assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, May 1, 2011

PAMERAN BUKU

Alhamdulillah, petang tadi aku berkesempatan ke pameran buku di PWTC. Kesempatan itu aku perolehi bilamana adik berkebetulan bertandang ke rumahku. Maka, berpeluanglah putraku merasai bersesak-sesak dalam lautan manusia.

Sesampai sahaja kami di tapak pameran, aku terus menyuruh adik mencari booth Telaga Biru, kerana tujuan utamaku ke situ untuk mencari buku yang baru saja keluar iaitu “Rekriasi Hati Untuk Diri Yang Mudah Lupa”, sebuah buku hadith dengan penyampaian komik.

Alhamdulillah, tibaku tidak terlewat, kerana buku itu masih tinggal sebuah sahaja lagi.

Melihatkan buku begitu banyak, putraku mula hilang arah untukk membuat pilihan. Semua buku menarik dibaca dimata si cilikku. Sekejap dia baca yang ini, sekejap dibaca yang itu.

Melihatkan dia mula mengumpul buku-buku yang dibaca, aku mula berkira-kira kertasku,apakah mampu untuk aku memborong satu booth. Dek kerana nilai kertasku tak seberapa, maka, aku mula meminta dia membacakan jodol buku dan serba sedikit isinya. Yalah, bila dah tahu serba sedikit isinya, mudahlah untuk aku mengajak si cilik berkompromi dalam membuat pilihan. Nasibku agak baik petang tadi, dalam keberatan, dia akur dengan permintaanku.

Dalam ronda-ronda tu, ramailah promoter product pembelajaran yang menahan kami. Ada satu product tu agak menrik juga bagi aku, tapi mengenangkan promoternya seolah-olah memaksa sehingga langsung tidak berpeluang untuk aku bertanya dan aku juga tidak dibaeri masa bertenang, maka, aku tolak begitu sahaja.

Aku cukup kurang gemar, bilamana hak sebagai pengguna dinafikan. Mana tidaknya, bila aku minta masa untuk berbincang dengan suami terlebih dahulu dan contact number dia untuk mudah dihubungi, dia jawab: “puan terlambat jika menunggu esok.”

Lantas aku hanya mengucapkan terima kasih dan berlalu.

Pada sangkaanku, bilamana pengeluar sendiri berkampung dipameran sebegitu, sudah pasti paling tidak, pengunjung akan mendapat harga 30 peratus potongan. Hah, sangkaanku meleset sama sekali.

Mungkin bertepatan dengan istilah pameran, maka, Kebanyakkan buku hanya dibaeri 10 peratus potongan sahaja.

Rasanya tidak berbaloi jika aku yang OKU pengelihatan ni untuk pergi sendiri ke situ. Almaklumlah, bila si .. jalan sendiri, masa yang diambil lebih lama, jika dibandingkan bila si .. berjalan berpemandu. Hahaha.

Sebenarnya, terkadang kedai-kedai buku juga selalu memberi potongan 10 – 15 peratus. jadi, tak perlulah menunggu pameran buku yang gah sebegitu untuk mendapat potongan 10 peratus.

Walau bagaimana pun, aku gembira, bila melihat si cilikku berpuashati dan bersemangat dapat menjamah serba sedikit isi buku-buku yang terhidang miski tidak menyuluruh.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.