Maaf Harian Metro kerana meminjam tajuk berita anda sebagai tajuk bicara dalam lelaman saya.
Saya kira status Peminta Sedekah sudah terlalu lama disandang oleh orang buta
Bagi pendapat saya, andai kita OKU pengelihatan, benar-benar mahu menjadikan penjualan tisu satu bidang pekerjaan, dan bukannya Peminta Sedekah seperti mana pandangan masyarakat masa kini, kita haruslah terlebih dahulu mengubah minda kita dari meminta sahaja kepada 'meminta dan memberi'. Kita juga perlu menjalankan aktiviti ini dengan beratika. Jika perlu, satu garispanduan tatacara bekerja harus diwujudkan oleh persatuan.
Mungkin langkah-langkah di bawah boleh difikirkan:
Seseorang penjual tisu hendaklah
Berpakaian kemas (berkemeja t, berkasut sarung/sendel(
Perempuan, hendaklah berpakaian menutup aurat dan kemas
Berketerampilan sedap mata memandang (rambut pendek yang besisr rapi, pakaian bersih, bersih tubuh badan)
Jangan berhenti lama di satu-satu meja, kerana ini dianggap boleh mengganggu keselesaan orang awam
Setiap packet tisu hendaklah diletakkan tanda harga
Bila sebut bekerja, pertukaran mesti berlaku antara pemberi wang dan penjual barang
Komunikasi, hendaklah bersopan bila berurusan dengan kerenah pembeli
Cuba Hentikan penggunaan minah-minah dari seberang. Kerana dengan menggunakan perkhidmatan mereka,, OKU pengelihatan dilihat telah diexploitasi. Tambahan pula,kebanyakan mereka berpakaian tidak sopan.
Bergerak dengan pasangan rabun dan buta terus
Bergerak dalam pasangan yang sah atau sama jantina
Setiap perubahan akan baerlaku andai ada kesungguhan dari semua pihak. Kita ada paersatuan, maka gerakkan persatuan itu ke arah positif.
Kita tidak boleh mengubah tanggapan masyarakat dalam sekelip mata, taetapi jika kita istiqamah melakukan perubahan itu, pasti kelihatan hasilnya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.