Menurut kajian antara bangsa 2014, politik Malaysia lebih tinggi
rasuahnya dari PDRM. Benarkah begitu? Hanya mereka yang bergelumang dengan politik saja
yang tahu akan jawabannya.
Pun begitu, kalau saya yang tak pandai politik ni mentafsirkan
dari apa yang baru saja berlaku di Terengganu, tanah tumpah darahku, seolah-olah
begitulah gayanya.
Alasan yang diberi oleh pemain tarik tali seperti anak-anak merajuk,
setelah dibelikan gula-gula yang lebih mahal harganya, maka bolehlah gang kembali.
Erm, bukan mudah nak menemui wakol rakyat yang benar-benar bekerja
untuk rakyat. Mungkin ada, namun rasanya
hanya satu pertiga sahaja. Kebanyakkan yang
lainseronok mengira keuntungan apa yang diperolehi sewaktu menjadi wakil rakyat
dan mengira-ngira berapa pencen yang bakal diperolehi setelah tamat dua penggal
menjadi Yang Berhormat.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.