assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, May 10, 2011

SECEBIS KELUHAN

Seperti biasa, setiap Sabtu petang, saya membawa anak lepak-lepak kat Ideal Reflexology. Bukannya apa, sekurang-kurangnya dia tahu betapa papa dia memerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk mulut dia dan mamanya.

Bukan minta untuk dibalas, tapi paling tidak, dia lebih menjadi manusia yang tahu menghargai dengan apa yang dimiliki.

Dalam lepak-lepak tu, saya tugaskan dia sebagai pembuka pintu untuk orang yang hendak memasuki ke Ideal Reflexology.

Anak saya ni agak peramah, maka, ramailah yang baertegur sapa dengan dia. dalam banyak perbualan antara dia dengan customer, ada satu perbualan yang menarik pendengaran saya, lalu tekunlah saya menelinganya.

Customer: “anak auntie ada facebook, awak ada facebook tak?”

Anak saya: “saya tak ada. Tapi mama saya ada.”

Customer: “ha ha ha, mama awak ada facebook! Siapa yang buatkan mama vfacebook? Kan awak kata mama awak tak nampak.”

Anak saya: “mama saya buat sendirilah. Kenapa auntie ketawa?”

Saya memetik perbualan mereka bukan kerana nak menunjukkan rasa tak puashati atas pandangan customer tersebut terhadap kebolehan saya, Sama sekali tidak. Tetapi saya rasa terkilan dengan sikapnya.

Bagi saya, perbuatan gelak sinis adalah tidak elok dilakukan di hadapan anak kecil seperti anak saya dan anak-anak beliau. Ia secara tak langsung boleh mempengaruhi perwatakan anak-anak kecil ini bila dewasa kelak.

Kita sering memperingatkan anak-anak kecil kita agar tidak memandang rendah terhadap orang lain. Tapi pada masa yang sama, kita seolah-olah terlupa akan ingatan itu. Ingatlah, anak-anak kecil lebih mudah mengamalkan apa yang dilihat dari apa yang didengar.

Sementara di pihak anak saya pula, rasa rendah diri berkemungkinan akan wujud dalam diri kerana memiliki ibu bapa OKU bila ditertawakan begitu.

Kod ya pun tidak boleh menerima dek akal beliau yang OKU pengelihatan memiliki facebook sendiri, apa salahnya simpan saja perbuatan gelak sinisnya dulu, dan cuba bersikap terbuka di hadapan anak-anak kecil. Kan itu lebih professional?

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.