Ha ha! Hari ini satu lagi ilmu baru aku pelajari. Ilmu apa? Ilmu berkaitan tong gaslah, maklumlah orang dapur. Nak aku ceritakan ilmu kerja office, aku tak kerja office, so, yang mampu aku cerita yalah ruang dapur aku ajalah.
Mungkin bagi sesetengah orang ilmu yang baru aku perolehi ni dah basi atau tiada nilai pun, tapi tak apalah, aku nak juga terjemahkan dalam bentuk tulisan, kod-kod, memori aku tak lagi terdaya menyimpan, ada juga tempat nak dijadikan rujukan.
Nak dijadikan cerita, pagi tadi, sedang asyik aku menggoreng ayam, tiba-tiba gasku habis. Gas habis bagiku tak menjadi hal, kerana di sudut sana, gas spare sentiasa menanti dan aku boleh tukarkan sendiri miski tidak sepantas kilat.
Setelah tong gas baru aku pasangkan kepalanya, seperti biasa, aku switch on button yang terdapat kat kepala dia, maflah, aku tak tahu nak tulis proper words nama benda-benda tu. tapi setelah button aku on kan, ada bunyi gas keluar.
Aku pun terus cuba on dan off beberapa kali, hasilnya tetap sama. Aku pasti bunyi gas yang keluar tu bukan dari getah penyambung. Tanpa termenung panjang, aku terus call kedai yang memang menjadi langganan suamiku. Yalah, menunganku tak mungkin mencetuskan sebarang idea, kerana aku tak pernah mengalami kebocoran gas sebelum ini. Dan almaklumlah, dalam bab gas bocor ni, risikonya tinggi. Cukuplah aku kekurangan satu deria, tak sanggup untuk aku kehilangan nikmat deria yang lain pula.
Sepuluh minit kemudian, sampailah ane yang selalu hantar gas kat rumah kami. Setelah aku ceterakan alkisah tong gasku kepadanya, dia pun cuba sendiri untuk melihat kebenaran.
Setelah sekali dicubanya, dia lantas berkata padaku: “oh, ini macam, getah kat mulut tong tu dah rosak.”
Aku pun Tanya balik: so, apa saya perlu buat?”
Dia jawab: “awak ada skru driver? Mari saya ajar awak macam mana mahu buka itu getah.”
Aku pun bawalah peti besi kecil yang memuatkan barangan lelaki kepunyaan suamiku kepadanya. Lalu diambil sebatang skru driver yang tajam.
Lantas ditunjukkan kepadaku bagaimana cara nak mencungkil getah dari mulut tong gas tu dan memasangkan yang baru. Tak sampai pun beberapa ketika dah settle. Tapi kalau disuruh aku cungkil sekali lagi, mungkin tak dapat pun aku buat, tapi sekurang-kurangnya aku tahu kerosakan pada getah mulut tong gas juga boleh menyebabkan gas keluar.
Perjalanan hidup yang kita lalui hari ini adalah ilmu yang dapat dijadikan panduan untuk menempuh hari esok yang belum pasti.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.