assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, May 6, 2011

TRAGEDI MAC 2003

Setiap kali mendengar bunyi letupan senapang orang menembak gagak, mindaku pasti melekat pada memori Mac 2003.

Ya,masih segar bunyi tembakan dan letupan bom di mindaku pada suatu senja yang mendamaikan. Tiba-tiba keheningan senja itu telah dicemari dek ledakan pistol beberapa das.

Aku yang saat itu sedang bersantai di beranda Pusat Reflexology Ideal, tergamam kaku. Aku yang sememangnya lemah semangat,terus terjatuh ke lantai. terasa lemah seluruh anggota. Langsung tiada daya untuk bangun kembali.

Dalam kebingungan, terasa diri ini diusung oleh dua lelaki. Dalam hatiku hanya mampu menyebut nama Allah agar menyelamatkan diri ini dari segalanya.

Setelah akal dapat menusai diri, dan ketenangan kembali menular kedalam diri, tahulah aku rupanya yang mengangkat aku tadi suami dan seorang pelanggan yang kebetulan melihat keadaan diriku.

Aku lantas bertanyakan suamiku apa sebenarnya sedang berlaku. Lalu suamiku menjawab:

“kedai emas kat bawah ni kena rompak.”

Berkebetulan kala itu ada beberapa customer yang telah selesai membuat reflexology, tapi tak dibenarkan turun oleh salah seorang customer yang juga berkebetulan seorang anggota keselamatan.

Menurut beliau, waktu rompakan sedang berlaku, jangan sesekali menghampiri kawasan atau melalui kawasan berhampiran, kerana ketika itu,penjenayah boleh melakukan tembak rambang samada untuk menakutkan orang ramai atau sebagai mempertahankan diri.

Dalam masing-masing sibuk memperkatakan tentang rompakan yang sedang berlaku, satu detuman yang kuat kedengaran. Terasa bergegar bangunan yang sedang kami huni. Nasib baik tiada kerosakan serius berlaku kat kedai kami.

Menurut seorang customer yang sedari tadi memerhatikan drama dari cermin, pihak penjenayah telah melontar sebiji bom kerana ada kawannya terkena tembakan dari dalam kedai emas yang dirompak.

Di sini, pujian harus diberikan kepada penjenayah, kerana apa pun berlaku, “setiakawan” tetap teguh dalam diri.

Dalam kepayahan, penjeanayah yang cedera tadi dimasukkan ke dalam kereta lallu memcut meninggalkan tempat kejadian.

Rasa-rasanya, segalanya terjadi dalam masa lebih kurang 5 minit sahaja.

Setelah lebih kurang 10 ke 15 minit kejadian selesai barulah tiba pihak polis untuk membuat pemeriksaan. Seperti biasa, setiap penjuru kawasan akan dipagar dengan tali agar tidak dilalui oleh orang ramai. Oleh kerana kelonsongpeluru ditemui dalam jarak yang agak jauh, maka, pemagaran dibuat agak luas sehingga tepi tangga kedai kami. Nasib baik masih ada ruang untuk kami turun naik.

ha, mudah-mudahan biarlah pengalaman itu merupakan yang pertama dan terakhir dalam hidupku.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.