Tidak, tidak, saya tidak sesekali menentang hudud. Mana mungkin saya sebagai seorang muslim
menentang hudud, kerana ia adalah syariat Allah.
Syariat adalah cara hidup setiap manusia yang bergelar
muslim/muslimah. Ianya bukan baru, namun
Allah telah menetapkan syariatnya sejak alquraan diturunkan kepada rasul SAW,
junjungan kita. Ia terpatri kemas di
dalamnya, dan tiada siapa boleh meminda mahu pun menidakkkan. Ia terpelihara kemas dalam gengaman
Allah. itu janji Allah.
Namun apa yang saya ingin perkatakan dalam posting lalu,
adalah lebih baik perkukuhkan ilmu asas sebelum melaksanakan syariat-syariat
yang lebih besar.
Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima bahawa boleh
dikatakan 90 peratus dari rakyat islam Malaysia sejak dulu sehingga kini membesar lebih kepada ilmu duniawi. Hanya sebahagian kecil sangat ilmu akhirat
diserapkan dalam pembelajaran mahu pun kehidupan kita.
Maka kedapatan sebahagian orang tua, dewasa, muda yang tidak tahu apa itu ilmu
tauhid. Mereka tahu adanya Allah, namun
tak dapat nak meresakan bagaimana keberadaan Allah di sisi mereka.
So, andai keyakinan hakiki kepada Allah dapat ditegakkan dalam
diri semua umat islam Malaysia,
nescaya kita semua dapat hidup dalam syariat Allah. Lantas orang bukan islam disekeliling secara tak
langsung dapat menerima dengan hati terbuka.
Namun apa yang terjadi, orang islam sendiri sejak dari dulu sehingga
kini berterus-terisan hidup tidak berlandaskan syariat Allah, maka apa sangat yang
diharapkan kepada orang bukan islam yang sudah pasti tak tahu pun tentang syariat
Allah.
So, siapa yang nak bertanggungjawab perbetulkan semua ini?
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.