assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, September 30, 2013

Gajet Pen Alquraan Braille



Alhamdulillah Sabtu lalu, dengan keizinan Allah, saya telah berkesempatan menyaksikan demonstrasi penggunaan ‘Pen Alquran Braille’ yang telah dianjurkan sendiri oleh syarikat pengeluar “Altasneem Sdn Bhd dengan kerjasama PERTIS (Persatuan Orang Buta Islam Malaysia).


Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan blind lain yang tak berkesempatan menyaksikan sendiri gajet tersebut Sabtu lalu.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat menyediakan imej gajet tersebut atas masalah camera.


*bentuk dan saiz pen tersebut lebih kurang sama dengan pen alquraan normal


*gajet pen itu juga disediakan USB


*gajet pen itu didatangkan dengan senaskah buku Braille tetapi ianya bukan naskah alquraan


*buku Braille itu disediakan dalam tulisan roman, nipis,, bertindak sebagai papan menu
Ia mengandungi pilihan:
*qari
*surah
*main (play),
*stop,Dan beberapa lagi features lain


*untuk membuat pilihan, pengguna hendaklah menyentuh pen tersebut kepada perkatan-perkataan dalam buku Braille yang disediakan


Harga? Saya rasa harga yang diberi oleh syarikat Altasneem adalah mampubeli oleh 90 peratus gulungan blind iaitu:

*set gajet pen tanpa beg rm 150


*set gajet pen bersama beg rm 200

Kebaikan dikaca mata saya:
*ringan
Praktikal untuk dibawa kemana saja


*mudah dan simple
Mampu digunakan oleh sesiapa pun dari kalangan blind miski pun tanpa pengetahuan it.


Pendapat peribadi:


Apa pun saya tetap mengimpikan gajet eBraille alquraan ciptaan FKM UTm.  Miski ia mungkin telah pun tersimpan dalam perpustakaan universiti itu, namun hati ini tetap meminati keunikan gajet itu.


Maklumlah, bagi saya yang masih mahu merasai huruf-hurufalquraan Braille dan masih perlu menikmati ketepatan tajuid dengan jari jemari sendiri, maka, gajet ebraille alquraan inila idaman dihati miski ia seumpama mimpi.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.