Penarikan subsidi minyak atau kenaikan harga minyak masih
menjadi top topic di dada-dada akhbar tempatan atau diruang maya, mahu pun
dicorong-corong radio tempatan.
Orang bijak pandai ekonomi rata-rata menganggap tindakan itu
bakqal melonjakkan pembangunan Negara, dan ia juga bisa mengurangkan kadar
subsidi dari dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi mahu pun pekerja
asing.
Sementara orang kebanyakan merasakan tindakan itu bakal
meningkatkan kos sara hidup masing-masing.
Manakan tidak, setiap kali subsidi minyak ditarik, maka setiap kali itu
juga harga barangan menaiki tangga. Hatta
sekali pun 5 sen subsidi ditarik, mahu tidak mahu, masyarakat umum terpaksa
menambah peruntukan perbelanjaan harian.
Dengan kenaikan tambang transport awam, dan harga barangan
yang meningkat, lalu menjadikan kos sara hidup berganda-ganda melonjak, maka
bagi pendapat saya, pemberian brim secara one- off tidak boleh menmpung
kenaikan kos dalam jangka panjang.
Mudah-mudahan pihak pemerintah mampu memikirkan cara paling
rasional dalam menangani kepayahan gulungan
pertengahan dan bawahan mengharungi kos sara hidup yang kian mendesak.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.