assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, April 26, 2011

SECEBIS PENGALAMAN

Pagi itu aku bangun lebih awal sedikit. Almaklumlah tempat kerja baru ku ini agak jauh juga dari rumahku. Dengan pengelihatan B2 ku ini, bolehlah aku matchkan blouse dan long skirtku serta menilik-nilik kasut yang sesuai untuk pakaianku. Yalah kalau boleh aku ingin pastikan yang penampilanku sedap dipandang dikaca mata orang normal biarpun tidak sesempuna mereka. Setelah berpuashati dengan apa yang aku pakai, lantas aku pun memulakan perjalanan ke tempat kerja baruku.

Dengan pertolongan kawan-kawan bus stopku aku pun menaiki bas yang menuju ke Subang Jaya di mana lokasi office baruku. Perjalananku ke Subang Jaya memakan masa lebih kurang 45 minit.

Setelah 40 minit berlalu, aku pun mula meneropong tempat yang harus aku turun. Dalam sure tak sure, aku bertanyakan orang di sebelahku samada betul ke dah sampai di Subang Parade.

Dengan perlahan orang disebelah menjawab “ya, tak apa saya pun turun tempat yang sama. Awak nak ke rotocraft kan?”

“alamak, siapa pula ni?” aku merungut dalam hati.

“betul. Awak kerja di Rotocraft ke?” dengan senyum aku bertanya.

“ya. Ok, kita dah sampai ni, jum kita turun.” Dengan mesra orang disebelahku memberitahuku.

Sambil menuju ke Rotocraft yang tak berapa jauh dari bus stop, orang sebelahku mula memperkenalkan dirinya.

“saya Zaidi, awak?”

“saya Mislia, panggil saja Lia.” Kataku.

“awak boleh nampak sikit ke?” Tanya Zaidi.

“bolehlah, tapi hanya dalam jarak yang dekat saja. So saya still need white cane.” Kataku memberi penjelasan.

Lebih kurang 5 minit kami berjalan, kami pun sampai di Rotocraft office baruku. Mukaku mula berpeluh dan aku jadi tidak menentu, entahlah kenapa aku sering berfikir yang orang sentiasa memandang gerak-geriku. Tak tahulah kenapa aku sering berperasaan begitu, mungkin aku kurang self confidence.

Langsung aku dibawa Zaidi ke dalam sebuah bilik dan dipersilakan duduk. Tak lama kemudian datanglah seorang lelaki memperkenalkan dirinya.

“hai Mislia, saya en. Mazlan, MD syarikat ini.” Katanya sambil menepuk bahuku.

Aku sekadar tersenyum. Kemudian diikuti oleh staff yang lain. Seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka. Kalau perempuan tu aku hulurkan tangan untuk bersalam, tapi untuk lelaki aku hanya senyum sahaja. Dan akhir sekali muncullah seorang lelaki yang bersuara garau. Dari suaranya aku agak dia juga mungkin seusia MD syarikat.

“Mislia, saya en. Abd Rahim. GM Rotocraft.” Katanya dengan mesra.

“ya allah, aku bersyukur padamu semuanya berjalan lancer. Aku berharap mereka dapat menerima seadanya aku.” Doaku dalam hati.

“ok saya rasa semua yang ada telah pun memperkenalkan diri pada mislia kecuali 4 sales man yang hari ini bertugas di luar. Jangan bimbang, bila mereka balik office, saya akan minta mereka memperkenalkan diri pada awak Mislia. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan selamat datang ke company ini. Semoga Mislia dapat memberi kerjasama sebaik mungkin dan sepenuh komitmen dengan kita semua.” Kata en. Mazlan bersunguh-sungguh.

“dengan rasa rendah diri saya ingin menucapkan ribuan terima kasih terutama kepada en. Mazlan kerana telah sanggup memberi peluang untuk saya bekerja di company ini. Dan saya berharap kalian semua boleh menerima saya sebahagian dari anda. Juga saya berharap agar kalian semua dapat menunjuk ajar kepada saya sebagai orang baru di sini. Inshaallah saya berjanji akan cuba sumbangkan yang terbaik untuk company ini.” Kataku dengan tenang.

“baiklah, saya rasa semuanya dah selesai. Azlin,tolong tunjukkan Mislia seluruh ruang pejabat ini.” Arah en. Mazlin kepada staffnya.

“come mislia.” Kata azlin sambil tanganku dipimpin.

Azlin adalah coordinator di company ini. Azlin dengan ramah menunjukkan dan memberi sedikit penjelasan kegunaan setiap ruang dan bilik-bilik yang terdapat dalam office ini. Sementara aku beria-ia cuba mengingati setiap apa yang ditunjukkan kepadaku agar mudah untuk aku mengatur langkahku agar tidak tersasar terutama bilik setiaku (ladies room). Setelah selesai semuanya aku pun kembali ke mejaku.

“tak apa mislia, if you are not confidence with your movements jangan malu, panggil saja kami.” Pesan azlin kepadaku sambil berlalu. Seolah-olah dia dapat membaca apa yang terlintas dalam hatiku.

Tugasku di sini as a receptionist cum telephonist. Aku rasa tugasku kali ini mungkin lebih mencabar bagi seorang aku yang berstatus OKU pengelihatan. kerana kalau dulu bidang tugas tidak meluas. Aku hanya sekadar Telephonist dan bekerja di dalam sebuah bilik bersama-sama beberapa orang rakan senasibku. Tapi kini, hanya aku seorang berada di kaunter hadapan, maka, aku harus lebih peka dengan ruang sekeliling agar sentiasa sensitif dengan orang yang keluar masuk company ini.

Masa terus berlalu, aku mula menjalankan tugasku dengan penuh berhati-hati agar semua message yang diambil tidak tersalah tulis. Atau setiap incoming calls tidak tersalah pass through. Dengan pengalaman yang ada padaku dan staffnya pun tidak begitu ramai, dapatlah aku jalankan tugas dengan baik biarpun dihari pertama di sini.

Sedang aku sibuk melayan incoming calls, tiba-tiba en. Mazlan menyapaku.

“Mislia, actually saya ada appointment dengan mr.Philip dari Syem UEP lebih kurang satu jam lagi. Tapi sekarang ni saya terpaksa ke hospital kerana urgent case. So, boleh tolong batalkan appointment dan kalau boleh buat date yang lain.”

“ok. But could I have his direct number or his hand phone number?” pintaku dengan sopan.

Sepantas kilat en. Mazlan memberikan number telephone yang ku pinta. hah, nasib baik aku dapat menangkap setiap butir number yang diberikan.

“are you ok Mislia?” Tanya en. Mazlan.

“ya, I’m ok.” Jawabku agak perlahan.

“excellent.”kata en. Mazlan memujiku.

“hah, dia ni nak menguji aku ke?” tanyaku dalam hati.

Setelah en. Mazlan berlalu, aku pun cuba dial hand phone mr. Philip.

“Good morning, is there mr. Philip?” tanyaku.

“yes, Philip speaking.” Jawab suara dihujung talian.

“I’m calling from rotocraft on behalf en. Mazlan”

“yes, yes, I know about the appointment.” Jawab mr. philip.

“But Mr.Philip, sorry to inform you, that en. Mazlan cannot make it to day. He has urgent call from the hospital.” Beritahuku dengan sopan.

“oh no problem. Could you please ask your boss to call me?” pinta mr. Philip.

“ok I will. Thank you mr. Philip.”

Talian pun diputuskan. Hah, selesai satu tugas penting untuk hari ini.” Kataku dalam hati.

Jam menunjukkan hamper pukul 12.00 tengahari, incoming calls pun mula berkurangan, dapatlah aku relex sedikit. Oleh kerana call tidak begitu busy dan dah aku pastikan tiada sesiapa berhampiranku, aku mula menyiasat di mana letaknya switch controll pintu tingkat atas. Kerana aku juga bertanggungjawab membuka pintu untuk visitor yang ingin bertemu dengan staff di sini. Rupanya ia tidaklah jauh dariku. Ia terdapat pada dinding yang berhampiran mejaku.

“hai Lia, saya Zaidi. Now dah lunch hour, jum saya bawa awak ke kedai makan yang baerhampiran dengan office kita ni. next time senang untuk awak.” Kata zaidi.

“hah, tak payah susah-susah zaidi, biar I yang bawa dia.” Kata sorang staff perempuan yang suaranya belum dapat aku kenali lagi.

“ala kak Jun ni, apa salahnya, saya nak tolong dia.” Kata Zaidi mula merajuk.

“yalah, kau ni pantang ada girl baru, mula nak menyebuk. “ usik perempuan yang dipanggil kak Jun tadi.

“jum Lia kita lunch sama-sama. Saya Junainah. Panggil aja I kak Jun. I dah 27. I rasa Lia muda pada i.” kata kak Jun panjang lebar.

Kak Jun adalah seorang officer di bahagian pentadbiran. Tanpa buang masa aku pun mengikut saja kak Jun dan beberapa staff wanita yang lain. Sambil makan, dapatlah aku berkenal mesra dengan mereka. Tepat 2 petang kami pun mulakan kembali tugas masing-masing

Dari hari ke hari hubungan aku dan teman sepejabat semakin mesra. Kami mula serasi dan memahami each other. Aku juga sudah mengenali suara-suara kesemua staff di sini dan dah mula mengenali gaya mereka berjalan. Dengan ini memudahkan aku membezakan antara outsider dan staff. Almaklumlah aku juga bertanggungjawab untuk menangkis, menepis dan menapis setiap client atau individu yang datang ingin berjumpa boss atau staff di sini tanpa persetujuan mereka. Dengan secara tak langsung, lama kelamaan aku menjadi professional dalam helah menghelah.

Tugasku di sini juga semakin padat. Selain dari melayan incoming calls, aku juga harus memastikan incoming dan out going korea service berjalan lancer. Untuk memudahkan aku, setiap resit keluar masuk akan aku asingkan dalam berlainan file.

Dalam sedar tak sedar, dah tiga bulan aku bekerja di Rotocraft. Seperti hari-hari yang lalu aku masih di sini menjalankan tugasku dengan setia. Sedang sibuk aku menjalankan tugas, tiba-tiba aku terima panggilan dari boss agar aku berjumpa beliau segera. Jadi terpaksalah aku mencari staff lain untuk menggantikan tempatku sekejap.

“assalamualaikum en. Mazlan.” Aku memberi salam sebelum masuk ke bilik bossku.

“waalaikumusalam, hah come mislia, have a sit.” Sambil kerusi dibuka untukku.

“terima kasih en. Mazlan.” Kataku.

“congratulation Mislia kerana awak telah dapat berikan yang terbaik untuk kami. Saya tengok semua staff pun serasi dengan awak. dan saya sungguh berbangga dengan awak, kerana semua client, kawan-kawan saya dan staff memberikan good feedback tentang awak. Dan kami kagum dengan awak, although you are blind, but your personality begitu baik. Baik dari segi pakaian mahu pun bicara awak. Wajah awak juga sentiasa kelihatan bersih.” Puji en. Mazlan panjang lebar.

“terima kasih en. Mazlan, saya hanya cuba lakukan yang terbaik selagi saya mampu.” Kataku perlahan.

“kerana awak telah dapat memuaskan hati semua orang, maka start from next month, saya tambah gaji awak rm 100. are you ok Mislia?” ujar encik Mazlan lagi.

aku hanya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada bossku.

“setakat hari ni, ada apa-apa yang awak tak puashati atau yang perlu kami lakukan untuk keselesaan awak?” Tanya bossku.

“so far rasanya alhamdulillah saya masih selesa dan senang bekerja di sini.” Kataku pendek.

“kalau macam tu, awak boleh sambung kerja kembali.” En. Mazlan mengakhiri perjumpaan kami,.

Sebelum berlalu sekali lagi aku mengucapkan terima kasih kepada bossku.

***Setahun telah berlalu, aku semakin selesa bekerja di sini. Aku telah dapat menguasai setiap inci ruang dalam office ini. Aku juga tidak lagi kekok melayan setiap visitor yang datang. Alhamdulillah aku dapat mengatasi dengan baik setiap kerenah yang ditimbulkan oleh staff mahupun visitor. aku sungguh gembira dan terasa kehadiranku di sini dihargai. Setiap aktiviti yang dijalankan, aku sentiasa dilibatkan. Oleh kerana aku seorang receptionist maka aku sering dihantar menghadiri kursus yang berkaitan memperbaiki keterampilan dan cara-cara yang professional melayan visitor dari masa ke semasa.

***Air sungai mana yang tidak berkocak, jika di dalamnya, sang bedal sedang melenggang lenggok. Maka, begitulah dengan tempat kerjaku.

Setelah sebulan Secretary baru bossku bertugas, kebanyakkan staff di sini, termasuklah aku dilanda ketidaktenangan jiwa. Mana tidaknya, dia mula menunjukkan taringnya dengan mengarah itu dan ini. dan agak pemalas. Dia juga suka bercakap megah. selalu Setiap apa yang diarah oleh bossku untuknya, akan dilepaskan kepada beberapa orang temanku termasuklah diriku sendiri. Setakat 2 3 kali, kami masih lagi boleh terima.

Sejak aku mula bertugas di sini, bossku tidak lagi punya Secretary. Menurut teman-temanku, sebelum ini, bossku ada mempunyai seorang Secretary yang baik,, tapi dek kerana wanita tersebut punya masalah keluarga, maka beliau telah menarik diri dari company ini.

Jadi, sejak aku bertugas di sini, segala urusan yang berkaitan appointment atau lebih jelas, apa saja yang bersangkut dengan phone calls, untuk bossku, akulah yang menguruskannya. Maka sudah tentu setiap contact number bossku, baik peribadi mau pun official, telah terpahat dalam kepalaku.

Pada sangkaanku bila boss ku punya secretary sendiri, pasti setiap yang berkaitan dengan bossku tak perlu aku highlightkan lagi. Dengan ini sudah tentu mengurangkan sedikit kerjaku. Tetapi sangkaanku meleset sama sekali.

Untuk 2 3 kali pertama aku masih akur dengan permintaanya. Tapi dari hari ke hari minta tolongnya sudah berbentuk arahan, maka aku mula menjalankan strategiku.

“hello mislia, boleh you dapatkan puan sharifah dari company P dan buat appointment untuk boss kita?” arah Ashikin Secretary bossku.

“ok I’ll try.” Jawabku pendek.

Kerana aku tahu tugas itu adalah tugas beliau, jadi, aku ignore kan saja arahan itu.

Sejam kemudian, “mislia, you dah buat seperti apa yang I suruh?” Tanya ashikin.

“oh sory, I can’t get the line through.” Jawabku selamba.

Oleh kerana appointment itu penting bagi bossku, dia mula marah-marah dan tergesa-gesa melakukan sendiri.

Dalam hatiku berkata: “ha, boleh pun buat sendiri. Kan senang, sudah tentu kau tahu tarikh dan masa yang boleh atau tak boleh untuk dibuat appointment.”

Semenjak hari itu, Ashikin sedaya upaya mencari kesalahan aku dan beberapa teman lagi. Menurut beliau, aku sengaja mahukan dia dimarahi oleh encik Mazlan.

Yalah, siaapa pun akan marah, jika setiap kali aku nak put through call dari boss, dia asyik bergayut. Dan gayutannya memakan masa agak lama.

“Mislia, saya dengar hubungan awak dan Ashikin kurang baik.” Kata bossku cuba memancing pada suatu hari.

“saya bukan tak suka dia, tapi saya tak suka cara dia mengarah itu dan ini dengan nada yang sombong.” Kataku pendek.

“Tak apa.. Taufik dah ceritakan semuanya pada saya. No worries, saya juga sedang perhatikan perangainya. Kerana saya juga ada terima aduan dari our client tentang cara dia berkomunikasi.” Kata bossku bernada kesal.

Taufik adalah tea boy cum office boy cum cleaner cum driver. Pendek kata Taufik adalah orang kepercayaan bossku. Menurut taufik, bossku mengambilnya dari indon sejak taufik berusia 15 tahun. Sekarang ni taufik dah pun berusia 30 tahun. Jadi sudah pasti taufik orang yang paling rapat dengan bossku.

“tapi you jangan beritahu apa-apa pada ashikin atau staff yang lain. You buat seperti biasa saja.” Kata bossku.

“baiklah en. Mazlan.” Kataku.

“baiklah, you boleh sambung kerja kembali.” Kata bossku.

“terima kasih en. Mazlan.” Kataku.

Selang 2 minggu kemudian aku bercuti selama seminggu. Tetapi bila aku balik bertugas semula alangkah terperanjatnya aku kerana aku dapati Ashikin telah pun diberhentikan. menurut taufik dan beberapa orang kawanku ashikin bergaduh besar dengan bossku atas sebab-sebab yang tak dapatku ceritakan di sini. Maka dengan itu kembali tenanglah kami seperti dulu.

***Masa terus berlalu, kini aku sudah hamper 3 tahun bekerja di Rotocraft. Oleh kerana company ini sebuah company yang tidak mempunyai ramai staff, maka hubungan kami sudah seperti satu family. Boleh dikatakan ke mana saja mereka pergi, aku akan turut serta. Teman yang paling rapat denganku adalah kak Jun, Laila, Zaidi dan Idrus. Aku sering tidur di rumah Laila dan kak Jun di hujung minggu. Jadi aku amat terasa sekali bilamana company ini akan berpindah ke bangunan sendiri di kelang.

Ramai di antara teman-temanku mengambil keputusan untuk tidak terus bekerja di company ini. Alasan mereka kerana terlalu jauh dari tempat tinggal. Kebanyakkan mereka tinggal di KL termasuklah diriku. Jadi, masing-masing telah pun mendapat tawaran yang lebih baik.

Mereka begitu mudah mendapat pekerjaan lain kerana kesemua mereka lulusan IPT kecuali aku yang hanya lulusan stpm. Tapi alhamdulillah rezkiku begitu murah setakat ini. Aku telah disambar oleh teman bossku.

Teman bossku itu mempunyai syarikat pembinaan juga di subang jaya. Oleh kerana alasanku munasabah pada pemikiran bossku, maka dengan rela hati dia telah melepaskan aku kepada temannya en. Zaini.

Tugasku di sini semakin hamper ke penghujungnya. Terasa hubungan aku dan teman-teman semakin akrab. Kini tiba minggu terakhir kami di Rotocraft. Company telah mengadakan majlis perpisahan untuk kesemua staff yang bakal meninggalkan company.

Kami bertukar-tukar hadiah. Masing-masing bernada sayu termasuklah bossku. Aku amat terharu dengan perpisahan ini.

“mungkinkah aku akan dapat kekawan seperti mereka lagi?” tanyaku dalam hati.

Hari ini adalah hari terakhir aku dan teman-teman di bangunan ini.

“mislia come masuk bilik saya sekejap.” Kata bossku.

“assalamualaikum en. Mazlan.” Seperti biasa aku memberi salam sebelum masuk ke bilik bossku.

“waalaikumusalam, duduk. Mislia, saya harap awak dapat berikan yang terbaik bila bersama en. Zaini nanti. Saya yakin awak dapat lakukan yang terbaik walau di mana awak bertugas.” Nasihat bossku panjang lebar.

“inshaallah en. Mazlan, saya tak akan malukan encik. Saya cuba lakukan seperti mana di sini dan akan memperbaiki diri kepada lebih baik lagi.” Kataku perlahan.

“ini ada kak Dah belikan awak hadiah.” Sambil hadiah diletakan ditanganku. Kak Dah adalah isteri kepada bossku. Kak Dah memang baik dengan kami.

“terima kasih banyak en. Mazlan. Saya tak tahu macam mana nak balas budi baik encik dan kak Dah kepada saya. Saya sungguh terharu kerana sepanjang saya di sini, encik dan semua staff menerima saya dengan baik sekali.”

“itu dah memang tugas saya melayan semua staff dengan baik. Dan saya berharap awak kekalkan tingkah laku awak yang baik serta tonjolkan personality yang menarik.” Nasihat bossku.

“Inshaallah en. Mazlan. Terima kasih sekali lagi.” Kataku.

“maafkan saya dan kak Dah, kalau ada yang kurang menyenangkan awak selama ini.” Kata bossku.

“saya juga baegitu en. Mazlan. Mungkin selama ini saya ada melakukan kesalahan tanpa sedar.” Kataku sambil kami bersalaman.

Masa begitu pantas berlalu. Saat-saat yang tak mahu ku hadapi kini menjelang. Masing-masing menitiskan airmata. Aku dan staff perempuan berdakapan seolah-olah kami tak mungkin bertemu lagi selamanya. Bagi lelaki, hanya tangan yang mampuku hulur tanda salam terakhir.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.