Ya Allah, sungguh tersentuh hati saya bila mendengar pengalaman trajis mangsa simbahan asid oleh penunggang motosikal misteri.
Apakah motif perlakuan tersebut, sehingga kini tiada jawaban dan sehingga kini, makhluk asing itu masih belum dapat dikenalpasti.
Mangsa dikenali sebagai puan Zurainah dari kalangan orang asliNegeri Sembilan.
Menurut mangsa, beliau memang nampak suspect memegang sebungkus plastik yang berisi cecair. Tetapi beliau tidak menyangka objek itu adalah acid dan sasarannya adalah diri beliau sendiri.
Katanya, sewaktu cecair itu menyapa wajahnya, terasa pedih yang teramat sangat. Dan akibat dari kejadian ngeri itu, beliau telah kehilangan deria pengelihatannya sama sekali.
Disepanjang beliau menceritakan pengalamannya di tv3, airmata beliau tidak putus mencurah.
Sebagai wanita, saya juga tersedu bila mendengarkan sebak suaranya dan suara Pengacara yang turut sama berkongsi kesedihan dengan puan Zurainah.
Ya, bukan mudah bagi seseorang untuk bangkit dari troma. Apatah lagi ianya meninggalkan impak yang negatif dalam diri.
Lagi tersentuh hati saya,bila suami puan Zurainah berkali-kali mengucapkan bahawa dia tetap akan menyayangi dan menjaga puan Zurainah sehingga akhir hayatnya. Dengan penuh sebak beliau menceritakan, beliau kini telah berhenti kerja demi menguruskan rumah tangganya dan menjaga puan Zurainah sepenuh masa.
Mudah-mudahan puan Zurainah akan terus tabah dan diberi semangat yang luar biasa untuk bangun kembali sebagai isteri dan ibu seperti dulu, miski dalam dunia yang berbeza masa kini.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.