Kalau dua minggu lalu Negara kita Malaysia mengalami suhu sedikit kedinginan luar biasa terutama di Kuala Kerai Kelantan dan beberapa kawasan di Kuantan Pahang, namun sejak pertengahan minggu lalu, suhunya mula meningkat berbahang terutama di lembah Kelang. Erm, mungkin juga suhu lembah Kelang mengikut tarian pemain politik tempatan. Hahaha, siapa tahu?
Kalau dua minggu lalu, mentari mula menghilang tatkala tengahari, namun kini ia terus membahang sehingga lewat petang, atau lebih tepat lagi jam 6, mentari masih segar memancar.
So, sekadar ingat mengingat sesama kita, minumlah air masak/kosong/muniral water sebanyak yang mungkin sebagai menghalang diri dari mengalami “badan kekurangan air”.
Bagi mereka yang mengambil herbs panas seperti: Madu/honey, akar-akar kayu, atau ubat-ubatan moden, perlu meminum air lebih dari 8 gelas sehari. Mudah-mudahan dengan ini dapat:
Mengimbangkan suhu badan,
Mengelakkan bahan toksin dari mendap di buah pinggang,
Melancarkan system perkumuhan.,
Cuaca panas juga memudahkan edis berkembang biak. Saya pernah diberitahu oleh pegawai kesihatan bahagian nyamuk, )maaflah tak tahu nama sebenar jawatan mereka), bahawa edis selalunya membiak di dalam rumah kita sendiri, terutama:
Di dalam tangki toilet yang lama tidak digunakan,
Di dalam takungan air yang tidak bertutup,
Di bawah fridge yang mempunyai bekas takungan air buangan,
Di dalam pelapik pasu bunga, atau di mana-mana tempat yang boleh menakung air walau pun sedikit Cuma.
Edis tidak akan membiak di dalam tempat yang mengandungi bahan kimia. Habitatnya lebih senang membiak di dalam air jernih dan bersih.
Maka bersamalah kita memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan kita, ahli keluarga dan kawasan dalam dan luar rumah kita.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.