assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, July 18, 2013

Bual Isu



Pertama sekali saya ingin congratulate Elvin and partner, kerana telah Berjaya popularkan nama anda di dada-dada akhbar tempatan dan social media terutama pemilik orang islam.


Maaf andai tulisan saya mungkin tidak menyenangkan sesetengah pembaca islam budiman.


Saya kira sesetengah respond di akhbar mau pun social media melampau, termasuklah cadangan melucutkan kerakyatan.


Kebanyakan respond umat islam di social media adalah berbunyi kekerasan.  Saya rasa lebih molek kalau kita memberi respon berunsur penerangan atau  membetulkan.  Kerana cara ini juga sebahagian dari da’I (dakwah).  Mudah-mudahan,  dari tidak faham,  pasangan di atas menjadi lebih mengerti,  lalu terdorong hati mereka untuk mengenali islam yang kudus.


Saya sebenarnya tidak begitu tersinggung dengan pasangan di atas, kerana saya sudah maklum bahawa mereka terlalu jahil tentang islam.  Tetapi saya lebih marah kepada umat islam baka.  Kenapa?  Kerana sebahagian dari islam baka tidak tahu menghargai dan sayang/bersyukur  akan cahaya agama yang telah bersinar dalam jiwa mereka.  Mereka terkadang bertindak mempersendakan islam lebih dahsyat dari orang bukan islam atau lebih teruk lagi, meruntuhkan agamanya sendiri.  Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai orang islam baka tidak mendirikan solat Atau meremeh temehkan solat.


Sepatutnya, kita sebagai islam baka berbanyak-banyak berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta kerana dilahirkan oleh seorang wanita islam.  Maka sebagai penyambung, kita hanya perlu membaja dengan ilmu  agar dapat beramal untuk memelihara supaya akar iman terus bertunjang dalam rohani dan secara langsung dapat memelihara agama.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.