Setelah hamper dua dekad aku tak bersiar-siar kat tasik Perdana, akhirnya Khamis kelmarin terjejak juga kakiku bersama-sama anak dan suami kat situ. Wau! Terasa remaja sekejap bila memori lalu bermain diruang minda. Haha.
Aku pilih Tasik Perdana untuk bersiar-siar kerana kat situ terdapat Kl Bird Park, Taman Rama-rama, Memorial Tun Abd Razak, Planetirium Negara dan beberapa lagi tempat yang menarik untuk dilawati.
Kami ke
Baru melangkah lebih kurang 5 minit, anakku dah ternampak Kl Bird Park yang sudah bersedia menerima tetamu. Apa lagi, berjam-jamlah, kami bersantai dengan pelbagai jenis spisis burung dan ikan-ikan.
Wah, boleh tahan juga charge masuk yang dikenakan. Rm 20 untuk dewasa dan rm 10 untuk kanak-kanak. Tapi bagi OKU pengelihatan yang memegang kad JKM dibebaskan dari sebarang charge. Terima kasih Kl Bird Park.
Kawasannya agak luas juga. Lenguhlah kaki melangkah. Di dalam
Juga terdapat bangunan yang menempatkan pusat penjagaan penetasan anak burung, ayam itik dan yang sewaktu dengannya. Di sini ditunjukkan bagaimana cara penetasan, jangkamasa yang diambil dan kaedah yang digunakan.
Pendek kata berbaloilah curahan peluh yang mengalir di dahi, kerana di samping dapat bermesra dengan beburung dan ikan, banyak ilmu dapat ditimba Si Kecil.
Dalam kawasan ini juga terdapat sebuah taman permainan mini. Dan di situlah diadakan pertunjukkan burung pintar.
Kami meninggalkan Kl Bird Park lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Oleh kerana sarapan tadi terlalu awal, maka perut Si Kecilku sudah mula minta diisi. Lantas kedai makanlah distinasi seterusnya.
Miski perjalanan kami berpandukan Pemandu Pelancung Kecil, Alhamdulillah, dia sudah pandai membaca sign board. Jadi, tak susahlah mencari tempat yang dituju.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke planetarium Negara pula. Oh ya, kedai makan yang kami singgah tadi terletak bersebelahan Memorial Tun Abd Razak.
Aduh! Jauh juga bangunan Planetirium dari Memorial Tun Abd Razak. Dahlah jauh, ianya terletak nun di atas bukit. So, terpaksa mendaki tanggalah nampaknya.
Sesekali berpeluh, biarlah kuyup.
Untuk masuk ke Planetirium, charge yang dikenakan rm 1 bagi dewasa dan free bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Tetapi sekiranya ingin menonton tayangan video, charge tambahan sebanyak rm 3 dikenakan bagi dewasa dan rm 2 bagi kanak-kanak.
Filem yang ditayangkan mengikut musim. Semasa kami pergi, mereka sedang mengadakan pameran "Uri Gagaring" so, dapatlah Si Kecilku menjelajah angkasa melalui tayangan video. Setiap tayangan memakan masa hanya setengah jam. Ia ditayangkan di Teater Angkasa.
Lebih kurang jam 2.00 kami mula meninggalkan bangunan Planetirium. Erm, sebenarnya sukar juga bagi orang-orang yang tak punya transport seperti kami, kerana untuk mendapatkan transport awam bukanlah sesuatu yang mudah.
Anda bayangkan, untuk mendapatkan teksi, kami terpaksa menapak semula ke hadapan Kl Bird Park yang jauhnya lebihkurang 10 minit perjalanan. Dah begitu, punyalah banyak teksi yang kami tahan, tak ada satu pun yang berhenti.
Tetiba adalah bas Hop On Hop Off berhenti, bila kami Tanya, rupanya bas tu hanya untuk pelancung yang nak round Bandar. Charge yang dikenakan rm 19 untuk sehari.
Kemudian kami beralih kepada beberapa teksi yang duk melepak kat situ. Ha, lagi terperanjat kami. Mana tidaknya, untuk ke Ampang, mereka charge rm 40. dan ke Kl Central rm 15. Sedang kat sign bord tertera "teksi menggunakan meter". Tapi nampaknya, semua nak potong leher pengguna.
Memandangkan masa terus pantas berlari, dan kami tak punya pilihan, dan setelah salah seorang driver teksi sudi menerima rayuan kami untuk menurunkan sedikit tambang, kami pun naiklah teksi ke Kl Central dengan harga rm 10. kalau nak dihitung, bukanlah jauh sangat Kl Central dari Tasik Perdana tu.
Hai, nampaknya, sama ajelah, SPAT ke, LPKP ke, kalau dah poket menjadi perkiraan, orang awam jugalah yang jadi mangsa.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.