assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, May 26, 2011

BUAH BERANGAN (CHESTNUT)

Semalam sungguh bertuah ku rasakan, karna berpeluang bertemu kembali dengan buah yang hamper luput dari ingatan ini.

 

Ya, seingat aku, buah ini  sudah sekian lama tak menjamah deria rasa ini.  Kalau sewaktu kecil-kecil dulu, buah ini sering menjadi makanan ringan anak-anak seusia.  Tapi lama kelamaan, buah ini tidak lagi menjadi makanan ringan aku mau pun adik beradik yang lain.

 

Entahlah, aku sendiri tak pasti kenapa.  Adakah buah ini semakin pupus dari daerahku, atau mungkin kami semakin berkemampuan membuat pilihan terhadap makanan ringan yang lebih enak dan menarik.

 

Kalau mengingatkan semalam, terasa malu pada diri sendiri, kerana aku hamper tidak mengenali buah berangan lagi.

 

Saat suamiku menyerahkan bungkusan kertas kepadaku, aku lantas membukanya.  Setelah buah di dalam bungkusan ku pegang berkali-kali, mindaku masih terus kosong untuk memberi jawaban akan soalan suamiku.

 

Demi melihat kebuntuan yang melanda isteri, suamiku dengan ketawa memberitahu, bahawa yang sedang ku pegang tika itu adalah buah berangan.

 

Tanpa mempelawa suami di sebelah, aku lantas memicit kulitnya dan terus memasukkan ke mulut.

 

"Alhamdulillah.  ya Allah, betapa besarnya kekuasaanmu, kerana hari ini telah dapat mempertemukan kembali aku dengan rasa buah yang sekian lama tidak ku jamah."  Bisikku dalam hati sambil terus menikmati keenakan isinya.

 

Setelah keterujaanku agak mengendur, aku bertanyakan suamiku, di mana dia membelinya.

 

Suamiku lantas menjawab bahawa dia membeli di hadapan kawasan tempat tinggal kami.  Jualan buah ini tidak berkala, hanya sesekali dia muncul kat kawasan kami.

 

Menurut suamiku, harga buah berangan yang telah digoreng di pasaran ketika ini berlegar di antara rm 25 hingga rm 30 sekilogram, itu yang diberitahu penjual buah berangan kepada beliau..

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.