Setiap dari kita pasti pernah melalui situasi
luarjangka. Maka saya kira reaksi kita
waktu itu juga diluarjangkaan. Situasi
itulah yang saya alami seminggu lalu.
Ahad lalu, saya dan Haikal berkesempatan ke rumah terbuka
MAB. Seperti biasa, setiap ke MAB
(Malaysian Association For The Blind) di Brickfields, saya lebih suka
menggunakan perkhidmatan lrt dan monorail.
Walau pun masa perjalanan kami sedikit panjang, tetapi ianya dapat
menjimatkan kos transport kami.
Saya tidaklah hendak bercerita panjang tentang rumah terbuka
MAB, kerana saya tidak berjumpa dengan sesiapa pun kawan blind di sana. Saya hanya bertemu dan berbual dengan orang rombongan
Tengku Azlan dari Pahang, itu pun kerana berkebetulan duduk semeja.
Setelah menjamah beberapa jenis makanan yang dibawa oleh
para sukarelawan kepada kami, satu jam kemudian, saya dan Haikal melangkah
pulang.
Oh ya, tahniah saya ucapkan kepada MAB, kerana rumah terbuka
kali ini begitu ramai sukarelawan. Maka
dengan itu saya kira mudahlah para pengunjung blind-nya nak mengaccess makanan.
setiba di stesin lrt Ampang, saya dan Haikal melangkah keluar
dari train. Kami berjalan tenang kerana orang
tidaklah ramai, maklum saja hari minggu.
Ketika saya sentuhkan kad rapid ke mesin untuk keluar setesin,
palang pun terbuka, belum sempat saya melangkah,
tetiba ada orang dari arah sebelah saya berlari menerobos palang yang sepatutnya
terbuka untuk saya. maka tertutuplah palang.
Lalu tepaku saya di situ. Seketika kemudian datanglah petugas lrt lalu dibuka
palang secara manual untuk saya. Sementara
makhluk asing tadi sedang disoal siasat oleh petugas lrt kenapa tidak menggunakan
kad sendiri. Pelbagai alas an yang diberi
oleh makhluk asing tersebut. Apa kesudahannya,
tidakla saya tahu.
Hmm, itulah kehendak Allah. Dan itulah rencah kehidupan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.