Oh ya, tambang teksi/kereta sewa dari jeti ke Tanjung Bungah
ialah rm 25. sementara masa perjalanan
lebih kurang setengah jam.
Setelah selesai proses “check in”, kami dihidangkan segelas
minuman “welcome drink”. Usai minum,
kami naik ke bilik seperti mana nombor yang tertera pada kad kunci.
Malam itu kami hanya berehat di bilik untuk melepaskan lelah
yang masih tersisa akibat perjalanan yang panjang disiang hari. Mana tidaknya, cuba
bayangkan, kami bertolak dari Kuala
Lumpur jam 9.30 pagi dan tiba di Batuworth jam 5.45
petang. Ini bermakna kami berada lebih
kurang 8 jam lebih di dalam bas. ah,
letih memang letih.
Keesokan harinya selesai bersarapan, kami memulakan
expedisi. Tempat yang pertama kami pergi ialah muzium 3d. muzium itu terletak berhampiran jeti. Berkebetulan hotel yang kami duduki tidak
jauh dari bus stop, so kami mengambil keputusan untuk naik bas sahaja ke sana.
Di dalam muzium itu terdapat pelbagai lukisan yang
berkonsepkan 3d. Haikal begitu teruja
melihat arca-arca yang semuanya kelihatan hidup. Lukisan yang dipamerkan di situ merupakan ada
nilai sejarah di Pulau Pinang, termasuk potret
almarhum P.Ramli.
Setelah puas beligar dan bergambar di muzium 3d, kami
menaiki bas ke Komtar. Di situ kami
menyelusuri jalan-jalan untuk mencari kedai urut rakan suamiku. Sementara suamiku mendapatkan perkhidmatan
urut dari kawannya, aku dan Haikal masuk ke Komtar.
Haikal seperti biasa akan mencari tempat kegemarannya, kedai
buku. Setelah menemui kedai buku
Popular, dia terus ke sudut buku kegemarannya untuk membaca buku di situ. Untuk tidak berlama di situ aku meminta
Haikal memulih dua buah buku yang
diidamkan.
Setelah keluar dari kedai buku Popular, Haikal ternampak booth
menjual apam balik. Apa lagi, Haikal
terus mengajakku ke booth itu untuk membelinya.
Aku menurut sahaja karna aku tahu
apam balik merupakan kuih
kegemarannya. Ern, enak juga
rasanya. Harga? 80 sen/kupang sekeping.
apabila aku menerima telephone dari suamiku yang menandakan
dia sudah selesai, aku dan Haikal pergi ke kedai urut kawan suamiku. Kemudian kami bertiga kembali menyelusuri
jalan-jalan di situ untuk mencari gerai kari kepala ikan Line Clear yang
menjadi bualan ramai orang di KL.
Sebenarnya aku dan Haikal tidaklah gemar sangat kari mamak
ni, namun demi meraikan keinginan suamiku, kami berdua turutkan saja. Usai menjamu selera nasi dan kari kepala ikan, kami teruskan lagi ronda-ronda di Penang Road
untuk mencari kedai Calostar pula. Di
mana kedai Calostar adalah kedai borong menjual jeruk pak Ali. Di kedai ini, pelanggan boleh meminta pekedai
membungkus jeruk mengikut kehendak sendiri.
Pelanggan juga boleh meminta campuran buah mengikut citarasa. Dan lebih special, pelanggan juga boleh
merasa sebelum membeli. Jeruk-jeruk
buahan itu dijual dengan harga rm 13 1 kilogram.
Setelah kaki masing-masing sudah minta direhatkan, mentelah
lagi bungkusan jeruk berat ditangan, kami mengambil teksi/kereta sewa sahaja
pulang ke hotel.
Setelah melunaskan hak Yang Maha Esa, dan kaki sudah gagah
berjalan kembali, kami keluar semula dari hotel lebih kurang jam 5,30 untuk ke
Gurney Drive/persiaran Gurney. Di situ
terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai makanan. Oleh kerana kami sampai agak awal, maka tak
banyak lagi gerai yang beroperasi.
Antara makanan yang menjadi pilihan kami, nasi lemak cili bilis, laksa
penang yang kuahnya pekat dan sedap, rojak pasambok, (maaf kalau tak betul
spelling) dan chok udang. Erm chok udang
kat sini agak special. Kenapa? Chok udang dicampur popia goring dan tahu
goring yang bagi aku enak rasanya.
Usai menjamu selera dan ronda-ronda alakadar, lebih kurang
jam 7.15 kami pulang ke hotel dengan menaiki bas.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.