Hai, saya kira sebagai orang yang menganut agama paling mulia
di muka bumi ni (islam), tunjukkanlah akhlak rasul kita iaitu pesuruh dan kekasih
Allah.
Rasulullaah tak mengajar kita mempersenjakan orang yang telah
mati sekali pun si mati musuh agama.
Tak rugi kalau kita sebagai rakyat senagara mengucapkan takziah
kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Malah
dengan menonjolkan akhlak baik, penganut agama lain akan menghormati dan menyanjungi
islam dan pembawa agama Saidina Muhammad Rasulullah SAW.
Usah mulut mengucap kasih kepada Rasul SAW, tetapi perlakuan
langsung tidak meneruskan sunnah baginda.
Fikir-fikirkanlah.
Kita semua juga menuju kearah kematian seperti mendiang Karpal
Singh. Jarak kita dengan mati terlalu hamper.
So marilah kita sama-sama mencari sebanyak-banyak
bekalan untuk di sana kelak.
Setiap muslim dan muslimah adalah duta bagi islam.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.