assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, April 25, 2011

BICARA CYBER VERSI SEORANG AKU

Maafkan saya wahai tetamu yang sudi bertandang ke lelaman maya kerdil ini, kerana sajianku kali ini bukan lagi fresh dari oven. Pun begitu percayalah, ianya masih lagi enak dijamah kerana baru sebentar tadi saya panaskan dalam micro-wave setelah dikeluarkan dari freesh.

Sebenarnya, dalam anganku, disebelah malam hari Sabtu lalu, ingin saya hidangkan, tapi dek kerana tuntutan menziarahi uwan saudara yang sakit wajib didahulukan, maka, terpaksalah ku pendamkan angan-angan tersebut.

***Aku juga seperti teman-teman blogger OKU pengelihatan yang lain, teruja benar untuk menyelitkan diri dalam program “Bicara Cyber” yang dianjurkan oleh PERTIS,bila mendengar nama MSO (Mohd Sayuti Omar) adalah salah seorang panel yang dijemput.

Teruja aku dengan encik MSO, kerna ingin mendengar sendiri isi ceramah yang bakal disampaikan. Almaklumlah, encik MSO merupakan blogger terkemuka di tanah air kita. Dan aku juga ingin menilik-nilik adakah gaya hujahnya serumpun dengan bicaranya di blog beliau? Kerana pada pandangan peribadiku yang cetek ilmu ni, tulisan MSO begitu terbuka miski kedapatan duri tajam di sana sini.

***Seperti biasa, melangkah saja kaki ini dari pintu rumah, maka keperluan pengawal peribadi sudah pasti. Keperluan tersebut bukan kerana aku ni pembesar Negara, tapi dek kerana aku sudah tidak lagi punya keyakinan diri untuk melangkah sendiri.

Terkadang timbul cemburu dihati ini, bila melihat rakan OKU pengelihatan lain boleh melangkah sendiri dengan confidence. Tapi aku? Entahlah, mungkin situasi kehidupanku belum terdesak sehingga menuntut aku bergerak sendiri..

Bertemankan body guard cilikku, aku tiba di dewan MAB jam 8.30. pagi, di mana program “Bicara Cyber” akan dijalankan.

Program bermula jam 9.30 pagi dengan kata-kata aluan dan bicara manis oleh pengerusi majlis. Jujur aku katakan, aku amat berpuashati dengan linggok suara dan tutur kata pengerusi majlis hari itu.

Sepertimana aku nyatakan tadi, program ini atas anjuran PERTIS (Persatuan Tunanitra Islam), maka, pengerusi majlis juga adalah terdiri dari seorang yang OKU pengelihatan.

Seterusnya, majlis dilanjutkan dengan ucapan alu-aluan kepada penceramah undangan dan para hadirin oleh Yang Dipertua PERTIS (encik Zakaria Yahya).

Setelah YDP PERTIS selesai berucap, tibalah ruangan yang menjadi motif utamaku ke dewan MAB. Iaitu ruangan ceramah.

Sebagaimana yang telah diberitahu padaku,, bahawa program tersebut akan diisi dengan dua orang penceramah undangan:
*tuan inspector Faizal Zainal dari jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan
*encik MSO (Mohd Sayuti Omar),seorang blogger yang disegani, penulis di akhbar Siasah dan telah banyak menghasilkan buku.

Kedua-dua penceramah akan berceramah berkisarkan tajuk Jenayah Cyber dan Etika dalam menulis blog.

Ruangan ceramah telah dimulakan oleh tuan Inspektor Faizal Zainal. Kalau berpandukan suara penyampai ceramah sahaja, memang tidak terduga diri ini bahawa empunya suara itu adalah seorang tuan Inspektor. Sungguh lemah lembut suaranya dan tuturkatanya juga penuh sopan santun.

Tuan Inspektor Faizal telah memulakan ceramahnya dengan memperkenalkan dirinya,dan ungkapan terima kasih PDRM atas jemputan PERTIS.

Oh ya, memandangkan tuan Inspektor kita baru 3 bulan memasuki alam rumahtangga, maka, di sini, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru, semoga hidup tuan Inspektor terus dirahmati dan diberkati Allah dan istiqamah dalam menjalankan tugas dengan penuh amanah jua ikhlas kerna Allah.

Oo, berbalik tentang ceeramah yang disampaikan tuan Inspektor tadi. Beliau selanjutnya begitu terperinci sekali mentakrifkan difinasi “siapakah pengguna cyber” dan “siapakah penjenayah cyber”.

Aku begitu tertarik akan kata-kata tuan Inspektor Faizal bahawa, “setiap dari pengguna cyber bukanlah penjenayah cyber, tapi setiap dari kita berpotensi melakukan jenayah cyber, jika tidak beretika dalam melayari internet.”

Beliau juga begitu terperinci memaklumkan kepada hadirin akan statistik jenayah cyber yang berlaku di Negara kita, yang angkanya meningkat saban tahun.

Tuan Inspektor Faizal juga menerangkan akan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan jenayah cyber dan apakah tindakan boleh diambil jika seseorang menjadi mangsa jenayah cyber.

Sungguh tertarik aku akan kata-kata ini: “setiap orang mempunyai hak untuk membuat laporan di balai polis”. Ini bermakna, tiada yang berkecuali dan tiada anggota polis berhak untuk menafikan hak seseorang individu.

Selesai sahaja Inspektor Faizal memberi ceramah tajuk “jenayah cyber”, menyusul pula encik MSO (Mohd Sayuti Omar) yang mana ceramah beliau lebih tertumpu kepada etika dalam penulisan blog, tips-tips bagaimana mengekalkan kunjungan pengunjung dan pengalaman peribadi beliau dalam berblogger.

Sunguh bermakna bagi aku akan kata-katanya,”untuk menjadi blogger yang digemari, kita hendaklah ikhlas dalam menulis, serta mesti bertanggungjawab ke atas setiap tulisan yang kita keluarkan. Seseorang blogger wajib mendapat sumber sahih sebelum menulis satu-satu isu.”

Sebab itulah, aku jatuh cinta akan blog MSO. Kalau sebelum ini, aku amat tidak berminat untuk membaca bahan-bahan politik yang tersiar di akhbar, kerana bagi aku, kebanyakkan kenyataan penulis politik adalah tidak jujur. Tapi setelah mengenali blog MSO melalui blog Besiwaja, aku menjadi tertarik untuk mengetahui perkembangan politik tanah air menerusi posting beliau.

Menambahkan kepercayaan aku terhadap tulisan beliau, bilamana informasi yang ku dapat dari mulut beberapa ahli politik yang berkunjung ke Ideal reflexology, lalu ku padankan dengan bahan tulisan MSO, di situ nampak kebaenarannya.

Bagi aku, kedua-dua penceramah sungguh ikhlas menerima jemputan PERTIS, kerana apa yang disampaikan menusuk ke minda. Butir bicara kedua-duanya juga penuh hikmah. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh para hadirin juga dijawab dengan tiada berselindung dan tiada langsung unsur-unsur menjatuhkan mana-mana individu.

Terima kasih bebanyak PERTIS kerana telah menganjurkan satu program yang bagi aku sungguh bermunafaat.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Inspektor Faizal dan rakannya Ispektor Riduan kerana telah sudi menerima jemputan dan secara tak langsung tuan berdua telah terdedah dengan gulungan OKU pengelihatan seperti kami.

Jutaan terima kasih dihulurkan buat MSO, kerana dalam kesibukan mengejar maklumat dan berita, tapi masih mampu menyisihkan sedikit masa untuk berceramah dan mengaenali kami.

setelah selesai majlis, sewaktu menikmati makanan yang dihidangkan oleh PERTIS, tidak ku lepaskan peluang bersimbang-simbang dengan rakan-rakan yang sesekali bersua muka.

lebih kurang jam 1.00 tengah hari, aku dan body guard cilikku beredar dari MAB untuk kembali ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.