Seperti biasa, setiap petang Jumaat, aku dan Haikal akan
bertonggok (duduk) disisi radio sambil
menikmati sajian rohani yang disediakan oleh stesen ikim fm.
Ya, “usrah Nurani” itulah antara program yang menjadi kegemaran aku dan Haikal. Kami seboleh-bolehnya tidak akan lepaskan untuk mendengar rancangan
tersebut.
Part yang menjadi kemuncak bagi Haikal ialah, cerita diakhir
rancangan, yang sentiasa disisip oleh ustaz Zul Ramli (nakib) untuk renungan pendengar.
Aku kira getaran dan atonansi suara ustaz Zul
membuatkan Haikal begitu
bersungguh-sungguh menelinga (mendengar) sisipan akhir ustaz Zul yang selalunya
turut menitiskan airmata Haikal.
Jumaat lalu, kami seperti biasa masih bersama menghayati
santapan itu.
Kali ini diakhir rancangan, ustaz Zul menyisipkan kisah
sebuah keluarga yang diuji.
Kisahnya:
Sebuah keluarga yang terdiri dari ibu dan dua orang
anak. Seorang perempuan berusia lebih
kurang 16 tahun dan seorang lelaki yang berusia lebihkurang 10 tahun.
Atas iradat Allah, anak perempuan keluarga itu ditimpa satu
penyakit serius yang memerlukan
pembedahan untuk penyembuhan.
kos pembiayaan pembedahan tersebut adalah rm 100 ribu, yang
mana amat sukar untuk keluarga itu menanggungnya.
Hati ibu mana yang tidak resah gelisah apabila mendapat tahu
anaknya mempunyai sakit dan perlu menjalani rawatan yang menelan belanja begitu
mahal sekali.
Suatu petang Jumaat, resah ibu itu menanti anak lelakinya
pulang dari masjid. Masa terus berlalu,
penantian ibu itu masih belum berakhir.
Sedang jiran lain telah lama pulang dari solat Jumaat.
Dalam bimbang bercampur geram, dilihat anak lelaki pulang
tergopoh gapah bersama keringat didahi.
Lantas ibu itu melepaskan geram bercampur resahnya dengan
memarahi anak itu kerana lewat pulang.
Tanpa menjawab, anak lelaki itu hanya tertunduk lesu.
Tersentak bercampur curiga si ibu, apabila didapati ddalam
baju melayu anaknya, terdapat rm 20.
Berhati-hati ibu
bertanya kepada anaknya, Dari mana dia
mendapat wang itu.
Dengan perlahan si anak memberitahu bahawa wang itu adlaah
upahan dia menggulung tikar di masjid.
Dan dengan wang ini, dia akan kumpulkan buat menampung rawatan kakaknya.
Tersentuh hati si ibu bukan kepalang.
Selesai saja rancangan Usrah Nurani, Haikal bertanya
kepadaku:
“ma, moral of the story?”
Belum sempat aku membuka mulut, dia sudah memberikan jawaban
dari sudut pandangnya:
“siasat dulu sebelum marah.”
Ah, nampaknya aku ditembak dari jarak dekat oleh Haikal.
Sungguh, terkadang kita sebagai ibu tak terlepas dari
memarahi anak tanpa bersoal jawab, bila geram menguasai diri.
So, apa kata mari kita tanamkan lebih sifat sabar dalam
diri,agar terhakis perlahan-lahan sifat geram dan cepat marah yang terbelenggu
dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.