assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, April 29, 2011

GAJET "PEN ALQUR'AN"

Sebenarnya gajet “Pen Alqur’an” pernah saya dengar setahun yang lalu, tapi saya ignoere kan saja, sehinggalah saya terbaca email promosinya dalam inbox saya. Lalu membuatkan saya tercari-cari akan gajet tersebut untuk ditilik-tilik, sejauh mana ianya memberi impak ke atas diri saya yang masih merangkak-rangkak dalam bacaan Alqur’an.

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, saya diketemukan oleh seorang hamba Allah dengan pembekal gajet tersebut.

Di pejabat itu, saya bukan saja diberi mencuba gajet “Pen Alquraan”,malah “digital Alqur’an” juga dizinkan untuk saya mencuba.

*Pen Al-Qur’an
*Al-Qur’an Digital


Ulasan ini adalah dari kaca mata blogger sendiri. Ianya bukan bertujuan merendah-rendahkan kepakaran mana-mana individu.

Setelah kedua-dua gajet di atas telah saya pelajari cara-cara menggunakannya, lalu saya diberi peluang untuk handle sendiri. Sambil bermain-main dengan kedua-dua gajet tersebut, pelbagai soalan yang terlintas di minda cetek ini, saya ajukan kepada pembekal tadi.

Mungkin kerana kurang memahami soalan saya,maka, jawaban yang diberi ada yang tidakbegitu berkenan dihati ini. Tak apalah, itu bukan pokoknya.

Bagi pendapat saya, kedua-dua gajet di atas kurang berkesan ke atas diri saya sebagai OKU pengelihatan, kerana di dalam kedua-dua gajet itu tiada kemudahan (voice) untuk mengendalikan menu. Ini disebabkan gajet tersebut bukanlah dibangunkan atas sasaran pengguna OKU pengelihatan.

Untuk pengguna normal (celek), gajet-jajet itu amat berkesan dalam memperkasakan Alqur’an dalam diri.

Contohnya “digital Alqur’an” memang sesuai dimiliki oleh setiap muslim kerana:
*mudah dibawa ke mana-mana
*besarnya sebesar tapak tangan dan ringan
*tersedia dengan terjemahan dalam bentuk tulisan dalam beaberapa bahasa
*boleh melancarkan bacaan dengan mendengar bacaan dari gaget tersebut
*gajet itu juga menyediakan panduan arah kiblat
*gajet itu juga boleh di sambung ke Pc

sementara “pen Alqur’an” pula adalah senaskah Alqur’an biasa yang didatangkan dengan sebatang pen sebagai penunjuk.

Pen itu telah dimasukkan data Alqur’an dan terjemahan dalam beberapa bahasa.

Nota:
miski gajet-gajet tersebut dibangunkan di Pakistan, tetapi ianya dikilangkan di Taiwan, jadi, saya tidak pasti akan ketepatan ayat-ayatnya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.