Beberapa hari lalu, suami saya digigit anjing. Namun Alhamdulillah, beliau hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
Nampaknya jadi penyelamat juga seluar jeans yang dipakai beliau. Kalau tidak, entahlah.
Setelah memastikan beliau tidak mengalami pendarahan yang serius, dengan pertolongan beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian, beliau pergi mendapatkan empunya anjing tersebut
Tujuan suami saya bertemu tuan anjing adalah untuk meminta tuan anjing itu membayar kos enjection dan rawatan di klinik.
Pada mulanya, tuan anjing itu enggan berbuat demikian dengan alasan, anjing tersebut bukan milik mutlak dirinya. Kononnya, anjing itu hanya ditumpangkan oleh auntie dia untuk sementara.
Tetapi dek kerana hujah jitu dan cara diplomasi yang digunapakai suami saya, akhirnya, tuan anjing bersetuju mengikut suami saya ke klinik dan menanggung segala kos.
Menurut suami saya, beliau bersungguh-sungguh mahukan tuan anjing itu menanggung kos klinik, adalah sebagai pengajaran kepadanya agar tidak sewnang-wenang melepaskan anjing dan lebih bertanggungjawab terhadap haiwan pelihraan.
Ya, mungkin benar, jika hari ini, dia terlepas dari sebarang denda, mungkin esok lusa, tuan anjing itu akan lebih ghairah melepaskan haiwan peliharaan sesuka hati.
Menurut suami saya, yang kurang menariknya, ketika beliau sedang memujuk tuan anjing, beberapa anak muda setempat membaling-baling batu ke rumah tuan anjing tersebut.
Ya, kod ya pun nak membela, bukan itu caranya.
Nampak sangat sebahagian dari orang muda kita tak punya ketahanan minda yang kuat. Baru sedikit tercuit, sudah mahu tunjukkan sikap agresif.
Sesungguhnya, agresif tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Malah ianya boleh mengundang ketidakpuasan hati pihak lawan lalu, tercetuslah unsur-unsur permusuhan.
Apakah semakin kita mengalami pemodenan, semakin agresif tindak tanduk kita?
So, marilah kita bersama membentuk generasi yang lebih berdaya saing dalam menguruskan emosi.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.