Sungguh aku teruja dengan walnut bilamana terbaca akan kebaikannya terhadap kesihatan manusiawi terutama berkaitan organ jantung yang dikurniakan Allah kepada hambanya.
Dek kerana terlalu teruja, aku pun bertanya beberapa rakan blind ku, kod-kod mereka pernah merasainya.. masing-masing menjawab pernah. Lalu dalam hatiku berkata: "oh aku ketinggalan rupanya, kerana aku sorang saja yang tak pernah merasainya."
Lalu aku bertanya lagi, bagaimana rasanya dan bentuknya.
Lalu aku bertanya lagi kepada seorang kawan, dia menjawab: "oooh, walnut, rasanya tak tahu rasa, kulitnya memang susah nak buka dengan tangan kerana sungguh keras dan buahnya sebesar ibu jari,harganya juga boleh mencecah ratusan ringgit 1 kg."
Mendengarkan jawaban kawanku yang ini, lagi membuat aku bertambah keliru. Namun keterujaanku masih meluap-luap terhadap walnut, aku pun bertanyakan cik google. Maka cik google dengan senang hati memberikan jawaban. Dari pembacaanku, tahulah aku serba sedikit perihal walnut.
Setelah mendapat sedikit panduan dari cik google, aku teruja pula untuk merasainya. Almaklumlah, seumur hidupku, belum pernah memegang buahnya, apatah lagi nak memasukkan ke mulut. Kalau benar buahnya mahal dan tak mampu aku jadikan nutrition harian pun tak apalah. Asal saja dapat menjamah sekali, cukuplah. Aku kira dapat jadikan kurma nutrition harian pun Alhamdulillah.
Alhamdulillah, semalam berkebetulan, suamiku punya masa terluang, lantas aku ajak dia ronda-ronda servay walnut.
Mula-mula kami ke pasaraya kat KLCC. Wau! Harganya mencecah rm 150 untuk 1 kg. ha ha, jangan bimbang, dek kerana harganya yang mahal, walnut telah dipack
Atas dasar servay, maka aku pun berlalu dari pasaraya tersebut dengan tangan kosong.
Kemudian aku dan suami ke Carfore dan dua Giant yang berhampiran dengan kawasan kami. Namun ketiga-tiga pasaraya tersebut tidak membekalkan walnut. Tak tahulah aku atas alasan apa.
Dalam ronda-ronda tu, aku teringatkan sebuah kedai
Lalu aku mengajak suami ke kedai tersebut. Erm, betul sangkaanku. Di kedai itu juga, walnut di packing dalam kuantiti 100 gram. Tapi yang best kat kedai tu, 100 gram walnut dijual dengan harga rm 9, jadi 1 kg hanya rm 90. rm 60 perbezaan harga jika nak dibandingkan dengan pasaraya kat KLCC tadi. "Nasib baik aku tak beli tadi." Bisik hatiku.
Kerana keinginan kami untuk merasanya tinggi, maka, kami meminta dua pack walnut,maka, kos yang perlu dikeluarkan ialah rm 18 untuk 200 gram.
Tiba sahaja di rumah, aku pun mengeluarkan sebahagian, lalu aku letakkan ke atas piring dan aku merakamkan imejnya. Manalah tahu, kod-kod aku tak berpeluang lagi untuk merasanya, ada juga kenangan nak dijadikan cerita kepada generasi akan datang yang tok nenek mereka ni juga pernah makan walnut. Hahaha.
Oh ya, kebanyakkan walnut yang dijual kat sini telah dibuang kulitnya. So, sebelum membeli tu, soal siasatlah tarikh yang tercatat kat walnut. Kerana walnut hanya tahan selama 6 bulan sahaja jika disimpan di tempat yang kering dan kedap udara.
Dengan bismillah hirrahmanirrahim, aku pun memasukkan sebiji walnut ke dalam mulutku. Sebelum aku meletakkan walnut ke dalam mulutku, aku membilik-bilik terlebih dahulu akan bentuknya. Tepat sekali kata cik google, bahawa ia berbentuk rama-rama, sehingga anakku tertarik akan rupa paras walnut. Benarlah, untuk rasa yang pertama, tak dapat aku nak ceritakan bagaimana rasanya. Tapi setelah dua tiga biji aku makan, lidahku telah dapat mengenalpasti rasanya. Rasanya sedikit kelat bercampur sedikit lemak.
Bagi aku,untuk dikatogarikan (delicious) tu taklah. Hanya sekadar (not bad taste). Memandangkan harganya yang takmesra rakyat, maka, tak perlulah aku jadikan walnut sebagai nutrition harian keluargaku. Biarlah aku istiqamah dengan mengambil kurma sebagai nutrition tambahan dan kismis sebagai nutrition untuk si kecilku.
Semalam telah merongkai segala keterujaanku terhadap walnut, dan semalam telah tercatat hari ini dalam sejarah, perkenalan aku dengan cik walnut.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.