara ikan, dapat menambahkan lagi banyaknya butir-butir zikir disetiap sudut rumah kami, Inshaallah.


Haikal juga begitu ceria melihat gelagat ikan-ikan.  Apa yang dibuat ikan-ikan, semua diceritakan kepada saya.  Saya seperti biasa tekun menelinga (mendengar) celotehnya.  Dan saya sesekali mengaitkan perangai ikan yang tidak disenanginya dengan perangai dia sendiri.  Maka disini, terdapat proses pembelajaran buat Haikal.


Kini sudah sebulan Haikal memegang jawatan Pengurus Aqurium di rumah kami.  Alhamdulillah nampaknya dia begitu bersunguh-sungguh sehingga sudah peka terhadap behavior ikan-ikan jagaannya:
*ada diantara goldenfish yang suka mengoyang-goyangkan ekornya seolah menari
*ada yang hanya suka berenang mengelilingi aquarium
*ada yang nakal dan suka membuli.


Dari pemerhatian Haikal, angelfish agak nakal.  Angelfish lebih agresive berbanding goldenfish dan bandarayafish.  Dia sering menyerang ikan-ikan lain.  Bayangkan sudah dua ekor bandarayafish mati kerana dibuli angelfish.


Untuk mengesahkan pernyataan Haikal, saya cuba merisik-risik kepada cik Google.  Oo, dari forum dalam beberapa webside, ternyata ramai juga mengalami masalah kenakalan angelfish.


Untuk meredakan kenakalan angelfish, saya katakan padanya:
“hai angelfish, kalau nakal sangat, mama asingkan kamu dari kawan-kawan lain.”


Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, setelah dua kali saya memberi amaran yang sama, menurut Haikal, angelfish lebih tenang dan tidak lagi menyerang ikan-ikan lain.


Benarlah seluruh isi langit dan bumi dalam gengaman Allah, menurut Haikal, setiap kali kami mengalunkan kalam Allah, kesemua ikan kelihatan tenang seolah-olah menghayati kalimah agung itu.  Kalau makhluk ikan tahu menghargai kalimah Allah, so, marilah kita Tanya pada diri sendiri, sejauh mana kita sebagai hamba yang tak terkira banyaknya menerima anugerah allah ini memahami, menghayati serta mengagungkan kalam suci Allah itu, lantas mengaplikasikan dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.