assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, June 30, 2011

Dari Kaca Mataku

P E S,
Satu nama yang terlalu bererti dalam hidupku. Inshaallah, hingga akhir nafasku, nama itu tak mungkin luput dari minda ini.

Ya, di situlah aku mengenal erti A B C,miski dalam bentuk Braille.

Di situ juga aku mengenal Alif, Ba, Ta, jua dalam bentuk Braille.

Andai tidak keranamu P E S, mungkin hari ini, duniaku terus tertutup seperti jua mataku yang terkatup rapat.

Dengan memiliki aset warga yang berdedikasi, berkaliber, serta lengkap tokoh seorang ibu dan ayah, aku diasuh, dididik, untuk menjadi insan sempurna biar bukan pada fizikal.

Berteraskan akademik dan Diniah, akal dan imanku dibentuk selari agar mampu menyahut cabaran dunia luar yang terbentang luas.

Dengan kesungguhan dan kegigihan wargamu, hari ini, kau lihat hasilnya. Aku telah mampu berdiri di atas kaki sendiri dan menyulusuri lautan godaan kehidupan dengan berbekalkan semaian iman yang kau tanam dalam rohaniku.

“terima kasih P E S. tanpamu, siapalah aku.”

Nota:
PES/(Princess Elizabeth School) adalah sebuah sekolah rendah yang menempatkan anak-anak blind.

Kini PES dikenali sebagai:
SKPK (Sekolah Pendidikan Khas) Princess Elizabeth

Monday, June 27, 2011

PENGALAMAN MANGSA SIMBAHAN ASID

Ya Allah, sungguh tersentuh hati saya bila mendengar pengalaman trajis mangsa simbahan asid oleh penunggang motosikal misteri.

Apakah motif perlakuan tersebut, sehingga kini tiada jawaban dan sehingga kini, makhluk asing itu masih belum dapat dikenalpasti.

Mangsa dikenali sebagai puan Zurainah dari kalangan orang asliNegeri Sembilan.

Menurut mangsa, beliau memang nampak suspect memegang sebungkus plastik yang berisi cecair. Tetapi beliau tidak menyangka objek itu adalah acid dan sasarannya adalah diri beliau sendiri.

Katanya, sewaktu cecair itu menyapa wajahnya, terasa pedih yang teramat sangat. Dan akibat dari kejadian ngeri itu, beliau telah kehilangan deria pengelihatannya sama sekali.

Disepanjang beliau menceritakan pengalamannya di tv3, airmata beliau tidak putus mencurah.

Sebagai wanita, saya juga tersedu bila mendengarkan sebak suaranya dan suara Pengacara yang turut sama berkongsi kesedihan dengan puan Zurainah.

Ya, bukan mudah bagi seseorang untuk bangkit dari troma. Apatah lagi ianya meninggalkan impak yang negatif dalam diri.

Lagi tersentuh hati saya,bila suami puan Zurainah berkali-kali mengucapkan bahawa dia tetap akan menyayangi dan menjaga puan Zurainah sehingga akhir hayatnya. Dengan penuh sebak beliau menceritakan, beliau kini telah berhenti kerja demi menguruskan rumah tangganya dan menjaga puan Zurainah sepenuh masa.

Mudah-mudahan puan Zurainah akan terus tabah dan diberi semangat yang luar biasa untuk bangun kembali sebagai isteri dan ibu seperti dulu, miski dalam dunia yang berbeza masa kini.

Saturday, June 25, 2011

DAISY FLOWER

Tak pernah terduga aku bahwa Si Cilik meminati bunga.  Entahlah, aku sendiri tak pasti samada dia benar-benar meminatinya atau Cuma karna keindahan warna yang terserlah pada bebunga tersebut.  Almaklumlah, dia amat meminati warna merah seperti warna bunga  Daisy yang dibelinya.

 

Seperti biasa, setiap pagi minggu, Si Cilik akan menemani papanya kepasar tani untuk berbelanja barang-barang basah.

 

Ahad yang lalu, terkesima aku bila Si Cilikku pulang dari pasar tani dengan membawa sejambak bunga hidup.

 

"mama! Ini saya belikan daisy flower untuk mama."

 

Sambil ketawa riang dia menyerahkan bunga Daisy kepadaku.

 

Aku yang sememangnya kurang arif tentang nama bunga, ternganga seketika mendengar nama bunga yang disebut Si Cilik..

 

Jujur ku katakan, aku sememangnya tak pernah mendengar nama bunga sedemikian.  Bila melihatkan aku seolah-olah kurang percaya, berulang-ulang Si Cilik menyebut dan mengejakan nama bunga tersebut.

 

Apa pun, setiap hari, akulah yang merawat bunga Daisy.

 

Kelmarin, setelah aku dapat access internet kembali, aku pun merisik-risik dari cik Google tentang bunga Daisy.

 

Mungkin benar kata cik Google, bahawa bunga Daisy tak banyak kerenah untuk menjaganya.  Kerna sehingga hari ini, bunga Daisy Si Cilikku masih segar dan semakin bertambah kuntuman bunganya.

Friday, June 24, 2011

SIMBANG SANTAI

Beberapa hari lalu, suami saya digigit anjing. Namun Alhamdulillah, beliau hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Nampaknya jadi penyelamat juga seluar jeans yang dipakai beliau. Kalau tidak, entahlah.

Setelah memastikan beliau tidak mengalami pendarahan yang serius, dengan pertolongan beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian, beliau pergi mendapatkan empunya anjing tersebut

Tujuan suami saya bertemu tuan anjing adalah untuk meminta tuan anjing itu membayar kos enjection dan rawatan di klinik.

Pada mulanya, tuan anjing itu enggan berbuat demikian dengan alasan, anjing tersebut bukan milik mutlak dirinya. Kononnya, anjing itu hanya ditumpangkan oleh auntie dia untuk sementara.

Tetapi dek kerana hujah jitu dan cara diplomasi yang digunapakai suami saya, akhirnya, tuan anjing bersetuju mengikut suami saya ke klinik dan menanggung segala kos.

Menurut suami saya, beliau bersungguh-sungguh mahukan tuan anjing itu menanggung kos klinik, adalah sebagai pengajaran kepadanya agar tidak sewnang-wenang melepaskan anjing dan lebih bertanggungjawab terhadap haiwan pelihraan.

Ya, mungkin benar, jika hari ini, dia terlepas dari sebarang denda, mungkin esok lusa, tuan anjing itu akan lebih ghairah melepaskan haiwan peliharaan sesuka hati.

Menurut suami saya, yang kurang menariknya, ketika beliau sedang memujuk tuan anjing, beberapa anak muda setempat membaling-baling batu ke rumah tuan anjing tersebut.

Ya, kod ya pun nak membela, bukan itu caranya.

Nampak sangat sebahagian dari orang muda kita tak punya ketahanan minda yang kuat. Baru sedikit tercuit, sudah mahu tunjukkan sikap agresif.

Sesungguhnya, agresif tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Malah ianya boleh mengundang ketidakpuasan hati pihak lawan lalu, tercetuslah unsur-unsur permusuhan.

Apakah semakin kita mengalami pemodenan, semakin agresif tindak tanduk kita?

So, marilah kita bersama membentuk generasi yang lebih berdaya saing dalam menguruskan emosi.

Thursday, June 23, 2011

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Ah! Sudah dua minggu aku tidak dapat berterbangan di angkasa cyber untuk menyaksikan keindahan warna warni kehidupan penhuninya atau menyelam ke dasar laut cyber demi meraih penhetahuan yang tersembunyi di dasarnya.

Ya, semuanya gara-gara supertransportku (modem) yang telah menamatkan perkhidmatannya. Maka,mahu tidak mahu, terpaksalah aku mencari pengganti.

Almaklumlah aku bukan penjana pendapatan, maka, terpaksalah menunggu green light dari Menteri Kewangan.

Dalam aku berkira-kira kos sebuah supertransport baru, tetiba dengan kehendak Allah, rezeki datang menggolek dari seorang hamba Allah.

Alhamdulillah, supertransportku kali ini diberi nama Belkin. Ianya telah ditaja oleh salah seorang customer suamiku yang sememangnya terlalu baik dengan kami.

“terima kasih tuan Ahmad dan puan Yanti.

Wednesday, June 15, 2011

TAPAI

Tapai adalah sejenis makanan yang "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".  Mana tidaknya, sedari saya mula pandai mengenal makanan berdekad lalu, sehingga kini, makanan ini masih mudah ditemui di mana-mana di Negara kita..

 

Tapai pada asasnya, diperbuat dari dua jenis metirial:

*daripada pulut

*daripada ubi kayu

 

Untuk membuatnya, memerlukan ketelitian dan kebersihan yang maksimum.

 

Tapai pulut:

  • *Pulut hendaklah dibersihkan
  • *Kemudian dikukus sebanyak dua kali sehingga lembut
  • *setelah diangkat, hendaklah dibiarkan sejuk sedikit
  • Jika digaulkan dalam pulut sedang panas, tapai akan menjadi merah
  • *Kemudian digaulkan dengan ragi sehingga sebati
  • *Lalu dibungkus dengan daun pisang/daun getah/moden bekas kecil

 

Tapai ubi:

*Dibuang kulit

*Kemudian dibersihkan

*dipotong kecil lebih kurang 2 inci

*direbus jangan terlalu empuk/lembut

Setelah diangkat,hendaklah dibiarkan sejuk sedikit.  Jika digaul dalam keadaan panas, tapai akan menjadi merah

*digaul ragi

*dibungkus dengan daun pisang/daun getah

 

Nota:

Hendakkan tapai yang manis,hendaklah menggunakan ragi yang baik.  Ragi juga mempunyai grade.

 

Setelah siap dibungkus, kedua-dua samada ubi maupun pulut hendaklah disimpan didalam periuk beasar yang bertutup lalu dibungkus dengan kain.  Cara begini dilakukan untuk mengwapkan isi di dalamnya agar cepat matang.  Tempoh yang diambil selalunya selama 3 hari.

 

Tapai pulut telah dimodenkan pembuatan dengan dipelbagaikan perisa.

 

Bagi saya tapai ubi tetap menjadi pujaan, miski ramai yang meminati tapai pulut  dimakan bersama ice-cream.

 

Hahaha, tapai ubi kegemaran saya juga mengalami kenaikan harga yang ketara.  Kalau tahun lepas, saya beli tapai ubi dengan harga rm 1, untuk 3 bungkus, tetapi tahun  ini saya membelinya dengan harga rm 2 untuk 5 bungkus.  Dan isi didalamnya hanya seketul ubi sahaja.  Tetapi dek minat, terpaksalah berkorban.

 

Nota:

Kedua-dua makanan ini tidak bagus untuk pengidap dibetis dan jantung.

 

Pantang larang:

Wanita yang sedang Haid tidak boleh membuat tapai, kerana dipercayai akan menyebabkan tapai merah.

 

Tapai tidak boleh dibuat di hadapan orang yang mempunyai ilmu hitam, kerana dipercayai tapai tidak akan lembut biar pun sampai tempoh matang.

 

Untuk percaya atau tidak, cubalah sendiri.

 

Sumber dari bonda tercinta.

Monday, June 13, 2011

TELATAH SI KECIL

Malam tadi semalaman, anakku tak tidur malam. Bila ku Tanya kenapa, perlahan dia menjawab:
“entahlah, tak boleh tidur. Dapat baring aje.”

Bijak dia, bila tak tidur, dia datang baring kat mama. So, mahu tak mahu, berjaga jugalah mamanya. Sedang papanya lena dibuai mimpi.

Bercampur geram, aku bangun suruh dia buat latihan matematik.

Mula-mula, dia ku lihat malas, tapi 15 minit kemudian, enjoy pula dia buat latihan.

45 minit aku biarkan dia, namun tiada tanda-tanda mengantuk, aku bagi dia makan roti bersama susu. Tujuan, bila dia kenyang, senang dia tidur. Namun sangkaan meleset. Dia terus seperti tadi.

Kata orang kalau membaca, boleh mendatangkan mud mengantuk, maka, aku suruhlah dia membaca. Pada mulanya dia nak baca buku Ikhtiar Hidup. Tapi aku tahu kalau dia baca buku pilihannya, pasti dia lagi enjoy. Maka, aku suruh dia baca Al-qur’an.

Tapi nampaknya, dia memang kuat psyco. Bayangkan dia boleh bertahan sehingga pukul 5 pagi.

Rasanya tujuan dia tak tidur adalah untuk psyco mama dan papanya untuk tidak ke sekolah. Kerana sewaktu bersiap-siap, dia bertanya padaku:
“ma, malam tadi tak tidur, boleh ke saya sekolah. Nanti ngantuk dalam kelas macam mana?”

Aku hanya menjawab:
“tak apa, kalau mengantuk sangat, mintalah izin cikgu untuk tidur sekejap.”

Itulah dia, bukan mudah punya anak yang panjang akal, miski Cuma seorang. Bila dia panjang akal, terutama ibu, kenalah lagi berjela-jela panjang akal.

Saturday, June 11, 2011

BERSIAR KAT TASIK PERDANA

Setelah hamper dua dekad aku tak bersiar-siar kat tasik Perdana, akhirnya Khamis kelmarin terjejak juga kakiku bersama-sama anak dan suami kat situ.  Wau! Terasa remaja sekejap bila memori lalu bermain diruang minda. Haha.

 

Aku pilih Tasik Perdana untuk bersiar-siar kerana kat situ terdapat Kl Bird Park, Taman Rama-rama, Memorial Tun Abd Razak, Planetirium Negara dan beberapa lagi tempat yang menarik untuk dilawati.

 

Kami ke sana di awal pagi untuk mengelakkan panas dan kesesakan orang ramai.

 

Baru melangkah lebih kurang 5 minit, anakku dah ternampak Kl Bird Park yang sudah bersedia menerima tetamu.  Apa lagi, berjam-jamlah, kami bersantai dengan pelbagai jenis spisis burung dan ikan-ikan.

 

Wah, boleh tahan juga charge masuk yang dikenakan.  Rm 20 untuk dewasa dan rm 10 untuk kanak-kanak.  Tapi bagi OKU pengelihatan yang memegang kad JKM dibebaskan dari sebarang charge.  Terima kasih Kl Bird Park.

 

Kawasannya agak luas juga.  Lenguhlah kaki melangkah.  Di dalam Bird Park, terdapat sebuah restoran, galory burung yang di dalamnya  dihiasi dengan bangkai burung yang telah diawet.

 

Juga terdapat bangunan yang menempatkan pusat penjagaan penetasan anak burung, ayam itik dan yang sewaktu dengannya.  Di sini ditunjukkan bagaimana cara penetasan, jangkamasa yang diambil dan kaedah yang digunakan.

 

Pendek kata berbaloilah curahan peluh yang mengalir di dahi, kerana di samping dapat bermesra dengan beburung dan ikan, banyak ilmu dapat ditimba Si Kecil.

 

Dalam kawasan ini juga terdapat sebuah taman permainan mini.  Dan di situlah diadakan pertunjukkan burung pintar.

 

Kami meninggalkan Kl Bird Park lebih kurang jam 12.00 tengah hari.  Oleh kerana sarapan tadi terlalu awal, maka perut Si Kecilku sudah mula minta diisi.  Lantas kedai makanlah distinasi seterusnya.

 

Miski perjalanan kami berpandukan Pemandu Pelancung Kecil, Alhamdulillah, dia sudah pandai membaca sign board.  Jadi, tak susahlah mencari tempat yang dituju.

 

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke planetarium Negara pula.  Oh ya, kedai makan yang kami singgah tadi terletak bersebelahan Memorial Tun Abd Razak.

 

Aduh! Jauh juga bangunan Planetirium dari Memorial Tun Abd Razak.  Dahlah jauh, ianya terletak nun di atas bukit.  So, terpaksa mendaki tanggalah nampaknya.

 

Sesekali berpeluh, biarlah kuyup.

 

Untuk masuk ke Planetirium, charge yang dikenakan rm 1 bagi dewasa dan free bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.  Tetapi sekiranya ingin menonton tayangan video, charge tambahan sebanyak rm 3 dikenakan bagi dewasa dan rm 2 bagi kanak-kanak.

 

Filem yang ditayangkan mengikut musim.  Semasa kami pergi, mereka sedang mengadakan pameran "Uri Gagaring" so, dapatlah Si Kecilku menjelajah angkasa melalui tayangan video.  Setiap tayangan memakan masa hanya setengah jam.  Ia ditayangkan di Teater Angkasa.

 

Lebih kurang jam 2.00 kami mula meninggalkan bangunan Planetirium.  Erm, sebenarnya sukar juga bagi orang-orang yang tak punya transport seperti kami, kerana untuk mendapatkan transport awam bukanlah sesuatu yang mudah.

 

Anda bayangkan, untuk mendapatkan teksi, kami terpaksa menapak semula ke hadapan Kl Bird Park yang jauhnya lebihkurang 10 minit perjalanan.  Dah begitu, punyalah banyak teksi yang kami tahan, tak ada  satu pun yang berhenti.

 

Tetiba adalah bas Hop On Hop Off berhenti, bila kami Tanya, rupanya bas tu hanya untuk pelancung yang nak round Bandar.  Charge yang dikenakan rm 19 untuk sehari.

 

Kemudian kami beralih kepada beberapa teksi yang duk melepak kat situ.  Ha, lagi terperanjat kami.  Mana tidaknya, untuk ke Ampang, mereka charge rm 40.  dan ke Kl Central rm 15.  Sedang kat sign bord tertera "teksi menggunakan meter".  Tapi nampaknya, semua nak potong leher pengguna.

 

Memandangkan masa terus pantas berlari, dan kami tak punya pilihan, dan setelah salah seorang driver teksi  sudi menerima rayuan kami untuk menurunkan sedikit tambang, kami pun naiklah teksi ke Kl Central dengan harga rm 10.  kalau nak dihitung, bukanlah jauh sangat Kl Central dari Tasik Perdana tu.

 

Hai, nampaknya, sama ajelah, SPAT ke, LPKP ke, kalau dah poket menjadi perkiraan, orang awam jugalah yang jadi mangsa.

Wednesday, June 8, 2011

PUSAT SAINS NEGARA

Berkebetulan Ahad lalu, adik bertandang ke rumah, maka, dapatlah aku merealisasikan impian Haikal untuk melihat pameran dinosaur yang sedang berlangsung di Pusat Sains Negara.

 

Adik tiba kat rumah kami lebih kurang 2.30 petang, setelah beliau berehat sebentar, jam 3.00, barulah kami bergerak ke Pusat Sains Negara.

 

Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara.  Ia beroperasi setiap hari, mulai jam 9.00 Am – 5.00 Pm.

Charge yang dikenakan: rm 10 untuk dewasa dan rm 5 untuk kanak-kanak.

 

Memandangkan  daerah rumah kami agak jauh dari Pusat Sins Negara, maka, perjalanan yang diambil selama setengah jam.  Kami tiba kat situ lebih kurang jam 3.30, so, kami hanya punya masa selama satu jam setengah saja untuk ronda-ronda.

 

Selain dari pameran dinosaur, terdapat juga aquarium, beberapa ruang permainan untuk kanak-kanak. kat ruang ini, disediakan pelbagai permainan yang berunsurkan sains.

 

Selain dari itu, terdapat satu lorong yang dinamakan Laluan Sains.  Di kiri, kanan lorong ini terdapat pelbagai pemandangan.

 

Aku tahu Haikal kurang berpuashati dengan lawatan ini, kerana dia tidak sempat memaksimumkan keseronokan menyelami dunia sains.  Namun apakan daya, masa tidak mengizinkan.

 

Sunday, June 5, 2011

SIMBANG ATM

Saya sedikit tertarik dengan perbincangan berkenaan pemilikan ATM card oleh OKU pengelihatan yang sedang berlangsung kat salah sebuah mailing list blind dalam Negara kita.

Dalam perbincangan tersebut, beberapa kawan blind telah menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap institusi bank kerana sukar untuk mereka memohon ATM card. Lalu mereka ini telah merasakan, diri telah didiskriminasikan oleh institusi tersebut.

Maka, kedengaranlah suara-suara yang menginginkan istitusi bank merangka satu polisi yang membenarkan OKU pengelihatan memiliki ATM card atau membuka akaun tanpa bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas semata-mata.

Saya rasa, ianya boleh dilaksanakan sekiranya kesemua MGO yang mewakili OKU pengelihatan bbersepakat dan bersatu kata untuk membuat pertemuan dengan pihak bank Negara, lantas mengemukakan kewajaran mengwujudkan polisi yang berkaitan kepenggunaan warga OKU pengelihatan di institusi bank.

Tapi apakah setelah polisi hak-hak OKU pengelihatan diaktifkan, tidak akan timbul masalah explitasi orang-orang tertentu terhadap OKU pengelihatan yang kurang berdaya saing dari segi kecerdasan minda.

Kerana perlu diingat, tidak semua OKU pengelihatan mempunyai kecekapan dan kecerdasan yang cukup untuk mengendalikan mesin ATM. Saya bimbang, jika polisi berkaitan terlaksana, ada pula di antara rakan-rakan kita teraniaya kerana dipaksa memohon ATM card demi menyenangkan orang-orang tersayang disekeliling.

Saya pernah mendengar satu kes di mana seorang OKU pengelihatan yang dipaksa oleh ahli keluarganya sendiri untuk memohon ATM card, kononnya untuk memudahkan si OKU pengelihatan ini mengeluarkan wang. tapi masalahnya, OKU pengelihatan ini enggan berbuat demikian kerana beliau sedar akan ketidak cekapannya menggunakan mesin ATM, dan mobilitinya begitu lemah sekali.

Namun Alhamdulillah, kerana budi bicara pegawai yang bertugas ketika itu, permohonan OKU pengelihatan tadi telah ditolak. Maka, Oku pengelihatan itu terasa dirinya telah terselamat dari ketidaktanggungjawaban saudara sendiri. Kesah itu diceritakan sendiri oleh empunya cerita.

Jadi bagi saya, dalam soal kesukaran memohon ATM card atau membuka akaun, tidak perlulah sampai mendesak pihak bank merangka polisi demi kesenangan segelintir dari kita. Takut-takut, kesenangan bagi kita, namun kemudaratan pula bagi setengah kenkawan yang lain.

Bagi saya, kita punya pilihan untuk tidak berurusan dengan bank yang sememangnya enggan berkompromi dengan kita. Saya rasa, banyak lagi bank di negara ini yang boleh diajak berunding dalam soal pemilikan ATM card oleh OKU pengelihatan. So, tepuk dahi, tanyalah minda.

Thursday, June 2, 2011

SANTAI DI ZOO NEGARA

Demi menceriakan cuti sekolah dan menyahut ajakan putraku, pagi tadi kami telah membawanya ke Zoo Negara.  Seronoknya bukan kepalang, miski sudah kali kedua kunjungan kami ke situ.  Kali pertama kunjungan kami ke sana, lebih kurang setahun lalu.

 

Biar pun daerah tempat tinggal kami dan Zoo boleh dikatakan berjiran, namun untuk sering ke sana tidaklah begitu mudah memandangkan kedua-dua mama dan papanya tidak punya transport sendiri, hanya mengharapkan driver awam saja.

 

Setiba kami ke sana, pertunjukkan haiwan hamper bermula,dan sememang itulah tujuan utama putraku ingin benar ke Zoo.

 

Ruang pertunjukkan sudah mula dipenuhi orang ramai.  Tapi Alhamdulillah, kami masih berpeluang duduk dibangku paling hadapan.

 

Pertunjukkan itu memang diadakan setiap hari sepanjang musim cuti persekolahan.  Ia berlangsung selama setengah jam.  Dari pukul 11.00 – 11.30 pagi dan 3.00 – 3.30 petang.

 

Pagi tadi, pertunjukkan dihiasi dengan aksi-aksi menarik oleh parrot,singa laut dan anjing laut.

 

Setelah selesai pertunjukkan, kami mula meronda-ronda menghirup udara yang tak berapa nak segar tu.  Tang rronda-ronda ni, aku sedikit berbangga dengan putraku, kerana setiap ruang binatang yang kami singgah, dia akan membaca setiap apa yang tertulis kat situ.  Terasa macam pemandu pelancunglah pula lagaknya.  Tapi perlu diingat, apa yang dia rasa menarik, dia akan duduk lama-lama dan baca nota tu berkali-kali, dan kala itu mamanya kenalah bersedia memori untuk disimpan kerana bila sampai di rumah, bila-bila masa saja dia boleh Tanya kembali, apa yang dia rasa dia tak tercatat.

 

Setelah penat ronda atas kaki sendiri, kami menaiki trunk pula.  Untuk menaiki trunk, mesti membeli tiket yang berharga rm 3 seorang.  Tapi kami tadi, Alhamdulillah diizinkan naik secara percuma.

 

Kalau tadi putraku becok menerang itu dan ini kepada mama dan papanya, tapi kali ini dia sibuk bertanya itu dan ini kepada pemandu trunk pula.  Melihatkan putraku suka bercakap, pemandu trunk tu dengan senang hati meminta putraku duduk bersebelhan dengannya.  Apa lagi, sepantas kilatlah dia melompat ke depan dan bersoal jawab dengan pemandu trunk dari awal naik hinga kami turun.  Entahlah, nak ditekan butang stop, dia bukan robot, mahu tidak mahu, berdoa ajelah dalam hati agar pemandu trunk tak bosan melayan kerenahnya.

 

Kami meninggalkan Zoo Negara lebih kurang jam 2.00 petang setelah putraku mengaku kalah.  Aku sengaja tunggu dia sendiri yang mengajak balik.  Yalah, kalau aku atau papanya ajak, sudah pasti mendapat bantahan.

 

Biar pun penat berjalan, tapi aku dapat rasakan yang putraku begitu enjoy kerana tak habis-habis dia bercerita tentang apa yang dilihat pagi tadi.

 

Sementara bagi aku secara peribadi pula, pagi tadi merupakan hari datang dan perginya rezki secara serentak.  Mana tidaknya, diawal pagi, anakku telah  tertinggal HP dalam teksi.  Sementara pulangnya kami dari Zoo dengan menaiki teksi exkutif secara percuma dan ketika makan pula, anakku didatangi oleh hamba Allah budiman seraya menyerahkan not rm 100, katanya untuk membayar bil makan tengahari kami.  Mudah-mudahan hamba Allah tadi akan terus dimurahkan rezeki serta dimakmurkan kehidupannya sekeluarga, Inshaallah.

 

Dan ketika dalam rodaanku di Zoo tadi, aku telah dihubungi sahabat yang agak lama tidak menghubungiku.  Bagi aku, dengan menerima panggilan dari beliau, maka terjalinlah kembali persahabatan kami yang hamper pupus.  Kan itu satu rezeki juga?