assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, July 3, 2012

SANTAI IKTIBAR

Anak-anak bukanlah hak milik mutlak kita,  ianya hanya dipinjam Allah untuk satu-satu jangkamasa tertentu.

 

Atas hakikat itu, maka,  sebagai ibu bapa, tidak wajar untuk kita menggunakan kuasa vito ke atas seluruh ruang lingkup kehidupan seseorang anak.

 

Kita mungkin boleh memandu mereka ke arah kebaikan dengan jalan-jalan lurus yang kita sendiri telah berdiri di atasnya.  Tetapi jika sesuatu jalan itu terdapat dua lorong kanan, izinkanlah mereka membuat pilihan mengikut kemampuan mereka.

 

***Ali, bukan nama sebenar,  mempunyai 3 cahaya mata.

 

Yang sulung, Linda,  telah bersekolah di sekolah asrama penuh (sekolah bestari)  dan kini telah berjaya dengan cemerlang, sedang melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di luar negara.

 

Kedua, Alif,  juga bersekolah di tempat yang sama dengan kakaknya,  dan menunjukkan prestasi yang membanggakan ibu ayah.

 

Si bungsu,  Hadi, baerusia 13 tahun, juga dihantar ke sekolah yang sama dengan kakak dan abangnya,  miski itu bukan mahu Hadi.

 

Oleh kerana terasa diri dipaksa, di samping tidak boleh menerima situasi pembelajaran yang terlalu menekan baginya,  Hadi mula berubah sikap.  Dari seorang periang, pandai dan rajin belajar, kepada watak murung, pemalas ke kelas, dan suka bersendiri.

 

Dek perubahan yang mendadak pada sikap Hadi, orang sekeliling telah mengklasifikasikan bahawa anak  ini telah dimasuki makhluk halus (jin)  yang menyebabkan Hadi hilang akal.

 

Menggelabah ibu ayah,  tanpa (slow talk) lantas menghantar anak ini berubat dengan pelbagai kaedah rawatan,  termasuklah refleksologi.

 

Setelah beberapa kali Hadi membuat rrefleksologi,  terjalinlah kemesraan antara Hadi dan reflexologist,  lantas terluahlah apa yang selama ini menekan   mindanya.  Selang beberapa kali kemudian,  didapati minda Hadi kembali berfungsi normal.  Tiada lagi tekanan dirasakan.

 

Moral of the story,  faktor paksaan akan menyebabkan seseorang itu boleh bertindak diluar perilakunya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.