Tapai adalah sejenis makanan yang "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas". Mana tidaknya, sedari saya mula pandai mengenal makanan berdekad lalu, sehingga kini, makanan ini masih mudah ditemui di mana-mana di Negara kita..
Tapai pada asasnya, diperbuat dari dua jenis metirial:
*daripada pulut
*daripada ubi kayu
Untuk membuatnya, memerlukan ketelitian dan kebersihan yang maksimum.
Tapai pulut:
- *Pulut hendaklah dibersihkan
- *Kemudian dikukus sebanyak dua kali sehingga lembut
- *setelah diangkat, hendaklah dibiarkan sejuk sedikit
- Jika digaulkan dalam pulut sedang panas, tapai akan menjadi merah
- *Kemudian digaulkan dengan ragi sehingga sebati
- *Lalu dibungkus dengan daun pisang/daun getah/moden bekas kecil
Tapai ubi:
*Dibuang kulit
*Kemudian dibersihkan
*dipotong kecil lebih kurang 2 inci
*direbus jangan terlalu empuk/lembut
Setelah diangkat,hendaklah dibiarkan sejuk sedikit. Jika digaul dalam keadaan panas, tapai akan menjadi merah
*digaul ragi
*dibungkus dengan daun pisang/daun getah
Nota:
Hendakkan tapai yang manis,hendaklah menggunakan ragi yang baik. Ragi juga mempunyai grade.
Setelah siap dibungkus, kedua-dua samada ubi maupun pulut hendaklah disimpan didalam periuk beasar yang bertutup lalu dibungkus dengan kain. Cara begini dilakukan untuk mengwapkan isi di dalamnya agar cepat matang. Tempoh yang diambil selalunya selama 3 hari.
Tapai pulut telah dimodenkan pembuatan dengan dipelbagaikan perisa.
Bagi saya tapai ubi tetap menjadi pujaan, miski ramai yang meminati tapai pulut dimakan bersama ice-cream.
Hahaha, tapai ubi kegemaran saya juga mengalami kenaikan harga yang ketara. Kalau tahun lepas, saya beli tapai ubi dengan harga rm 1, untuk 3 bungkus, tetapi tahun ini saya membelinya dengan harga rm 2 untuk 5 bungkus. Dan isi didalamnya hanya seketul ubi sahaja. Tetapi dek minat, terpaksalah berkorban.
Nota:
Kedua-dua makanan ini tidak bagus untuk pengidap dibetis dan jantung.
Pantang larang:
Wanita yang sedang Haid tidak boleh membuat tapai, kerana dipercayai akan menyebabkan tapai merah.
Tapai tidak boleh dibuat di hadapan orang yang mempunyai ilmu hitam, kerana dipercayai tapai tidak akan lembut biar pun sampai tempoh matang.
Untuk percaya atau tidak, cubalah sendiri.
Sumber dari bonda tercinta.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.