assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, May 17, 2011

BORAK SANTAI

Di atas, photo suasana yang sempat dirakamkan.

 

Sabtu baru lepas, mertuaku buat kenduri doa selamat, maka, berkumpullah kesemua ipar duaiku.  Ah, lama rasanya tak selisih bahu antara kami.  Maklumlah, masing-masing punya jadual aktiviti yang padat sehingga berkemungkinan pulang serentak ke kampong halaman amat tipis.

 

Bila bonda berjaya mengumpulkan kesemua anak-anak, jelas terpancar sinar kegembiraan diwajah tua keduanya.  Bila dah berkumpul anak cucu, gegak gempitalah ke seluruh penjuru kawasan rumah dengan hilai tawa anak menantu, jua kejar-kejaran cucu-cucu cilik.  Meriah bagaikan hari raya lagaknya.

 

Sesekali berkumpull, banyak sungguh cerita yang terhidang antara kami.  Ada yang enak, ada sedang-sedang, dan tak ketinggalan, yang  nak ditelan mati ayah, tapi kalau nak diluahkan, mati pula emak.  So, untuk menyelamatkan kedua-duanya, aku tapao ajalah.  Hahaha.

 

Alhamdulillah, kat felda di mana asal usul suamiku, masih kuat tradisi gotong royongnya.  Maka dalam masa 3 jam, lebih kurang 6 ke 7 jenis  lauk-pauk siap untuk dimakan.  Gulai lomak cili padi dan rendang tetap menjadi menu utama.

 

Saat kenduri kendara beginilah, peluang keemasan bagi anak-anak cilik merasai kebebasan luar jangkauan termasuklah si cilikku.  Banyak aktiviti baru dapat dirasai.

 

Aktiviti yang gemar si cilik lakukan sejak dulu hingga kini adalah kejar mengejar ayam dan kambing.  Sebab masa aku kecil-kecil dulu pun, setiap kali pulang ke kampong nenek di pendalaman, ayam dan kambinglah jadi tumpuan kami adik beradik.  Nak jadikan lembu sasaran takut, kerana lembu besar dari kami, lagi pun lembu selalu ditambat rapi oleh nenek.

 

Ah, zaman kanak-kanak suatu masa yang terlalu indah untuk dikenang.  So, biarlah sesekali si cilikku merasai keseronokkan pulang ke kampong semaksimumnya, selagi tidak merbahayakan diri sendiri mau pun orang sekeliling.  Paling tidak, bila dewasa kelak, ada juga nolstagia kampong dapat disimpan.  Manalah tau, kod-kod esok lusa, hilang ditelan kepesatan pemodenan pula.

1 comment:

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.