Demi menceriakan cuti sekolah dan menyahut ajakan putraku, pagi tadi kami telah membawanya ke Zoo Negara. Seronoknya bukan kepalang, miski sudah kali kedua kunjungan kami ke situ. Kali pertama kunjungan kami ke
Biar pun daerah tempat tinggal kami dan Zoo boleh dikatakan berjiran, namun untuk sering ke sana tidaklah begitu mudah memandangkan kedua-dua mama dan papanya tidak punya transport sendiri, hanya mengharapkan driver awam saja.
Setiba kami ke
Ruang pertunjukkan sudah mula dipenuhi orang ramai. Tapi Alhamdulillah, kami masih berpeluang duduk dibangku paling hadapan.
Pertunjukkan itu memang diadakan setiap hari sepanjang musim cuti persekolahan. Ia berlangsung selama setengah jam. Dari pukul 11.00 – 11.30 pagi dan 3.00 – 3.30 petang.
Pagi tadi, pertunjukkan dihiasi dengan aksi-aksi menarik oleh parrot,singa laut dan anjing laut.
Setelah selesai pertunjukkan, kami mula meronda-ronda menghirup udara yang tak berapa nak segar tu. Tang rronda-ronda ni, aku sedikit berbangga dengan putraku, kerana setiap ruang binatang yang kami singgah, dia akan membaca setiap apa yang tertulis kat situ. Terasa macam pemandu pelancunglah pula lagaknya. Tapi perlu diingat, apa yang dia rasa menarik, dia akan duduk lama-lama dan baca nota tu berkali-kali, dan kala itu mamanya kenalah bersedia memori untuk disimpan kerana bila sampai di rumah, bila-bila masa saja dia boleh Tanya kembali, apa yang dia rasa dia tak tercatat.
Setelah penat ronda atas kaki sendiri, kami menaiki trunk pula. Untuk menaiki trunk, mesti membeli tiket yang berharga rm 3 seorang. Tapi kami tadi, Alhamdulillah diizinkan naik secara percuma.
Kalau tadi putraku becok menerang itu dan ini kepada mama dan papanya, tapi kali ini dia sibuk bertanya itu dan ini kepada pemandu trunk pula. Melihatkan putraku suka bercakap, pemandu trunk tu dengan senang hati meminta putraku duduk bersebelhan dengannya. Apa lagi, sepantas kilatlah dia melompat ke depan dan bersoal jawab dengan pemandu trunk dari awal naik hinga kami turun. Entahlah, nak ditekan butang stop, dia bukan robot, mahu tidak mahu, berdoa ajelah dalam hati agar pemandu trunk tak bosan melayan kerenahnya.
Kami meninggalkan Zoo Negara lebih kurang jam 2.00 petang setelah putraku mengaku kalah. Aku sengaja tunggu dia sendiri yang mengajak balik. Yalah, kalau aku atau papanya ajak, sudah pasti mendapat bantahan.
Biar pun penat berjalan, tapi aku dapat rasakan yang putraku begitu enjoy kerana tak habis-habis dia bercerita tentang apa yang dilihat pagi tadi.
Sementara bagi aku secara peribadi pula, pagi tadi merupakan hari datang dan perginya rezki secara serentak. Mana tidaknya, diawal pagi, anakku telah tertinggal HP dalam teksi. Sementara pulangnya kami dari Zoo dengan menaiki teksi exkutif secara percuma dan ketika makan pula, anakku didatangi oleh hamba Allah budiman seraya menyerahkan not rm 100, katanya untuk membayar bil makan tengahari kami. Mudah-mudahan hamba Allah tadi akan terus dimurahkan rezeki serta dimakmurkan kehidupannya sekeluarga, Inshaallah.
Dan ketika dalam rodaanku di Zoo tadi, aku telah dihubungi sahabat yang agak lama tidak menghubungiku. Bagi aku, dengan menerima panggilan dari beliau, maka terjalinlah kembali persahabatan kami yang hamper pupus. Kan itu satu rezeki juga?
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.