assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, July 30, 2012

SANTAI TENGAH HARI

Dua hari sebelum puasa, aku berkesempatan menyelusuri jalan Masjid India, Jalan Melayu hingga ke jalan Tengku Abdur Rahman (TAR). Bukannya apa, sekadar mengintai-ngintai barang menarik untuk dijadikan buah tangan bila pulang beraya nanti.

Dari kedai menjual pakaian dan kain, aku ke pasaraya Hanifah. Pasaraya ini terletak di jalan Masjid India. Ha, di sini, pelbagai choklat boleh didapati.

Usahkan choklat buatan Malysia, choklat import juga pelbagai. Harganya? Sungguh menarik. Jauh lebih rendah dari airport. Lebih kurang setaraf dengan harga choklat di Langkawi. So maknanya, tak perlulah aku ke Langkawi andai sekadar ingin mencari choklat import yang murah.

Aha, setelah penat kaki melangkah, aku singgah di restaurant penjabi. Kalau ingin merasa makanan atau masakan penjabi yang halal, bolehlah singgah di Jaihin, maaflah kalau salah eja.

Restaurant ini terletak betul-betul di T junction berdekatan Wisma Yakin. Restaurant ini dimiliki oleh seorang penjabi warga emas yang berusia 71, tetapi masih sihat dan bertenaga. Pekerjanya, penjabi beragama islam.

Sepanjang perkenalan aku dan uncle ini, orangnya berbudi tinggi, dan lemah lembut tutur katanya. Hanya mungkin hidayah belum memasuki jiwanya.

Bukan promote, tetapi catatan ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang sesekali singgah di KL, dan ingin merasa makanan yang agak di luar kebiasaan. Atau, ingin memborong choklat, buat hadiah insan-insan tersayang.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.