Berkebetulan Ahad lalu, adik bertandang ke rumah, maka, dapatlah aku merealisasikan impian Haikal untuk melihat pameran dinosaur yang sedang berlangsung di Pusat Sains Negara.
Adik tiba kat rumah kami lebih kurang 2.30 petang, setelah beliau berehat sebentar, jam 3.00, barulah kami bergerak ke Pusat Sains Negara.
Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara. Ia beroperasi setiap hari, mulai jam 9.00 Am – 5.00 Pm.
Charge yang dikenakan: rm 10 untuk dewasa dan rm 5 untuk kanak-kanak.
Memandangkan daerah rumah kami agak jauh dari Pusat Sins Negara, maka, perjalanan yang diambil selama setengah jam. Kami tiba kat situ lebih kurang jam 3.30, so, kami hanya punya masa selama satu jam setengah saja untuk ronda-ronda.
Selain dari pameran dinosaur, terdapat juga aquarium, beberapa ruang permainan untuk kanak-kanak. kat ruang ini, disediakan pelbagai permainan yang berunsurkan sains.
Selain dari itu, terdapat satu lorong yang dinamakan Laluan Sains. Di kiri, kanan lorong ini terdapat pelbagai pemandangan.
Aku tahu Haikal kurang berpuashati dengan lawatan ini, kerana dia tidak sempat memaksimumkan keseronokan menyelami dunia sains. Namun apakan daya, masa tidak mengizinkan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.