assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, August 6, 2014

Salam Idil Fitri



Mengalir lesu air di kali,
Girang bertasbih burung sekawan;
Ramdhan almubarak berangkat pergi,
Lalu kesayuan insan-insan beriman.


Ramadhan memberi seribu makna,
Mentarbiah diri mensucikan hati;
Di dalam hati resah bertanya,
Mungkinkah kita ketemu lagi.


Tak puas rasanya bertemu ramadhan,
Usah pergi usah menghilang,
Bimbang tak sempurna layanan ku beri;
Di dalam hati penuh pengharapan,
Bertemu ramadhan ditahun mendatang,
Moga diberi peluang lagi.


Tirai Ramadan berlabuh sudah,
Gema takbir memecah kesunyian,
Melaungkan kebesaran rabbul izati;
Fajar syawal terbit sudah,
Bahagialah hati insan-insan beriman,
Kemenangan melawan nafsu sendiri.


Mentari syawal indah bercahaya,
Memayungi bumi penuh ketenangan;
Rendahkan hati sucikan jiwa,
Penuh perhambaan mohon keampunan.


Salam syawal manis diberi,
Ikatan uqwah terus rukun,
Teguh ummah sejahtera bumi;
Hamba menyusun sepuluh jari,
Tanda kemaafan hamba pohon,
Dari hati yang tulus suci.

maaf atas technical problem.  sepatutnya posting ini publish pada firts raya.

Wednesday, July 23, 2014

Terima Kasih Ya Allah

https://dl.dropboxusercontent.com/u/6610717/Maher%20Zain%20-%20Ramadhan%28http___bursamp3.wapka.mobi%29.mp3



Ya Allah Ya Rabb,
Atas nama kasih,
Atas nama sayang,
Kau turunkan Ramadhan buat kami..


Suatu bulan
Yang penuh nikmat, rahmat, jua hikmah.


Suatu bulan
Untuk kami
Berkasih sayang sesama insan,


Suatu bulan
Untuk kami
Meraih pahala,


Suatu bulan,
Untuk kami
Memohon keampunan,


Suatu bulan,
Untuk kami
Mencari redhomu..



Ya Allah Ya Rabb.
Karma kau tahu
Amalan kami
Terlalu sedikit,
Demi kasih
Yang tiada terbatas,
Kau hadiahkan Suatu malam
Yang penuh kemulian,
Bagi hambamu
Yang bermujahadah..



Ya Allah Ya Rab,
Berilah kami kekuatan,
Untuk menyelongkar,
Rahsia malam malam ramadhanmu..


Ya Allah Ya Rab,
Berilah kami kekuatan,
Memantapkan iman,
Hingga keakhir hayat kami,
Demi bertemumu
Dihari kebangkitan kelak..
 

Wednesday, July 16, 2014

Musa Alhafiz



Kisah Musa Alhafiz iaitu seorang anak kecil dari Bangka Indonesia telah menjadi bualan di kalangan pencipta alquraan.  Betapa tidak, anak ini begitu hebat, karna dalam usia belum sampai 6 tahun, 30 juzuk alquraan telah tersemat didalam dadanya.


Baru-baru ini hotel Depalma yang terletak di daerah saya telah mengundang anak kecilyang hebat ini.  Berkebetulan, pada tahun ini, Haikal memilih untuk bersolat terawih di situ, maka penuh keterujaanlah dia untuk bertemu mata dengan Musa Alhafiz.


Di dalam hati saya berdoa, agar dengan melihat sendiri kehebatan Musa Alhafiz, akan memberi semangat dan dorongan untuk Haikal terus berrusaha menghafaz serta memartabatkan alquraan didalam dadanya lantas terlahir kedalam akhlaknya.


Ah, hebat, memang hebat anak kecil yang bernama Musa Alhafiz itu.  Dia boleh menyambung apa saja ayat yang dibacakan oleh orang ramai.  Apa bila ditanya surah apa, tanpa teragak-agak, anak kecil itu menjawab dengan senang hati.  Hafazannya juga baik, bertajuid kemas.


Setiap kali Musa alhafiz menyambung ayat yang diberi orang ramai, maka tersentuhlah setiap hati-hati hadirin terutama di kalangan ibu-ibu.  Di dalam hati masing-masing pasti tercuit, “apakah aku mampu membentuk anakku seperti ibu ayah Musa Ahafiz membentuk beliau?”


Sekalung tahniah ingin saya beri buat ibu ayah Musa Alhafiz.  Atas keyakinan pada  tali Allah dan usha bersungguh kalian, Musa telah menjadi alhafiz dalam usia yang terlalu muda.


Marilah kita sama-sama mendoakan agar Musa terus istiqamah dengan alquraan serta beliau dilindungi Allah dari ujian kekotoran hati dan jiwa.  Mudah-mudahan Musa akan menjadi pembela islam suatu hari kelak, Inshaallah.

Monday, July 7, 2014

Renungan Sore



Deria pengelihatan merupakan salah satu nikmat Allah tiada tandingnya yang dikurniakan kepada hambanya.  Pun begitu, masih ramai manusia yang enggan tunduk untuk membuktikan rasa syukur/berterima kasih kepada Yang Maha Pemberi.  Andai deria ini tiada kepada seseorang individu, pasti penuh ranjau duri jalan kehidupan mereka.


Tidak mudah perjalanan hidup sebagai OKU pengelihatan.  Pelbagai cabaran kental dan situasi kurang selesa perlu dilalui baik bersama ahli keluarga sendiri mau pun masyarakat umum.


Maka  saya sebagai seorang yang OKU pengelihatan, ingin mengajak para pengunjung budiman yang masih punya nikmat pengelihatan untuk bersyukur, berterima kasih, lantas tunduk bersujud kepada Yang Maha Pemberi Allah Azawajalla pentadbir langit dan bumi.  Peliharalah mata dari memandang sesuatu yang boleh membawa kemurkaan Allah.


Sementara kepada teman-teman senasib, berushalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.  Karna atas rahmat kasih sayang Nya, pengelihatan kita telah disimpan demi menyelamatkan kita dari dosa mata yang tak terkira banyak.  Mudah-mudahan kita terhindar dari menjadi orang-orang yang kurang di dunia dan di sana kelak.

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan



Berkayuh beca mencari belanja,
Berhujan berpanas tanpa dihiraukan;
Bertandang sudah ramadhan yang mulia,
Berushalah kita meraih ganjaran.



Laut terbentang dipayungi mentari,
Didadanya nelayan mencari rezki;
Bersyukur kita kehadrad ilahi,
Masih diketemukan ramadhan kali ini.



Berpantun seloka pembuka kata,
Sebagai kiasan menyuntin dara;
Ramadan diturunkan sungguh istimewa,
Pelbagai hikmah tersirat di dalamnya.



Merah delima di dalam raga,
Ibu hamil Nampak kempunan,
Apa daya tak punya wang;
Salami ramadhan dengan jiwa raga,
Untuk bisa mengutip butir-butir kekuatan,
bekal mengharungi sebelas bulan mendatang.



Belayar kapal tidak sekata,
Dek pukulan ombak yang bergelombang;
Jagalah lidah jagalah mata,
Agar ramadhan tidak berlubang.







Wednesday, June 18, 2014

Bermalam Di Pulau Mutiara3



Keesokan hari, seperti juga hari sebelumnya, sesudah bersarapan baru kami memulakan kembali explorasi.


Tempat yang pertama kami kunjungi untuk hari itu ialah Teluk Bahang.  Di Teluk Bahang terdapat pintu masuk ke Taman Negara dan boat untuk bersiar-siar di persisiran  laut Taman Negara.  Kami telah memberi peluang kepada Haikal untuk membuat pilihan apa yang ingin dilakukan.  Mungkin tidak selalu dapat naik boat, maka Haikal telah memilih untuk menaiki boat.


Setelah membayar rm 220 untuk sewan sebuah boat, kami telah dibawa oleh tuan punya syarikat boat untuk menaiki boat.  Di boat,telah menunggu pemandunya yang ramah membantu kami untuk naik ke boat.  Oh ya, sebelum pengunjung menaiki boat, setiap orang perlu memberi nama penuh kepada pendaftar di kaunter masuk.


Setiap pelancung pasti kagum dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara, lalu terbitlah pengakuan kebesaran Yang Maha Pencipta di dalam hati kecil.




Alhamdulillah, tiada sedikit pun rasa bosan dihati kami ketika di dalam boat, kerana pemandunya begitu ramah bercerita tentang persekitaran laut Taman Negara.  Kami dibawa melintasi Pantai Monyet/Monkey Beach,Pusat Penyelidikan Marrine USM serta boat juga melintasi persisiran Selat Melaka yang punya persimpangan tiga arah.  Disepanjang perjalanan kami, kelihatan pulau-pulau kecil, keteguhan gunung jerai, batu berbentuk penyu bertelur dan buaya.


Setiba di Pantai Keracut, kami diizinkan turun untuk melihat-lihat kawasan sambil menghirup kesegaran udara laut.  Di pantai ini terletak pusat penetasan telur penyu dan pameran penyu-penyu yang telah diawet.  Setengah jam kemudian, kami naik semula ke boat.


Dalam perjalanan pulang, kami dibenarkan turun di Pantai Monyet/Monkey Beach.  di sini pengunjung boleh bermandi manda.  Di pantai ini dilengkapi gerai makan, tandas dan surau.  Puas bermain air, kami berjamu selera.  Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, boat datang kembali menjemput kami untuk pulang ke pangkalan.


Keadaan laut yang begitu tenang, membuat badan tak langsung terasa letih.  Lebih kurang jam 1.30, kami tiba semula di hotel.




Setelah memberi kesegaran kepada badan masing-masing, serta jamakkan solat asar ke dalam waktu Zuhur, lebih kurang jam 3.30 kami keluar semula dari hotel.  Kali ini kami ke Bukit Bendera.  Yalah kata orang “tak bermakna lawatan ke Pulau Pinang, kalau tak menaiki Bukit Bendera”.  Maka sebab tu kami nak melengkapkan kunjungan kami ke pulau mutiara ini.


Sesampai kami di kaunter tiket, kami dibawa terus oleh petugas di situ ke tempat menunggu keretapi.  Apabila tiba saja train, kami diberi izin untuk naik terlebih dahulu tanpa berbaris di barisan yang panjang.


Kalau sebelum ini, aku agak keliru berkenaan kenderaan apakah digunapakai untuk naik ke Bukit Bendera.  Mana tidaknya, ada suara-suara yang mengatakan ia mengunakan cable car, dan tak kurang juga ada yang mengatakan ia menggunakan keretapi.  Namun hari itu, jelas di depan mata, kenderaan yang digunakan ialah train.  Seperti mana train lrt.  Mengikut sejarah, sejak dari dulu sehingga kini, kenderaan yang digunakan ialah keretapi.  Bezanya, dahulu tradisional, sementara hari ini eletrik.


Pasti setiap pengunjung akan teruja melihat keindahan Pulau Pinang dari atas bukit.  Di atas bukit itu terdapat restaurant dan gerai-gerai menjual t.shirt serta pelbagai lagi.  Setelah puas ronda-ronda di tempat terbuka, kami masuk muzium kraft tangan burung hantu.  Di situ terdapat lebih kurang 40 negara yang mempamerkan hasil kreativiti  masing-masing.  Disebabkan petugas yang baik hati membawa kami ronda disegenap ruang sambil ramah memberi penerangan,, aku rasa terhutang pula lantas dengan rela hati  membeli beberapa buah keychain.  “erm, boleh juga aku jadikan buah tangan”  bisik hati kecilku.


Hamper jam 6.00 petang, kami turun semula ke kaki Bukit Bendera.  Kemudian kami mengambil teksi ke Persiaran Gurney.  Dek kerana Haikal belum puas merasa nasi lemak cili bilis, maka sekali lagi petang itu kami makan malam di situ.


6 Jun. Jumaat pagi lebih kurang jam 11.00,kami meninggalkan pulau mutiara untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Saturday, June 14, 2014

Bermalam Di Pulau Mutiara2



Oh ya, tambang teksi/kereta sewa dari jeti ke Tanjung Bungah ialah rm 25.  sementara masa perjalanan lebih kurang setengah jam.


Setelah selesai proses “check in”, kami dihidangkan segelas minuman “welcome drink”.  Usai minum, kami naik ke bilik seperti mana nombor yang tertera pada kad kunci.




Malam itu kami hanya berehat di bilik untuk melepaskan lelah yang masih tersisa akibat perjalanan yang panjang disiang hari.  Mana tidaknya, cuba bayangkan, kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.30 pagi dan tiba di Batuworth jam 5.45 petang.  Ini bermakna kami berada lebih kurang 8 jam lebih di dalam bas.  ah, letih memang letih.


Keesokan harinya selesai bersarapan, kami memulakan expedisi. Tempat yang pertama kami pergi ialah muzium 3d.  muzium itu terletak berhampiran jeti.  Berkebetulan hotel yang kami duduki tidak jauh dari bus stop, so kami mengambil keputusan untuk naik bas sahaja ke sana.


Di dalam muzium itu terdapat pelbagai lukisan yang berkonsepkan 3d.  Haikal begitu teruja melihat arca-arca yang semuanya kelihatan hidup.  Lukisan yang dipamerkan di situ merupakan ada nilai sejarah di Pulau Pinang, termasuk potret almarhum P.Ramli.


Setelah puas beligar dan bergambar di muzium 3d, kami menaiki bas ke Komtar.  Di situ kami menyelusuri jalan-jalan untuk mencari kedai urut rakan suamiku.  Sementara suamiku mendapatkan perkhidmatan urut dari kawannya, aku dan Haikal masuk ke Komtar.


Haikal seperti biasa akan mencari tempat kegemarannya, kedai buku.  Setelah menemui kedai buku Popular, dia terus ke sudut buku kegemarannya untuk membaca buku di situ.  Untuk tidak berlama di situ aku meminta Haikal memulih  dua buah buku yang diidamkan.




Setelah keluar dari kedai buku Popular, Haikal ternampak booth menjual apam balik.  Apa lagi, Haikal terus mengajakku ke booth itu untuk membelinya.  Aku menurut sahaja karna aku tahu  apam balik merupakan  kuih kegemarannya.  Ern, enak juga rasanya.  Harga?  80 sen/kupang sekeping.




apabila aku menerima telephone dari suamiku yang menandakan dia sudah selesai, aku dan Haikal pergi ke kedai urut kawan suamiku.  Kemudian kami bertiga kembali menyelusuri jalan-jalan di situ untuk mencari gerai kari kepala ikan Line Clear yang menjadi bualan ramai orang di KL.




Sebenarnya aku dan Haikal tidaklah gemar sangat kari mamak ni, namun demi meraikan keinginan suamiku, kami berdua turutkan saja.  Usai menjamu selera nasi dan  kari kepala ikan, kami teruskan lagi ronda-ronda di Penang Road untuk mencari kedai Calostar pula.  Di mana kedai Calostar adalah kedai borong menjual jeruk pak Ali.  Di kedai ini, pelanggan boleh meminta pekedai membungkus jeruk mengikut kehendak sendiri.  Pelanggan juga boleh meminta campuran buah mengikut citarasa.  Dan lebih special, pelanggan juga boleh merasa sebelum membeli.  Jeruk-jeruk buahan itu dijual dengan harga rm 13 1 kilogram.




Setelah kaki masing-masing sudah minta direhatkan, mentelah lagi bungkusan jeruk berat ditangan, kami mengambil teksi/kereta sewa sahaja pulang ke hotel.




Setelah melunaskan hak Yang Maha Esa, dan kaki sudah gagah berjalan kembali, kami keluar semula dari hotel lebih kurang jam 5,30 untuk ke Gurney Drive/persiaran Gurney.  Di situ terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai makanan.  Oleh kerana kami sampai agak awal, maka tak banyak lagi gerai yang beroperasi.  Antara makanan yang menjadi pilihan kami, nasi lemak cili bilis, laksa penang yang kuahnya pekat dan sedap, rojak pasambok, (maaf kalau tak betul spelling) dan chok udang.  Erm chok udang kat sini agak special.  Kenapa?  Chok udang dicampur popia goring dan tahu goring yang bagi aku enak rasanya.




Usai menjamu selera dan ronda-ronda alakadar, lebih kurang jam 7.15 kami pulang ke hotel dengan menaiki bas.





Bersambung.

Wednesday, June 11, 2014

Bermalam Di Pulau Mutiara (Pulau Pinang)



Alhamdulillah, dengan izin Allah, minggu lalu kami tiga beranak telah bermusafir ke utara semenanjung iaitu Pulau Pinang.  Kami bermaustautin di sana selama tiga malam, empat hari.


Malu pada diri sendiri, kerana disepanjang usiaku, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di pulau mutiara itu.


Dek kerana tiada pilihan, disebabkan tiket keretapi dan flight telah sold out pada tarikh yang kami kehendaki, maka terpaksalah kami ke sana dengan menaiki bas.  aku sengaja membeli tiket bas yang berhenti di Batuwoth, untuk memberi peluang Haikal sesekali merasa menaiki ferry.


Ah, diawal perjalanan, kami telah diuji.  Atas ketentuan Allah, bas yang kami naiki telah membuat ragam.  Tepat bas berada di tengah-tengah jambatan Sungai Perak, tetiba bas berhenti.  Para penumpang telah diberi tahu oleh pemandu bas bahawa batang geer patah.


Nasib aku dan penumpang bas agak beruntung, kerana terdapat seorang penumpang yang suka membuat lawak.  Sekurang-kurangnya tidaklah kami tertekan ketika menunggu geer bas diperbaiki.


Selang beberapa minit setelah pengumuman batang geer patah, tetiba sekali lagi pemandu bersuara memberitahu bahawa penghawa dingin terpaksa di off kerana engine pula buat hal.


“kami minta maaf banyak-banyak, kerana kerosakkan engine agak serius, maka saya tak tahu berapa lama bas ini boleh berjalan kembali.”


Beritahu pemandu bas dengan suara yang mendatar.  Mungkin terselit rasa kesal dihatinya .


Penumpang lawak yang sedari tadi asyik mengeletek hati para penumpang lain, mula kehilangan idea.


Anak-anak kecil yang sedari tadi sedang lena mau pun leka bermain mula merengek-rengek kepada ibu mereka.  Mungkin anak-anak itu sudah mula rasa kurang selesa disebabkan kepanasan.  Untuk membawa anak-anak keluar bas, tak mungkin, kerana mentari sedang memancar terik dan berkebetulan saat itu tiada angin yang bertiup.


Bersyukur aku didalam hati, kerana Haikal sudah besar dan mampu melawan kepanasan dengan meminum air yang banyak.


Di luar bas, kedengaran pemandu sedang sibuk menalifon ke sana sini meminta bas-bas yang tak penuh penumpang agar berhenti mengambil sebahagian dari penumpangnya.


Alhamdulillah, sebuah bas demi sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang dari bas aku yang rosak.


Pemandu bas telah bertindak bijak, dengan memberi laluan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil terlebih dahulu.  Ketika aku tiga beraanak berlalu, yang tinggal hanyalah orang-orang dewasa sahaja.


Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan yang agak panjang, lebih kurang jam 5.45, kami tiba di Batuworth.


Setelah menyegarkan badan dengan mengambil sedikit minuman dan menjamah sedikit makanan panas, kami menaiki ferry masuk ke pulau.


Kami selamat sampai ke tempat penginapan kami di hotel Central Seaview Tanjung Bungah lebih kurang jam 7.00 petang.


bersambung

Thursday, May 15, 2014

Usik Pagi



Menurut kajian antara bangsa 2014, politik Malaysia lebih tinggi rasuahnya dari PDRM.  Benarkah begitu?  Hanya mereka yang bergelumang dengan politik saja yang tahu akan jawabannya.



Pun begitu, kalau saya yang tak pandai politik ni mentafsirkan dari apa yang baru saja berlaku di Terengganu, tanah tumpah darahku, seolah-olah begitulah gayanya.



Alasan yang diberi oleh pemain tarik tali seperti anak-anak merajuk, setelah dibelikan gula-gula yang lebih mahal harganya, maka bolehlah  gang kembali.



Erm, bukan mudah nak menemui wakol rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat.  Mungkin ada, namun rasanya hanya satu pertiga sahaja.  Kebanyakkan yang lainseronok mengira keuntungan apa yang diperolehi sewaktu menjadi wakil rakyat dan mengira-ngira berapa pencen yang bakal diperolehi setelah tamat dua penggal menjadi Yang Berhormat.

Tuesday, May 6, 2014

Coretan Sore



Tidak, tidak, saya tidak sesekali menentang hudud.  Mana mungkin saya sebagai seorang muslim menentang hudud, kerana ia adalah syariat Allah.



Syariat adalah cara hidup setiap manusia yang bergelar muslim/muslimah.  Ianya bukan baru, namun Allah telah menetapkan syariatnya sejak alquraan diturunkan kepada rasul SAW, junjungan kita.  Ia terpatri kemas di dalamnya, dan tiada siapa boleh meminda mahu pun menidakkkan.  Ia terpelihara kemas dalam gengaman Allah.  itu janji Allah.



Namun apa yang saya ingin perkatakan dalam posting lalu, adalah lebih baik perkukuhkan ilmu asas sebelum melaksanakan syariat-syariat yang lebih besar.



Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima bahawa boleh dikatakan 90 peratus dari rakyat islam Malaysia sejak  dulu sehingga kini membesar  lebih kepada ilmu duniawi.  Hanya sebahagian kecil sangat ilmu akhirat diserapkan dalam pembelajaran mahu pun kehidupan kita.



Maka kedapatan sebahagian orang tua, dewasa,  muda yang tidak tahu apa itu ilmu tauhid.  Mereka tahu adanya Allah, namun tak dapat nak meresakan bagaimana keberadaan Allah di sisi mereka.



So, andai keyakinan hakiki kepada Allah dapat ditegakkan dalam diri semua umat islam Malaysia, nescaya kita semua dapat hidup dalam syariat Allah.  Lantas orang bukan islam disekeliling secara tak langsung dapat menerima dengan hati terbuka.



Namun apa yang terjadi, orang islam sendiri sejak dari dulu sehingga kini berterus-terisan hidup tidak berlandaskan syariat Allah, maka apa sangat yang diharapkan kepada orang bukan islam yang sudah pasti tak tahu pun tentang syariat Allah.



So, siapa yang nak bertanggungjawab perbetulkan semua ini?


Wednesday, April 30, 2014

Bual Isu



Sungguh, kasihan kita kan.  Sedang aqidah sebahagian dari kita masih jauh ke belakang, ahli politik duk ghalid bercakaran tentang hukum hudud.


Mana mungkin feqah tertegak, andai aqidah sebahagian dari kita masih terkulai layu.  Lalu terjadilah senda mempersendakan hukum Allah itu.
  Sungguh memalukan dan kecewa yang teramat sangat.

Saya kira ilmu tauhid hendaklah terlebih dahulu dikuasai oleh semua umat islam Negara ini.  Tak kira kecil, besar, dewasa mau pun orang tua.  Apabila keyakinan yang hakiki terhadap Allah tegus tertanam dalam diri setiap dari kita, maka aqidah pasti kukuh dalam jiwa masing-masing.  Lalu segala hukum hakam Allah akan menjadi mudah untutk dilaksanakan.

Thursday, April 24, 2014

How should 100% extra virgin olive oil be stored?



Cuba baca article dibawah.  Mudah-mudahan kita dapat sedikit ilmu bagaimana menyimpan minyak zaitun/olive oil.  Dengan cara penyimpanan yang betul, kita akan dapat menikmati segala kebaikan yang terdapat di dalamnya dengan semaximum yang mungkin.  Inshaallah.



Proper storage techniques for olive oil are very important, not only to preserve the delicate taste of the oil, but also to ensure that it does not spoil and become rancid, which will have a negative effect on its nutritional profile.


Even though olive oil's monounsaturated fats are more stable and heat-resistant than the polyunsaturated fats that predominate in other oils (especially the easily damaged omega-3 fatty acids found in flax seed oil, which should always be refrigerated and never heated), olive oil should be stored properly and used within 1-2 months to ensure its healthy phytonutrients remain intact and available. Research studies have shown compromise in the nutritional quality of olive oil after two months' period of time, even when the oil was properly stored.


Proper storage of olive oil includes protection from light. There is debate about the ideal type of storage container. Tinted glass bottles are one of the best storage options for preventing unwanted contamination of the olive oil with packaging materials (as might occur, for example, with the use of dark plastic bottles in which very small amounts of plastic might migrate from the bottle into the oil). However, depending upon the degree and type of glass tinting, exposure to all light might not be prevented with the use of tinted glass. Metal containers for olive oil storage are also an option, although it is unclear about the potential for olive oil to be affected by the metal elements in the container. The transfer of olive oil to a sealed ceramic container is also an option. If you decide to purchase olive oil in a tinted glass bottle, we recommend that you store it in a lightproof area, like a cabinet with solid doors or closed pantry. If you decide to purchase in either plastic or metal containers, you may want to take the additional step of moving the oil into a ceramic container that can be sealed. If you aren't sure how quickly you will be using your olive oil, you may want to buy it in small-size amounts to avoid the problems that can arise with longer-term storage.


Purchase only as much as you will use in one to two months and store away from light and heat. Protect your olive oil's flavor and antioxidants by transferring 7 to 10 days' worth of oil to a smaller bottle to lessen the oxidation that occurs when the oil is exposed to air. Leave this small bottle at room temperature for easy use, but refrigerate the rest. When chilled, olive oil will solidify slightly and turn cloudy, but once restored to room temperature, it will regain its normal appearance, and its quality will be better maintained. Although it may be convenient, definitely don't store your olive oil near the stove as the heat will damage it.




Copyright © 2014 The George Mateljan Foundation, All Rights Reserved
George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle, Washington 98165

Friday, April 18, 2014

Takziah Kepada Keluarga Mendiang Karpal Singh



Hai, saya kira sebagai orang yang menganut agama paling mulia di muka bumi ni (islam), tunjukkanlah akhlak rasul kita iaitu pesuruh dan kekasih Allah.


Rasulullaah tak mengajar kita mempersenjakan orang yang telah mati sekali pun si mati musuh agama.


Tak rugi kalau kita sebagai rakyat senagara mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh.  Malah dengan menonjolkan akhlak baik, penganut agama lain akan menghormati dan menyanjungi islam dan pembawa agama Saidina Muhammad Rasulullah SAW.


Usah mulut mengucap kasih kepada Rasul SAW, tetapi perlakuan langsung tidak meneruskan sunnah baginda.


Fikir-fikirkanlah.


Kita semua juga menuju kearah kematian seperti mendiang Karpal Singh.  Jarak kita dengan mati terlalu hamper.  So marilah kita sama-sama mencari sebanyak-banyak  bekalan untuk di sana kelak.


Setiap muslim dan muslimah adalah duta bagi islam.

Monday, April 7, 2014

Aku Ditembak



Seperti biasa, setiap petang Jumaat, aku dan Haikal akan bertonggok (duduk) disisi radio sambil  menikmati sajian rohani yang disediakan oleh stesen ikim fm.

Ya, “usrah Nurani” itulah antara  program yang menjadi kegemaran aku dan Haikal.  Kami seboleh-bolehnya  tidak akan lepaskan untuk mendengar rancangan tersebut.


Part yang menjadi kemuncak bagi Haikal ialah, cerita diakhir rancangan, yang sentiasa disisip oleh ustaz Zul Ramli (nakib) untuk  renungan pendengar.


Aku kira getaran dan atonansi suara ustaz Zul membuatkan  Haikal begitu bersungguh-sungguh menelinga (mendengar) sisipan akhir ustaz Zul yang selalunya turut menitiskan airmata Haikal.


Jumaat lalu, kami seperti biasa masih bersama menghayati santapan itu.


Kali ini diakhir rancangan, ustaz Zul menyisipkan kisah sebuah keluarga yang diuji.


Kisahnya:


Sebuah keluarga yang terdiri dari ibu dan dua orang anak.  Seorang perempuan berusia lebih kurang 16 tahun dan seorang lelaki yang berusia lebihkurang 10 tahun.


Atas iradat Allah, anak perempuan keluarga itu ditimpa satu penyakit serius yang memerlukan  pembedahan untuk penyembuhan.


kos pembiayaan pembedahan tersebut adalah rm 100 ribu, yang mana amat sukar untuk keluarga itu menanggungnya.


Hati ibu mana yang tidak resah gelisah apabila mendapat tahu anaknya mempunyai sakit dan perlu menjalani rawatan yang menelan belanja begitu mahal sekali.


Suatu petang Jumaat, resah ibu itu menanti anak lelakinya pulang dari masjid.  Masa terus berlalu, penantian ibu itu masih belum berakhir.  Sedang jiran lain telah lama pulang dari solat Jumaat.


Dalam bimbang bercampur geram, dilihat anak lelaki pulang tergopoh gapah bersama keringat didahi.


Lantas ibu itu melepaskan geram bercampur resahnya dengan memarahi anak itu kerana lewat pulang.  Tanpa menjawab, anak lelaki itu hanya tertunduk lesu.


Tersentak bercampur curiga si ibu, apabila didapati ddalam baju melayu anaknya, terdapat rm 20.


Berhati-hati  ibu bertanya kepada anaknya,  Dari mana dia mendapat wang itu.


Dengan perlahan si anak memberitahu bahawa wang itu adlaah upahan dia menggulung tikar di masjid.  Dan dengan wang ini, dia akan kumpulkan buat menampung rawatan kakaknya.


Tersentuh hati si ibu bukan kepalang.


Selesai saja rancangan Usrah Nurani, Haikal bertanya kepadaku:


“ma, moral of the story?”


Belum sempat aku membuka mulut, dia sudah memberikan jawaban dari sudut pandangnya:


“siasat dulu sebelum marah.”


Ah, nampaknya aku ditembak dari jarak dekat oleh Haikal.


Sungguh, terkadang kita sebagai ibu tak terlepas dari memarahi anak tanpa bersoal jawab, bila geram menguasai diri.


So, apa kata mari kita tanamkan lebih sifat sabar dalam diri,agar terhakis perlahan-lahan sifat geram dan cepat marah yang terbelenggu dalam diri kita.

Thursday, April 3, 2014

Puisi Buat Teman



Semalam,
Hatimu dihiris sembilu.
Semalam,
Jiwamu
Ditores pisau belati..


Kini hatimu
Jua jiwamu
Atau mungkin
Seluruh sarafmu
Pedih,
Perit,
Akibat luka yang sungguh dalam..


Hari ini,
Kau ceterakan
Kisahmu padaku,
Air mataku
Lantas mengalir
Bagai empangan pecah.


Aku kagum
Padamu teman,
Karna
Kau punya kekuatan,
Aku kagum
Padamu teman,
Karna
Kau miliki sebuah ketenangan.


Katamu,
Kau perlu kuat..
Katamu,
Kau harus berjuang..
Katamu,
Kekuatanmu
Dan perjuanganmu
Bukan untuk
Siapa saiapa,
Tapi,
Demi putra dan puterimu..


Teman,
Percayalah,
Aku sentiasa ada di sini
Untukmu..


Teman,
Percayalah,
Allah
Terlalu sayangkan dirimu,
Lantas
Kamu diberi ujian..

Tuesday, March 4, 2014

Teh Kenangan



Seperti biasa, pada setiap pagi sebelum anakku keluar meraih ilmu  dan suamiku keluar mencari bekalan untuk meneruskan kehidupan kami,  aku akan menyediakan minuman kegemaran mereka sebagai pemanas perut.



Minuman yang menjadi kegemaran kedua-duanya di pagi hari ialah teh.  Maka untuk menjadikan teh sedikit sihat, susu yang aku gunakan ialah susu tepung yang pastinya berkalsium.  Sesekali tak pernah aku gunakan susu pekat manis.



Semalam, seperti juga hari-hari sebelumnya, aku masih tetap menyediakan teh sementara menanti mereka pulang dari masjid.  Namun aroma teh yang kusediakan hari itu agak berbeza.  Aromanya  membuatkan aku teringat pada seseorang.



Bibirku lantas mengukir sebuah senyuman puas, serentak itu juga pintu kamar memori terbuka luas.



Tanpa dipaksa aku dengan rela hati memasuki ke kamar itu.  Ya, masih segar jalan cerita itu, yang wataknya adalah aku dan Zun.



Setiap petang, Zun akan membancuh setekoh teh berjenama lipton.  Menurut Zun, dia amat gemarkan teh lipton kerana aromanya yang sedikit wangi berbanding dengan jenama lain.



Sungguh, teh yang dibancuh Zun memang ada ummp.  Ianya diakui ramai kawan.  Atas kefasihan Zun membancuh teh, maka setiap kali tamu bertandang ke rumah bujang kami, lalu khidmad Zun pasti diperlukan.  Rela atau terpaksa, Zun pasti membancuh dengan ikhlas.



Kamar memoriku tertutup sendiri apabila mendengar suara anak dan suamiku memberi salam.


Demi memastikan jenama teh, aku meminta anakku melihat catatan yang tertera di kotak teh.



Ah, rupanya benar, aroma itu adalah aroma teh lipton kegemaran teman serumahku dulu.



Adakah temanku Zun masih menggemari lipton?  Entahlah, aku tak pasti.  Kerana telah lama kami tidak ketemu.

Tuesday, February 4, 2014

Celoteh Pagi`



Kalau dua minggu lalu Negara kita Malaysia mengalami suhu sedikit kedinginan  luar biasa terutama di Kuala Kerai Kelantan dan beberapa kawasan di Kuantan Pahang,  namun sejak pertengahan minggu lalu, suhunya mula meningkat berbahang terutama di lembah Kelang.  Erm, mungkin juga suhu lembah Kelang mengikut tarian pemain politik tempatan.  Hahaha, siapa tahu?



Kalau dua minggu lalu, mentari mula menghilang tatkala tengahari, namun kini ia terus membahang sehingga lewat petang, atau lebih tepat lagi jam 6, mentari masih segar memancar.



So, sekadar ingat mengingat sesama kita, minumlah air masak/kosong/muniral water sebanyak yang mungkin sebagai menghalang diri dari mengalami “badan kekurangan air”.




Bagi mereka yang mengambil herbs panas seperti:  Madu/honey, akar-akar kayu, atau ubat-ubatan moden, perlu meminum air lebih dari 8 gelas sehari.  Mudah-mudahan dengan ini dapat:
Mengimbangkan suhu badan,
Mengelakkan bahan toksin dari mendap di buah pinggang,
Melancarkan system perkumuhan.,




Cuaca panas juga memudahkan edis berkembang biak.  Saya pernah diberitahu oleh pegawai kesihatan bahagian nyamuk, )maaflah tak tahu nama sebenar jawatan mereka), bahawa edis selalunya membiak di dalam rumah kita sendiri, terutama:
Di dalam tangki toilet yang lama tidak digunakan,
Di dalam takungan air yang tidak bertutup,
Di bawah fridge yang mempunyai bekas takungan air buangan,
Di dalam pelapik pasu bunga, atau di mana-mana tempat yang boleh menakung air walau pun sedikit Cuma.




Edis tidak akan membiak di dalam tempat yang mengandungi bahan kimia.  Habitatnya lebih senang membiak di dalam air jernih dan bersih.




Maka bersamalah kita memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan kita, ahli keluarga dan kawasan dalam dan luar rumah kita.

Wednesday, January 22, 2014

Bual Kesihatan



Pernahkah anda melihat pokok ini?  Saya kira tentu ramai di antara kita telah melihat dan menanamnya sendiri di rumah.




Pokok ini spisis rerumput.  Apa dia?  Pokok sayur yang sedang glamour?  Ooh, bukan,  ianya dari gulungan herba.  Nama pokok ini, “sabah snake grass” atau “daun belalai gajah”.




Pokok ini menjadi begitu popular apabila pada tahun 2011, salah sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambar seorang lelaki tionghua bersama pokok ini yang telah membuat pengakuan bahawa daun pokok “ssg” telah menyelamatkan beliau dari cancer tahap 4.




Tak percaya?  Jangan begitu.  Semuanya atas kehendak Allah.  Segala ciptaannya di alam ini pasti ada kebaikannya, hatta tikus sekali pun.




Daun pokok ssg dikatakan dalam katagori herba sejuk.  Dan saya sendiri telah mencubanya.  Di mana seminggu lalu ketika anak saya mengalami demam tonsil, suhunya meningkat panas tiba-tiba.  Maka teringat akan bacaan saya terhadap daun pokok ssg, maka saya memetik lebih kurang 10 helai, kemudian saya ramaskan didalam semangkuk air, kemudian saya sapukan keseluruh kkepala serta badan termasuk muka, di bawah dagu dan lehernya.  Alhamdulillah, dengan kehendak Allah pentadbir sekelian alam, suhu badan anak saya menurun.



Disamping memberinya ubat demam, saya mengulangi Perbuatan di atas setiap kali suhu badannya meninggi.  Dalam masa dua hari, anak saya pulih sepenuh dari demam.  Kalau sebelum ini, demam tonsilnya akan berlarutan lebih kurang seminggu sehingga terpaksa diberi antibiotic untuk mendapat sembuh sepenuhnya.



Untuk percaya, cubalah sendiri.  Tetapi perlu diingat, segala anugerah datang dari Maha Pencipta “Ya Rab”.  Sebagai hamba, kita disuruh meminta dan berusaha.