assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, June 13, 2011

TELATAH SI KECIL

Malam tadi semalaman, anakku tak tidur malam. Bila ku Tanya kenapa, perlahan dia menjawab:
“entahlah, tak boleh tidur. Dapat baring aje.”

Bijak dia, bila tak tidur, dia datang baring kat mama. So, mahu tak mahu, berjaga jugalah mamanya. Sedang papanya lena dibuai mimpi.

Bercampur geram, aku bangun suruh dia buat latihan matematik.

Mula-mula, dia ku lihat malas, tapi 15 minit kemudian, enjoy pula dia buat latihan.

45 minit aku biarkan dia, namun tiada tanda-tanda mengantuk, aku bagi dia makan roti bersama susu. Tujuan, bila dia kenyang, senang dia tidur. Namun sangkaan meleset. Dia terus seperti tadi.

Kata orang kalau membaca, boleh mendatangkan mud mengantuk, maka, aku suruhlah dia membaca. Pada mulanya dia nak baca buku Ikhtiar Hidup. Tapi aku tahu kalau dia baca buku pilihannya, pasti dia lagi enjoy. Maka, aku suruh dia baca Al-qur’an.

Tapi nampaknya, dia memang kuat psyco. Bayangkan dia boleh bertahan sehingga pukul 5 pagi.

Rasanya tujuan dia tak tidur adalah untuk psyco mama dan papanya untuk tidak ke sekolah. Kerana sewaktu bersiap-siap, dia bertanya padaku:
“ma, malam tadi tak tidur, boleh ke saya sekolah. Nanti ngantuk dalam kelas macam mana?”

Aku hanya menjawab:
“tak apa, kalau mengantuk sangat, mintalah izin cikgu untuk tidur sekejap.”

Itulah dia, bukan mudah punya anak yang panjang akal, miski Cuma seorang. Bila dia panjang akal, terutama ibu, kenalah lagi berjela-jela panjang akal.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.