Tak pernah terduga aku bahwa Si Cilik meminati bunga. Entahlah, aku sendiri tak pasti samada dia benar-benar meminatinya atau Cuma karna keindahan warna yang terserlah pada bebunga tersebut. Almaklumlah, dia amat meminati warna merah seperti warna bunga Daisy yang dibelinya.
Seperti biasa, setiap pagi minggu, Si Cilik akan menemani papanya kepasar tani untuk berbelanja barang-barang basah.
Ahad yang lalu, terkesima aku bila Si Cilikku pulang dari pasar tani dengan membawa sejambak bunga hidup.
"mama! Ini saya belikan daisy flower untuk mama."
Sambil ketawa riang dia menyerahkan bunga Daisy kepadaku.
Aku yang sememangnya kurang arif tentang nama bunga, ternganga seketika mendengar nama bunga yang disebut Si Cilik..
Jujur ku katakan, aku sememangnya tak pernah mendengar nama bunga sedemikian. Bila melihatkan aku seolah-olah kurang percaya, berulang-ulang Si Cilik menyebut dan mengejakan nama bunga tersebut.
Apa pun, setiap hari, akulah yang merawat bunga Daisy.
Kelmarin, setelah aku dapat access internet kembali, aku pun merisik-risik dari cik Google tentang bunga Daisy.
Mungkin benar kata cik Google, bahawa bunga Daisy tak banyak kerenah untuk menjaganya. Kerna sehingga hari ini, bunga Daisy Si Cilikku masih segar dan semakin bertambah kuntuman bunganya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.