assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, July 22, 2013

Dari File Ideal




Ini Boboy.  Dia saya kira sangat pintar dan petah.  Segala apa yang dilihat,  pasti dia akan bertanya ibu dan ayahnya, kenapa dan mengapa.


Boboy kini sudah berusia 2 tahun, namun nasib tidak menyebelahi boboy, kerana dia masih belum dapat menggunakan kakinya untuk melangkah , apa lagi berlari.


Menurut ibu boboy, doctor mengesahkan bahawa otak boboy mengalami 20 peratus kerosakkan ketika dilahirkan.


Pun begittu, demi ingin melihat boboy lincah seperti anak-anak lain, ibu ayah boboy  mendapatkan urutan reflexology sebagai kaedah alternative di samping perubatan moden.


Kini, setelah 2 bulan boboy menjalani sesi urutan reflexology dari therapist Miza, di Pusat Refleksologi Ideal,   boboy sudah mampu:
  • berdiri di atas lututnya.
  • Boboy juga sudah boleh duduk tanpa pertolongan orang lain.
  • Boboy juga sudah boleh tidur lena,  dan dengan ini sekaligus memberi rehat yang cukup kepada ibu ayah boboy.


Melihatkan perkembangan ini, bukan saja ibu ayah boboy gembira, boboy juga turut merasa akan perubahan dirinya, dan sering memberi tahu bahawa dia pasti mampu berjalan tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.