Betapa islam memuliakan kedudukan ibu dan bapa, sehingga tercatat dalam alqur’an “redha kedua ibu bapa adalah redha Allah,dan murka kedua ibu bapa juga adalah murka Allah.” Nah, jelas kepada kita, sebagai seorang anak sebelum melakukan sesuatu hendaklah mendapat restu dari kedua ibu bapa terlebih dahulu.
Di sini saya ingin berkongsi satu kesah benar yang diceritakan sendiri oleh seorang ibu kepada saya. Tulisan ini bukan bertujuan mengumpat atau menjatuhkan mana-mana individu, tapi untuk mengingatkan diri sendiri dan juga para pembaca yang sudi menyelusuri lelaman kerdil ini, agar lebih berhati-hati dalam mengendalikan hati kedua ibu bapa kita.
Sebelum posting ini ditulis, saya telah meminta izin daripada empunya cetera terlebih dahulu untuk dijadikan iktibar bersama. Alhamdulillah, keizinan saya perolehi, maka, setiap nama watak telah saya tukar agar tidak mengaibkan mana-mana pihak. Kerana sesunggunya, setiap dari kita wajib menutup keaiban sesama kita.
Ibu Suri mempunyai 4 orang anak. Alhamdulillah, kesemua anaknya telah berjaya menjadi manusia bekerjaya dan telah berkeluargasendiri.
Di antara keempat-empat orang anaknya, angah lebih berjaya di dalam kerjaya. Angah adalah seorang pegawai kerajaan dalam kumpulan A, dan bergaji rm 10 K dan berkebetulan isterinya juga seorang penjawat awam dalam kumpulan yang sama. Maka, hiduplah Angah suami isteri beserta 3 orang anak dalam ruang yang sungguh selesa.
Kata ibu Suri lagi, disepanjang hamper 20 tahun Angah bekerjaya, belum pernah dia memegang wang dari titik peluh Angah, berbanding 3 saudaranya yang lain.
Miski 3 lagi saudara Angah hanya bergaji rm 2, 3 K,mereka masih mampu memberi wang biar pun tidak pada setiap bulan.
Lanjut ibu Suri, perbuatan Angah itu tidaklah berbekas sangat di hatinya suami isteri, kerana mereka berdua masih punya sumber kewangan yang tetap.
Ibu Suri suami isteri sungguh terasa berjauh hati dan terkilan bilamana Angah membeli tanah lalu membina banglo tanpa sepatah pun memberi tahu mereka,apatah lagi untuk merujuk pendapat mereka berdua.
Bercerita ibu Suri lagi, hati dia suami isteri tambah rasa terkilan,tatkala Angah senyap-senyap mengadakan kenduri doa selamat untuk mendirikan tapak rumah, Sedangkan rumah ibu Suri dan tapak banglo Angah tidaklah jauah jaraknya. Hanya memakan masa 45 minit perjalanan sahaja. Tapi kenapakah Angah tergamak merahsiakan dari pengetahuannya?
Semua hal itu diketahui ibu Suri, hanya bila isteri Angah bercerita dalam simbang-simbang kosong mereka anak beranak pada suatu hari.
Mungkin isteri Angah menceritakan itu semua pun secara tak sengaja, kata ibu Suri. Tapi, dengan kehendak Allah, segala yang selama ini tidak diketahui ibu Suri, hari itu semuanya terbongkar.
Menurut isteri Angah, pembinaan banglo mereka telah menelan perbelanjaan yang berlipat ganda disebabkan kontraktor pertama telah melarikan wang sebelum projek disiapkan. Dan ketika kenduri doa selamat diadakan, tidak ramai jemputan yang hadir, lalu, banyak makanan yang tidak habis. Dan bermcam-macam lagi keperitan ditanggung Angah suami isteri untuk menyiapkan banglo mereka. Dan pernah suatu ketika, sewaktu banglo hamper siap, banglonya dimasuki orang lantas semua pendawaian eletrik disapu baersih.
Saat itu, kata ibu Suri, dia hanya menangis di dalam hati mengenangkan kesusahan yang ditanggung Angah,tapi pada masa sama hatinya berbisik, “itulah padah anak yang membelakangkan ibu bapa.”
Semenjak pembinaan banglo Angah 7 tahun lalu sehingga kini, Angah terus-terusan ditimpa musibah. Banglo mereka siap, tapi kondisinya tidak sempurna. Cantik di luar namun di dalamnya penuh kecacatan. Ujar ibu Suri diakhir ceritanya.
Sebelum kami berpisah, ibu Suri bertanyakan saya: “nak, kau masih ada orang tua?”
Saya menjawab: “ya, masih ada. Kenapa bu?”
Sambung ibu Suri lagi: “jadi, sebelum nak buat apa-apa, sekurang-kurangnya, bagilah tahu mereka terlebih dahulu, paling tidak mohon mereka mendoakan kesejahteraan ke atas apa yang bakal kita lakukan. Kan doa ibu bapa tu mustajab.”
So, dari cerita di atas, jum kita renung-renungke dalam diri sendiri dan berdoa kepada DIA YANG SATU, agar ditetapkan hati kita terus menghormati ibu bapa kita. Semoga kita mendapat secebis pengajaran.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.